Khamis, 27 Ogos 2015

Lahirnya Seorang Khalifah

Salam pembuka bicara..


Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah


Saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki paa 10 Ogos 2015 yang lepas. Pengalamannya sangat bermakna, sangat indah. Niat untuk merasai pengalaman bersalin secara semulajadi, betul-betul semulajadi tetapi di hospital telah tertunai dengan izin Allah swt. Detail kelahiran akan saya kongsikan pada entri yang akan datang inshaAllah.


Suami belum beri kebenaran untuk saya kongsikan wajah anak kami di dalam alam maya. Bila suami izinkan, akan saya kongsi di blog ini. InshaAllah. Namanya diberi Dzikri Zhareef bin Mohd Zulhafiz. Bermaksud ingatan yang bijak, yang menyenangkan. Semoga kamu menjadi anak yang sentiasa bijak dan menyenangkan hati kami.


Terima kasih untuk doa kalian semua.


Ulang tahun perkahwinan kami pada bulan Ogos sangat bermakna dengan kehadiran si kecil yang bijak lagi soleh ini.


Saya doakan buat rakan-rakan yang masih menanti dan menunggu untuk merasai pengalaman ini akan merasainya tidak lama lagi. Sangat indah selepas berdepan dengan 4 kali keguguran. Alhamdulillah untuk nikmat Allah ini.


xoxo
dhiera

3 ulasan:

Iza Fiza berkata...

Alhamdulillah..tahniah dhiera =D

Ziema berkata...

Alhamdulillah tahniah dhiera! :)

Fariza berkata...

Alhamdulillah.
Tahniah dan take care.