Rabu, 23 Mei 2012

Kontroversi mas kahwin

Salam pembuka bicara..


Mak saya kata "boleh ke rantai jadi mas kahwin". Sebab orang jarang-jarang buatkan, jadi mak macam tak yakin je. Nasib Lisa Surihani kahwin dapat mas kahwin rantai tangan. Fuhh..


Saja saya nak refresh buat semua. Mas kahwin atau mahar ni pemberian wajib dari sang suami buat sang isteri. Mas kahwin boleh berupa duit, barang atau apa-apa yang mempunyai nilai dan manfaat serta wajib diberi semasa akad nikah. Al-Quran pun boleh dijadikan sebagai mas kahwin  Lagi bagus bagi Al-Quran sebab kita boleh memanfaatkan nya sehingga akhir hayat.


Tapi apa yang saya faham, walaupun kita bagi barang nilainya mesti sama atau lebih dari yang ditetapkan oleh jabatan agama negeri masing-masing. Let say, saya yang bernikah di Selangor. Mas kahwin minimum untuk perempuan biasa di Selangor adalah RM300. Jadi, nilai barang atau barang kemas yang diberi mesti melebihi dari jumlah minimum yang ditetapkan.


Saya baru tahu, kalau mas kahwin dibayar secara hutang, isteri ada hak untuk halang suami daripada menyetubuhinya sehingga suami jelaskan mas kahwin. Bagi lelaki, perlu diingatkan bahawa apabila telah memberi mas kahwin kepada isteri, si suami tak boleh ambil walaupun sedikit dari mas kahwin itu. See. Pentingnya mas kahwin dalam satu-satu perkahwinan.


Semua yang nak kahwin mesti dah sedia maklum yang nilai mas kahwin ni berbeza-beza ikut negeri. Nilainya boleh lah tanya pejabat agama masing-masing. Saya dan tunang telah sama-sama bersetuju untuk jadikan rantai leher yang kononnya untuk upacara batal air sembahyang dijadikan mas kahwin. Insyaallah.


Tapi sekarang ni confius pasal loket. Seutas rantai yang disebut dalam akad tu hanya rantai leher sahaja ke atau termasuk loket ea? Ada sesiapa tahu?


Ya Allah, permudahkanlah urusan pernikahan kami dan urusan kehidupan kami. Berkati lah hubungan kami.


xoxo

7 ulasan:

Asfiza Sharifuddin berkata...

as nak cash.hahaha..nti boleh beli emas lagi.haha..tamak betol as.huhu

as selalu tengok dorang bg rantai leher je..loket tak ada pulak.tapi kalau dhiera nak ada loket pun cantik jugak..beli loket huruf nama dhiera dengan cik abe..romantik lah :D hehe

Honey Sakura @ eiMyLiciOus berkata...

boleh jekkkk!!!!

dhiera sayang....mas kahwin eimy adalah RANTAI TANGAN yg bernilai RM1100. so ms akad tu sebut la jumlah rantai tangan tu sebagai mas kahwin.... :)

puan.mila berkata...

dhira, nti kena sebut la seutas rantai beserta loket :-)

Suria berkata...

ha'ah kan dhiera,
camne nak sebut eh kalau termasuk loket tu..?
confuse jugak.. #menyibuk hehehee

miss jue berkata...

rasanya kena masuk sekali loket tu, kalau rasa panjang sgt nk sebut, sarungkan rantai je loket bg kemudian sbb kadi kena tgk kan mas kahwin tu. jue dulu pun nak mas kahwin dalam bentuk rantai tangan, tapi pakcik nak juga mas kahwin berbentuk wang sebab dia kata nak keberkatan yang boleh dpt drp wang mas kahwin tu.

oya berkata...

adik tunang saya pun buat rantai as mas kahwin..

ain berkata...

saya dulu pun bagi barang kemas sebab bole simpan lama dan sentiasa ada nilai berbanding wang kertas. kalau bagi emas, kena nyatakan apekah barangnya dan berapa nilai dia...dan itu akan tercatat dalam sijil nikah nanti. =)