Isnin, 22 Oktober 2012

Review honeymoon 3: Maya Bay, Krabi

Salam pembuka bicara...


Hari kedua di Krabi dihabiskan di pulau-pulau. Aktiviti hari ini adalah island tour. Sebenarnya, ada 3 pakej pulau yang boleh kita pilih iaitu

1. Phi Phi Island tour: Saya ambil pakej ini. Kami pergi 8 pulau ye.
2. 4 island tour: Akan pergi Chicken Island, Tup Island, Poda Island, Phra Nang Cave
3. Hong Island: Akan pergi Hong Beach, Hong's Lagoon, Pakbia Island, Lading Island


Pakej Phi Phi Island ni dari pagi 8.30 hingga 5.00 petang macam tu. Harga seorang 1300 bath ke 1200 bath tah, lupa. Harga masa low season je kawan-kawan. Pakej ni termasuk makan, insuran dan pengangkutan sekali. Agen tour akan ambil dan hantar kita balik hotel. Saya memang tak booked apa-apa pakej dari awal lagi. Saya booking dekat hotel terus. Booking harus dibuat sehari sebelum. Dekat bahagian receptionist hotel ni ada tour information.






Ok. Cukup untuk pengenalan tu. Saya mulakan dengan perjalanan hari kedua dulu. Owh, ya. Entri untuk Island Tour ni mungkin akan terbahagi kepada beberapa entri sebab terlalu banyak gambar yang saya sangat suka untuk share dengan korang.


Memandangkan kitorang masih tak tahu jalan-jalan dekat Aonang ni. Hari pertama ni tak tahu nak cari makan dekat mana. Saya memang kena ambil breakfast. Jadi, hubby buat keputusan untuk makan dekat hotel je hari ni. Dalam entri ini [klik sini], saya ada bagitahu yang saya tak ambil sarapan sepanjang berada di sini. Makan sarapan dekat hotel ni, untuk seorang 150 bath. Huh, mahal. Bila dua orang dah jadi RM30. Makan je. Nasib makanan dia sedap-sedap. Masuk je cafe terus, bil akan dapat bila nak keluar. Lupa ambil gambar makanan masa ni. Kami makan nasi goreng, telur mata kerbau, jus oren, buah-buah, salad apa tah lagi. Yang pasti, sangat sedap. Hubby siap makan bertambah lagi.


Suka dapat makan kenyang-kenyang!


Sebelum pergi pulau ni pastikan korang ada 2 aset yang paling penting iaitu underwater casing untuk kamera sangat penting untuk snorkelling tapi kalau kamera korang waterproof boleh je nak masuk turun laut dan waterproof bag untuk simpan semua dokumen penting korang macam passport etc. Baju untuk salin tak payah bawa pun tak pe sebab baju korang akan kering dengan sendirinya. Macam saya tak minum drinking water, jadi saya bawa siap-siap mineral water. Drinking water dan mineral water berlainan ye. Kena cek sebelum beli. Tripod jangan ditinggalkan ye. Beach towel boleh ambil dekat area swimming pool tu. Free je. Sunblock jangan lupa pakai ye. Lepas snorkelling atau mandi laut pun pakai lagi ye, kalau tak jadi sunburn macam hubby saya.


Si biru adalah underwater casing dan si kuning adalah waterproof bag


Kedua-dua barang ni saya beli malam sebelumnya masa ronda-ronda dekat pekan Aonang. Harga tak ingat la. Rasanya total dalam 700 bath tak silap.


Macam saya cakap tadi agen akan datang ambil dekat hotel dan semuanya berkumpul di Noppharat Thara Beach. Orang Malaysia yang satu boat dengan saya ada 9 orang kesemuanya. Ramai kan? Pilih la tempat duduk di depan speed boat sekali sebab sini la tempat paling best. Cuma risikonya adalah sunburn.




Sebelum mulakan penggembaraan, speed boat ni singgah ambil pelancong dekat Centara Beach Resort. Hotel 5 star. Pick up customer pun melalui laut. Best betul dorang ni. Bawah ni adalah rupa Centara Beach Resort.





Penggembaraan ke Maya Bay dimulakan. Kita akan lalu Chicken Island. Cantik! Sebiji macam ayam. Nampak tak macam gambar bawah ni.




Close up sikit.




Dan semakin menghampiri.




Unik kan? Kat sini, semuanya cantik dan indah-indah belaka. Perjalanan untuk sampai ke Maya Bay dari Noppharat Thara Beach dalam 1 jam la. Paling lama melepak, bersnorkelling dan bergambar adalah dekat Maya Bay. Pulau pertama yang kita akan pergi. Gambar sangat banyak ye kawan-kawan. Tak sempat nak animated kan gambar ni. Maaf lah kalau ada yang lambat loading tu.


1. Maya Bay

Mula-mula sampai adalah sightseeing dulu kemudian snorkelling dan lepak-lepak. Layan gambar saja lah.







Si laki bini nak jugak bergambar dekat sini.




Tengok lah ikan dari atas boat ni. Dorang banyak keluar sebab kami bagi makan roti. Kalau datang Krabi pada bulan Oktober sampai Disember, insyaallah dapat bertemu dengan dolphin. Masa, saya pergi ni bukan musim ikan dolphin berjimba-jimba di sini.




Ni pula adalah hasil dari snorkelling hubby. Saya tak dapat turun sebab hubby tak bagi. Dia kata terlalu dalam untuk saya.










Sebab saya tak turun laut, jadi saya dapat la seekor nemo pemberian seseorang yang kesian dekat saya. Haha. So cute nemo ni. Tapi saya lepas kan balik dalam laut sebab situ adalah tempat tinggal dia.





Lepas tu, pusing-pusing lagi dekat Maya Bay ni lagi.







Dekat gambar atas ni nampak tak ada pantai putih-putih tu? Masa ni, banyak boat tengah berlabuh dekat sini. Sementara tunggu bot-bot tu semua pergi, bot kitorang tunggu la dekat tengah-tengah laut dalam tempoh yang agak lama. Lepas naik dari snorkelling, hubby macam pening-pening sikit. Masa bot kitorang tengah terhuyung-hayang atas laut ni, hubby dah mabuk laut dah. Nasib bawa minyak angin dan saya tak mabuk laut. Tolong lah urut hubby masa ni sambil get ready plastik takut dia muntah pula kan. (naseb tak muntah suami ku). Jadi, bawa lah sekali minyak angin.


Muka baru elok dari mabuk laut. Masa ni hubby dah sunburn dah. Dia paling senang sunburn.

Bila dah sampai darat, kitorang terus berteduh bawah bukit-bukit batu (tak tahu nama dia apa) sebab atas bot panas sangat. Duduk depan sekali tak ada bumbung. wuwu.




Belakang kitorang ada park rescue. Dorang ni lah penyelamat dekat Maya Bay. Terus terfikir kalau tsunami macam dorang ni, selamat kan diri ke pelancong dulu. Teruk betul saya fikir masa ni. Haha




Wajib tangkap gambar dekat signboard ni tanda check in sini. Hehe




Sini agak selesa dengan macam-macam kemudahan. Ada yang tukar baju dekat sini tapi kitorang tak ada tukar pun. Tong sampah pun disediakan juga taw.




Dulu, sini pernah dilanda tsunami. Siap tulis, "In case earthquake, go to high ground or island". Kira amaran tsunami la.




Banyak sangat gambar. Insyaallah, nanti saya sambung lagi ye. Gambar terakhir gambar dekat Maya Bay juga.






I miss Krabi a lots.


xoxo

7 ulasan:

Cik Puan Tqah berkata...

bestnye..banyak pulau.. byk lagila entry..hihihihi

ada mokhtar berkata...

wah bestnye.. tak sabar nak tunggu time honeymoon gak ni..dear, u nak guna lagi tak waterproof bag & casing tu.. kalau xnak jual kat i jelah . hehehe..

Hana Soffelia berkata...

Syoknya dhiera, honeymoon kat krabi. ^_^

Myra Jay berkata...

Teringin nak kesini tapi tak tau bila..

Nanti Dhiera buat total bajet ke sana boleh?

cik dila berkata...

takut nya nak snokeling klu dkt tgh2. haha,dah la tak pandai berenang.

kalau ada dolphin mesti best kan..

Tanpa Nama berkata...

firstly, thanks untuk segala information, sgt berguna, juat nak tanya, ada hujan x masa bulan september tu? kalau ikutkan wettest month of the year.

dhiera zainudin berkata...

@Tanpa Nama
saya kat sana dalam 4 hari. 2 hari ujan, 2 hari cuaca baik. nasib baik bukan hujan masa island hoping~