Selasa, 18 Disember 2012

Review nikah: Aturcara majlis


Salam pembuka bicara...


Hard disk laptop saya rosak! Hilang mood nak update blog. Nasib hubby bagi menumpang guna laptop dia. Terima kasih kesayanganku! Saya nak share perjalanan ringkas majlis nikah saya tempoh hari. Saya nikah dekat masjid lepas zohor. Flow ringkas dia lebih kurang macam ni. Awas! Entri banyak gambar.


Jurunikah bagi khutbah ringkas pasal tanggungjawab suami isteri, niat berkahwin dan hukum-hukum.


Suami kena sebutkan rukun nikah dan mengucap dua kalimah syahadah

Masa ni hubby tengah sebut rukun nikah
Masa ni hubby tengah sebut dua kalimah syahadah

Percubaan untuk akad nikah. Ayah saya yang nikahkan saya.



Akad nikah berlangsung. Ayah buat lawak sikit sebab tak ingat nama menantu. Haha. Ayah nervous! Sah pada akad yang kedua.



Bacaan doa selepas akad nikah



Suami tanda tangan dokumen-dokumen yang perlu.



Suami bacakan taklik.



Suami buat solat lepas nikah


Suami bagi mas kahwin. Mas kahwin saya hanyalah seutas rantai sahaja.



Salam suami.



Ini posing wajib kan? Semua mesti ada aksi ini.



Saya pakaikan suami jam tangan



Salam-salam dengan hadirin di masjid



Bergambar kejap



Balik rumah, jalan kaki je sebab masjid depan rumah. Sampai-sampai je salam-salam dengan tetamu. Masa nikah ni, tetamu kami hanyalah ahli keluarga sahaja. Kebanyakan yang datang adalah kaum kerabat mak dekat Bangi, Beranang dan Semenyih.


Naik pelamin. Ada juga tepung tawar dari ahli keluarga. Mula-mula saya tak nak ada tepung tawar ni tapi atas sebab hormat orang tua, kita layankan je la.



Potong pulut kuning



Makan-makan sambil layan tetamu



Masa nikah ni, guest book saya dah siap bergerak dah dari meja ke meja. Bagi sedara mara tulis dulu. hiks.



Inilah perjalanan majlis serba ringkasnya. Ringkas ke sampai banyak-banyak gambar ni? Err...lantak la. Kalau boleh, semua gambar nak taruk nak sini. Dasar tamak. Aturcara ni mungkin akan berbeza ikut tempat, perancangan, masa dan sebagainya.


xoxo

9 ulasan:

Nuha hayati berkata...

Suke la sash dhiera tu. Dulu dress nuha pon patut ade sadh tp last minute xjd buat. Sob2

Unknown berkata...

suweet sgt :)

Tanpa Nama berkata...

pulut kuning tu nampak menarik :)

khadijah berkata...

hai baru follow ur blog.. salam kenal.. owh kat tempat u mase sebelum nikah kene soal2 dulu yek.. comel je pengantin :)

Puteri Kayangan?@#$%???? berkata...

mekap dear cantik .. banyak gambar ..dapat dilihat kali ni dear .. so sweet ..muahhhh

RIZZNA berkata...

sweetnyeeeee...terkenang saat2 saya bernikah 10 thn dulu. Ada lafaz taklik tue, awk org johor ehhh?

Myra Jay berkata...

Dhiera, nak tengok full baju ni boleh?

Lebih kurang warna baju macam akak nikah dulu, putih pink :D

Unknown berkata...

putih pink..sgt cantik. :)

mummyrinazone beauty berkata...

cantiknyer baju=)berseri2 pengantin