Selasa, 22 Mei 2012

Menang lagi! kali ni contest "cinta kami"

Salam pembuka bicara..


Masih ingat kah tak lama dahulu saya ada sertai contest "Cinta Kami"? Ingat tak? Tak ingat, tekan sini.


Sebenarnya, dah lama nak buat entri ni tapi asyik tertunda je. Syukur alhamdulillah. Rezeki orang nak kahwin ni diberi dalam pelbagai rupa dan bentuk. Bukan wang semata-mata. Sebenarnya sangat tak sangka yang boleh menang contest ni.


Alhamdulillah, saya dan tunang menerima tajaan baju resepsi baru berserta aksesori dari butik Mizalya. Kak alya mintak saya hantarkan design baju resepsi yang kami idamkan sebagai hadiah tajaan. Nasib untuk majlis bertandang kami tak ready satu hape pun, tak booking satu apa pun lagi. Fikir lambat lagi kot. Hahaha. Lagipun, masa ni dah senang nak balik rumah bakal mak mertua, tidur pun dah boleh satu bilik. tett..


Saya diberi tempoh dalam 5 hari kot nak cari design baju yang saya dan tunang ingin kan. Penat perah otak. Penat cari design. Penat selak majalah. Nasib housemate saya memang beli majalah pesona pengantin. Boleh la pinjam je dari dia.


Nak tengok design baju yang saya nak tu? Ala, malu nak tunjuk sebab biasa-biasa je. Pang!


Tunang minta design baju sama macam baju resepsi yang Yusri KRU pakai masa dia kahwin hari tu dan ditambah beading pada lengan dan bahu. Kerlas tunang aku! Suka cara lipatan tengkolok Yusri ni.


sumber: google


Manakala untuk baju bertandang saya pula berinspirasi kan baju ini.




Gigih bawa pergi scan majalah dekat tempat kerja. Alhamdulillah~ Terima kasih untuk semua voters. Sayang semuanya.


Ya Allah, permudahkanlah urusan pernikahan kami, berkati hubungan kami.


xoxo

13 ulasan:

picairin berkata...

waaaahhhh... rezeki!!! congrate =)

ilaSham berkata...

Congrats dhiera..cantik baju yg awak pilih tu..

Cik Tqah berkata...

congrats dear.. baju tandang i recycle baju nikah je..hihi

S.n.Fariza berkata...

alhamdulillah :))

nuha hayati berkata...

dhiera, bff nuha pn guna design ni utk nikah dress dia. warna apa dhiera majlis bertandang?

Farhana IezAna berkata...

Tahniah dapat hadiah best tu..

ada mokhtar berkata...

bestnye... tahniah... rezeki bakal pengantin namanye ni..

Miss Ika berkata...

Cantik!
Alhamdulillah, rezeki nak kawen kan. :)

~misshuny~ berkata...

tahniah dhiera..rezeki kawen..alhamdulillah..=)

@ deqla manjew berkata...

tahniah dhiera...wahhh...bestnya dpt sponsor baju lagi tu...dhiera menang tmpt ke berapa ni??

Nurul Akmal berkata...

Tahniah..

Doakan moga hubungan korang kekal selamanya dan dipermudahkan segala urusa... Amin.. ;)

miszatie berkata...

TAHNIAH DEAR!!.KAAAN REZEKI NAK KAWEN MEMAMNG EMNCURAH2..HIK3

Cik Zimie berkata...

bestnya dhiera.rezeki kahwin ni.jeles sbb baju tandang dhiera cantik hahah jk.congrats dhiera n zul :)