Selasa, 27 November 2012

Review nikah: hantaran tema putih pink


Salam pembuka bicara…


Ini adalah hantaran saya kepada suami saya. Ada 9 hantaran semuanya.


Tema warna: Putih dan pink
Hasil tangan diri sendiri. 



Hantaran 1: sirih junjung



Hantaran 2: Jersi MU dan beg sukan MU
* Hubby dah cakap boxing day tahun ni nak beli lagi jersi MU sebab jersi aritu dah tak muat. Masa boxing day la yg murah.



Hantaran 3: Loreal Skincare



Hantaran 4: Kemeja dan polo shirt. 
* Suka sangat sebab hubby selalu pakai shirt ni. Masa pergi interview bomba hari tu, hubby pakai kemeja yang saya beli ni. Dah kahwin ni baru terfikir, beli mahal-mahal kemeja tapi pakai baru sekali. Rugi rugi. Lepas ni, kalau nak belikan kemeja beli yang murah-murah tak sampai ratus sebab tak pakai sangat. Tak ada lah rasa rugi sangat. Huhu



Hantaran 5: Set tali pinggang, wallet dan card slot.
* Hubby pakai tali pinggang je. Wallet dia ad beli wallet baru sebelum kahwin haritu. Memang dia simpan je la wallet ni. Card slot tu memang simpan je la. Nanti-nanti, saya yang pakai agak ye.



Hantaran 6: Sunglasses dengan handphone
* Handphone memang sah-sah pakai. He. Sunglasses pun selalu pakai tapi bila hubby sebut-sebut rayban macam terfikir sepatutnya saya belikan rayban untuk dia. Ermm



Hantaran 7: Shoes
* Hubby selalu gak pakai kasut ni. Tapi dia banyak kasut, asyik tukar-tukar je.



Hantaran 8: Bunga rampai
* Sepupu saya yang sponsor. Thanx darling!



Hantaran 9: Al-Quran dan sejadah
* Alhamdulillah. Hubby lagi selalu pakai kedua-dua barang ni. Sejak kahwin, memang hubby pakai sejadah ni. Hubby kata sejadah ni lembut dan sedap guna. Al-Quran tu suka bila buat ala-ala tadarus dengan hubby. Kadang-kadang, dia baca sorang-sorang untuk baby dengar, saya duduk kat sebelah.



Kesemua hantaran ni saya hias sendiri. Bunga-bunga tu saya beli dekat headquarters Bright Sail. Sale dekat HQ Bright Sail lagi murah nak bandingkan branch dia yang lain.



Saya sangat suka bunga ni. Konon nak recycle bunga ni buat bunga tangan masa bertandang hari tu jadi bunga tangan tapi adik ipar kata dalam stor kot. I wish hubby akan pergi amek bunga ni tapi nanhado. Dalam hati, kecik hati sebab bunga tu dalam stor sebab saya susun bunga-bunga hantaran dari hubby buat hiasan dalam bilik. Orang preggy memang suka emo semacam kot.



xoxo

18 ulasan:

Diyana berkata...

cantik3
suka bunga2 yg nmpk b'seri2 tu ^_^

nuha hayati berkata...

eh comel la bunga ni dhiera. i tot ni fresh flower tau. macam bunga betul.

Nursaila Norman berkata...

serius sweet pink putih! :))

IMaH berkata...

Cantik! comel aje semua hantarannya...

orked violet berkata...

cantik!! Sya muLe2 pLan nk theme pink.tp skang 2ka peach.LaLang punye pasaL.huhu

tp cantek!!!

My Life's Journey berkata...

wahhh bestnya ..teringat time bertunang dulu .. indahnya raas berkahwin kan dear ..

Ema Blog berkata...

cantik tema...pandainya dhiera mengubah sendiri hantaran

Zila Zainal berkata...

suka bila baca yang hantran dulang ke-9 tu :)

dhiera berkata...

@Diyana
diyana, kite pun suka sangat bunga-bunga ni~

dhiera berkata...

@nuha hayati
ahahaha...nuha. artificial je~

dhiera berkata...

@Nursaila Norman
kan kan. hehe

dhiera berkata...

@IMaH
thanks imah!

dhiera berkata...

@orked violet
peach pun cantik jugak~

dhiera berkata...

@My Life's Journey
ahaha... umi lagi lah bersungguh2 buat masa bertunang dulu. dh la banyak..

dhiera berkata...

@Ema Blog
tq kak!

dhiera berkata...

@Zila Zainal
alhamdulillah. hubby memang rajin baca al-quran. suke jugak! hehe

Idayu Idris berkata...

@dhiera

bantal tu Dhiera DIY juga ke tempah? lawa sgt!

ni tema tunang kite, idea ni.. hehehe

dhiera berkata...

@Idayu Idris
bantal tu separan DIY dear. buat sarung bantal je. bantal ye beli siap dekat kedai Sakan~