Isnin, 5 November 2012

Review honeymoon 6: Half day tour

Salam pembuka bicara..


Saya cuba untuk habiskan entri Krabi ini dalam minggu ini. Review terdahulu:
Review Krabi: 1,
Review Krabi: 2,
Review Krabi: 3,
Review Krabi: 4,
Review Krabi: 5,
Tips di Krabi


Hari ini adalah hari ketiga di Krabi. Kalau sarapan pertama di Krabi, kami tak tahu nak sarapan kat mana dan akhirnya, sarapan di hotel je. Tapi sarapan kedua di Krabi ni, kami dah pandai untuk cari merancang dah. Dalam Review Krabi 5, malam tu kami ada beli pancake. Pancake ni kami makan satu je. Yang lain simpan dalam peti ais untuk buat sarapan.


Inilah sarapan kami. Banana chocolate pancake dengan air kopi yang sangat pahit. Euw.. tak suka kopi ni.



Perjalanan kami hari ketiga adalah ke Hot Spring Waterfall, Emerald Pool dan Elephant Treakking. Kami ambil half day tour je sebab petang nanti nak tengok sunset dan shopping! Harga asal trip ni adalah 1,200 bath tapi sebab kami datang masa low season dapat lah 900 bath sahaja. 900 bath ni harga kanak-kanak masa pick season. Jimat sudah disitu.


Perjalanan bermula dari pukul 8.30 pagi sehingga 3.00 petang. Tapi agak lambat kitorang start perjalanan sebab tunggu awek-awek Korea yang time management dorang sangat out! Lama kot tunggu dorang ni. Macam biasa, pakej diorang termasuk hotel transfer, air, buah, insuran dan makan tengah hari. Tapi kami tak makan sebab dekat emerald pool sediakan makanan tak halal. Tour guide cakap, tukang masak dia muslim tapi masak jugak babi. grr... Tapi ada je orang melayu yang sama trip dengan kitorang makan je. Padahal, tour guide kami pun tak makan makanan dorang sediakan sebab dia muslim.


1. Hot Spring Waterfall.

Hot Spring dia tak panas pun. Suam-suam kuku je. Tapi hubby kata panas. LOL. Panas lagi air dekat Poring Hot Spring, Kundasang tu. Owh, air dekat Poring bukan panas lagi tapi panas sangat sangat sangat.



2. Emerald Pool

Sini adalah natural spa bath. Air dia sangat jernih. Boleh nampak dalam pool ni. Tour guide saya cakap asalnya sini air mata air. Lama-lama jadi kolam yang mengalir. Tapi tepi-tepi batu dia sangat licin. Kat sini lah disediakan makan tengahari.



Memandangkan dah agak lapar, jadi hubby beli jagung rebus untuk makan dan orange shake buat minum.



Inilah buah yang dorang buat orange shake. Tak sama macam dekat Malaysia punya orange juice. Serius buah limau ni buat air sangat sedap. Tak payah letak gula sebab dah sedia manis.



3. Elephant Trekking

Ini adalah aktiviti yang saya tak boleh lupa. Dah la first time jungle trekking naik gajah lepas tu hujan lebat pulak tu. Sampai-sampai je hujan sangat lebat. Gile la. Bila dah nak habis trekking baru hujan berhenti. Saya dengan hubby dah kesejukan kan dah masa ni. Dah la memang kitorang tak tukar baju pun dari pagi tu. Dari pagi sampai ke petang la gamaknya baju kami basah. Kat sini, dorang bagi makan nenas. Krabi ni banyak sangat nenas. Kalau plan nak pregnant tu, tak dapat lah makan.



Lepas naik gajah, dapat pulak kitorang bagi gajah makan pisang. Gajah ni macam kelaparan je nak makan.



Lepas tu, kami pun balik. Tour guide bawak kami balik berdua je sebab yang lain nak teruskan perjalanan ke Tiger Cave Temple. Saya rasa macam tak perlu ke Tiger Cave Temple sebab kat sini banyak patung je. Haha. Boleh tak fikir macam tu? Rupanya, tiger cave temple ni dekat je dengan tempat kami jungle trekking dalam 1 km je sampai. Dekat kan? Dalam perjalanan balik ke hotel, hujan sangat lebat. Tak dapat nak tangkap gambar sekolah dekat Krabi, hospital dekat Krabi. Ermm...


Masuk-masuk je bilik, tengok dah ada decoration baru plak atas katil. Tapi tak ada pun bunga-bunga macam hari pertama masuk hotel. hehe



Cepat-cepat kami mandi dan bersiap keluar balik sebab dah sangat lapar. Sebelum tu bergambar dulu dekat signboard ni. Hehe



Kami masih lagi makan dekat gerai-gerai tepi jalan tu. Tapi kali ni, makan dekat kedai lain plak. Kat gerai ni, cakap melayu je. Macam teringin nak makan nasi goreng nenas. Ingat kan nasi dia dalam nenas. Rupanya tak. Nasi tu digoreng dengan nenas. Rugi je saya rasa beli nasi ni.


Tak ingat hubby beli nasi apa. Tapi yang pasti, tom yam kung dijadikan sebagai side dish. Huhu. Sepanjang kat sini, makan tom yam je hari-hari.



Lepas makan, kami ke pantai Aonang untuk tengok sunset. Kemudian baru perasan yang dah terlepas nak tengok Muay Thai semalamnya. Muay Thai ni ada setiap Jumaat dan Isnin dekat Stadium Krabi. Plan asal memang nak tengok Muay Thai. Sobsob. Harga tiket nak masuk stadium hanya 250 bath. Masa jalan-jalan ni, baru saya perasan kalau nak tukar duit RM ke bath adalah lagi murah tukar dekat sini nak banding tukar dekat Malaysia.



Kemudian, baru lah shopping. Beli t-shirt 20 pasang, beg besar nak sumbat semua barang-barang souvenir, keychain 100 biji, baju sulam dan lain-lain. Ni salah satu deret kedai dekat Krabi. Ada budak perempuan dekat kedai ni yang asyik sebut, "cheap cheap". Tip untuk bargain di Krabi, saya ada cerita dekat sini.



Dah beribu-ribu bath habis, kami pun pulang dengan beban yang berat. Penat woo jalan kaki balik hotel. Tapi sempat jugak tapau banana chocolate pancake dengan salad chicken pancake. Hoho. Macam biasalah nak buat breakfast kebesokan paginya.



Sampai hotel, lepak-lepak dengan hubby. Tunggu sampai tukang urut sampai. Berurut dalam bilik je u olls. Malas nak keluar walaupun mahal sikit dalam 50-100 bath. hakhak. Sambil urut boleh pulak tertidur. Perghh.. sangat best. Saya ambil aroma massage, harga 350 bath. Hubby ambil foot massage, harga 300 bath. Besok dah balik Malaysia. Malas nya nak balik masa ni.


xoxo

8 ulasan:

Shizan Syafik berkata...

dira amik pakej katne ye?

LYAfrina berkata...

seronoknyer..lps ni kalo sape2 nk ke sini..leh refer blog ni..

Dhiera nadhirah berkata...

@Shizan Syafik
kita ambil pakej dekat hotel je dear~

Shizan Syafik berkata...

@Dhiera nadhirah oooo.. jadi sebelum sampai hotel mmg independent betul la ye?

Dhiera nadhirah berkata...

@Shizan Syafik tak jugak dear~ dari airport ke hotel, kite mintak hotel sediakan airport transfer.

Dhiera nadhirah berkata...

@Shizan Syafik tak jugak dear~ dari airport ke hotel, kite mintak hotel sediakan airport transfer.

sweethOneY berkata...

Bestnya lahai in room massage. Takyah susah2 nk jalan kaki balik hotel dah pastu :p

dhiera berkata...

@sweethOneY
tula pasal ye iza. iza, rindu ye krabi!