Jumaat, 21 September 2012

5 tip dan check-in untuk cantik!

Salam pembuka bicara..


Memandangkan ada yang cadangkan review dari preparation, jadi saya procede dengan persiapan majlis dulu ye. Lagipun, banyak juga yang saya tak review untuk persiapan ni.


Setiap orang tiap kali nak kahwin mesti nak kelihatan cantik, nak muka berseri, nak nampak flawless nak nak nak semata nak menuju ke arah perkahwinan kita kan? Saya pun nak macam tu jugak. Apa yang saya buat adalah:


1. Check in: Salon rambut

Saya pergi salun rambut 2 minggu sebelum majlis. Mula-mula nak buat hair relaxing tapi sebab ada masa lebih kurang 2 jam lagi sebelum berbuka puasa, saya tak jadi la buat. Hair relaxing ambil masa hampir 4jam. Jadi, saya buat hair treatment dan cut, wash and blow. Saya memang berniat nak potong rambut sebab tak nak MUA buat sanggul dekat kepala saya. Saya tak suka sanggul tinggi-tinggi tu. Memandangkan saya bertudung,  kebiasaanya saya akan terus basuh dan keringkan rambut di salon terus. Hair treatment saya buat sebab dia tak makan masa yang lama. Ngee. Total kos hampir RM50. (berbeza mengikut tempat)

Owh, jangan lupa untuk terus memakai hair serum. Setiap kali pergi salon, saya akan beli 2 botol hair serum. Sampai encik suami pun sibuk nak pakai hair serum sebelum kami bertunang dulu.


2. Check in: Manicure dan Pedicure


Saya hanya buat pedicure sahaja di Nail Parlour. Saya buat pedicure hampir 2 bulan sebelum majlis. Kenapa? Sebab kaki saya merekah mungkin sebab masa belajar dulu, lantai hostel simen. Pada saya, buat pedicure 2 bulan sebelum majlis dah cukup baik untuk recovery. Pasal apa? Masa buat pedicure, pedicurist akan buang kulit kita yang merekah tu. Dia akan kikis habis kulit kita menyebabkan kulit kita akan jadi warna hitam buat beberapa minggu. Euw, tak cantik! Tapi jangan lupa untuk setiap hari sapu heel cream pada tumit kita ni. Hasilnya, sampai sekarang masih cantik. Selain tu, pedicurist cuci sel-sel kulit dekat kuku, buat sedikit urutan dekat kaki dan scrub kaki kita sampai ke betis. Total kos lebih kurang RM150 termasuk heel cream tu.

Jangan lupa buat menicure je kawan-kawan. Saya tak buat sebab masa tu kulit dan appearance jari jemari saya ni cantik. Tapi saya tak tahu kenapa seminggu sebelum majlis, jari jemari saya asyik mengelupas je kulitnya. Nasib la pakai inai, tak ada la nampak sangat kulit yang menggelupas tu.


3. Check in: Spa


Saya pergi spa sehari sebelum majlis. Masa raya kelima. Raya keenam dah nikah manakala raya ketujuh dah majlis besar. Plan nak buat masa raya keempat tapi dah ada orang booked pula tarikh tu. Tarikh kahwin dia sama dengan majlis resepsi saya. Saya ambil pakej anggun yang bernilai RM250. Murah je kan?

Pakej ni merangkumi facial, sauna, lulur badan, masker badan dan mandi bunga. Mula-mula agak takut nak ambil facial tapi akak tu yakinkan saya facial ni proses paling akhir. Dia buat ikut keperluan kulit muka sahaja. Kalau muka ada black head ke white head ke, dia akan buang head-head ni la. Dia tak akan sentuh jerawat kita kalau ada dan macam-macam lah.

Sauna adalah proses pertama sekali. Saya tanya berapa lama kena sauna sebab saya pernah pergi sauna sebelum ni, panas sungguh la. Akak tu cakap badan macam saya ni cukup untuk 15 minit sahaja. Tak sesuai kalau lebih dari 15 minit. Selepas tu, baru lulur seluruh badan kemudian masker seluruh badan dan mandi bunga sepuas-puasnya. Untuk mandi bunga ni, kita bebas untuk berapa lama pun berendam. Haha

Saya tak ambil massage sebab masa proses lulur, tekanan yang kuat dikenakan atas badan kita. Kiranya, lulur tu 2 in 1 proses iaitu lulur dan massage. Hush,best.


4. Check-in: In-house treatment


LOL. Tak boleh blah. Sebenarnya, part yang ni kita boleh buat sendiri di rumah. Saya kan suka DIY. Haha. Atas nasihat MUA masa saya buat trial make up dulu, MUA suruh saya amalkan menjadikan madu sebagai muka. Saya buat hampir setiap hari. Serius best! Lepas cuci madu tu, muka macam berseri-seri je. Owh, masa nak sapu madu tu kan, jangan lupa untuk baca selawat bersama-sama ye.


5. Check-in: Body shaper

Saya ada beli spanx, beli charcoal bamboo dan losyen mustajab. Ha, banyak kan. Semata dan kelihatan kurus tapi lepas tu menyesal. Hahaha. Effect dari spanx memang terbaik lah. Serius nampak kurus tapi mungkin sebab saya rendah atau saya tak reti pakai jadi macam sakit dekat tepi badan bila pakai buat masa yang lama dan ada lebih kurang 1.5" lebih kain yang perlu saya lipat bila pakai.

Lepas tu, ada kawan saya jual body shaper charcoal bamboo. Murah RM40 je. Dia jual pun lepas dapat effect lepas bersalin dulu. Badan dia turun banyak. Maka, terbelilah satu. Siap beli losyen mustajab lagi. Semuanya nak nampak kurus.

Yang buat saya menyesal adalah last fitting, semua baju saya jadi longgar especially baju nikah. Sadis! And its totally not awesome. Bermulalah konfliks dalam diri sendiri. Terus berniat raya nak makan banyak-banyak masa raya. Kemudian, baru la sedar yang "ko bukan gemuk sangat dira, berat pun tak sampai 50kg (ah, sipi-sipi nak 50kg)"

Maka, buat korang yang masih menghitung hari untuk majlis. Bila dah buat last fitting, tolong maintain kan berat badan korang. Tapi kalau kes macam saya yang majlis betul-betul lepas raya pun susah juga sebab kita baru habis puasa.


Inilah sedikit tips yang boleh saya kongsi kan dengan korang. Tips la sangat. Sekian.


xoxo

13 ulasan:

S.U.R.I.A. berkata...

info terbaikkk~~

MiSsJue berkata...

yang..kamu buat kat mana ye spa tu? murah la..best gak sebab leh berendam mandi bunga...Then x paham part cuci madu..maksudnye apa..buat madu jadi masker ke? or just guna madu mcm pencuci muka??

CikNana berkata...

tips yang sangat bagus le dear..:)

orked violet berkata...

dhiera..kite beLi spanx jugak..tp cm tak de effect sangat..Last nye mase tunang ri2 xpkai pon..rugi je beLi..huhu

Cik Tqah berkata...

tqah wat manicure n padicure 2 ari before nikah..spa sume tu xsempat wat..boh madu cm suggest tu skali je kot..hahhaa

Cik Tqah berkata...

br trgt.. baju sanding tqah pon loose gile.. before pakai kt kedai wedding planner tqah jahit kecikkan kot..haishh

zarith berkata...

Madu tu sapu kat muka ke? Anyway selamat berkenalan. I b2b from perak.
Tips menarik. Cuma last tip tu kene rajin lah hihihi

ada mokhtar berkata...

nice tips dear :) thanks for sharing.. i nak cuba yang madu tu gak :) btw, boleh u terangkan details macam mana tak?

miszatie berkata...

mak aihh bukan men tuu..huk3..^_^

Nurul Akmal berkata...

semuanya best & terbaik... Good info.. :)

Dhiera nadhirah berkata...

@MiSsJue
kita buat dekat spa biasa. dekat tanjung malim~

Dhiera nadhirah berkata...

@zarith
yup, sapu dekat muka~

Dhiera nadhirah berkata...

@ada mokhtar
ada, kite ada cerita dekat entri baru~ klo xpaham tanye la ye~