Khamis, 19 April 2012

Photobook Malaysia = photobook tunang


Salam pembuka bicara...


Hari ini sudah 4 bulan 4minggu 2 hari bergelar tunangan orang. Baru semalam saya hantar order untuk album tunang.


Masa bertunang hari tu, pak su saya bagi servis fotografi percuma. Pak su saya memang freelance photographer.  Tapi saya kata nak shoot, edit dan burn sahaja. Tak nak lah susah kan paksu. Dah la free kan? Tapi dah ada gambar tak kan tak ada album kan? Setelah berbincang dengan tunang, untuk album kami beli voucher photobook dekat groupon je. Jimat. 1 photobook berharga RM54. Kami beli dua photobook. Tarikh akhir menggunakan photobook ni adalah hari ini. Macam yang saya pernah cakap hujunh bulan lepas [klik sini]


Nampak tak betapa saya suka buat kerja lambat-lambat. Dah nak expired baru nak buat. Nah sedikit treaser album tunang kami yang softcopy sahaja.




Dah siap albumnya semua baru treaser lagi ok! Saya pernah cerita pasal pak su saya disini.


xoxo

2 ulasan: