Salam pembuka bicara...
Hari ini malas nak tulis panjang-panjang. Saya ada customer audit hari ini. Lagipun, Rabu kan wordless. Ada lagi 2 perkara perlu tahu pasal Krabi.
1. Unit isipadu
Bawah ni air fanta. Tak tahu air fanta? Ala-ala, dia saing-saing dengan F&N tu. Air berkarbonat la. Boleh cari dekat Tesco. Ada jual kat sana. Kalau dekat Malaysia ni, isipadu air guna ml kan? Dorang guna cm2. Excited je tengok botol air dorang masa ni.
2. Tukar duit dekat Krabi lagi murah dari tukar duit dekat Malaysia
Masa saya tukar duit sebelum pergi Krabi, 100 bath bersamaan RM 10. Bila sampai Krabi, saya tengok 100 bath bersamaan RM 9.10. Nak jimat, silalah tukar duit dekat Krabi dari Malaysia. Masa saya balik dari Krabi, saya nak tukar baki duit, sekali tu tengok 100 bath bersamaan RM 10.30. Makin naik mata wang dia.
3. Bahasa
Biasanya yang pandai cakap melayu ni kurang fasih cakap bahasa inggeris. Kalau korang sebut certain word dalam bahasa inggeris, dorang macam blur-blur sambil kerut dahi sikit. Maka, cakap lah melayu.
4. Cara-cara untuk tawar menawar
Kami guna style ni dan it's work! Survey banyak-banyak kedai dan tanya berapa dorang boleh bagi harga selepas tawar-menawar. Jangan lupa tengok barang ye sekali ye. Dah penat survey, mostly dorang bagi harga yang sama. Jadi, pergi shopping dekat 1 kedai sahaja yang ada semua barang kita nak beli.
Bargain harga sehelai baju. Saya beli banyak adalah dalam 20 pasang. Then, kira jumlah keseluruhan baju tadi dan bargain lagi sekali. Ala, dapat kurang 50 bath pun kira ok la. Dorang tak berkira sangat pun. Kemudian, kami survey-survey baju lain maka dapat dress yang sangat cantik untuk saya. Bargain harga dress ni sekali. Pointnya adalah bargain setiap harga barang. Dah dapat total bargain lagi. Baru la dapat jimat banyak. Macam saya, saya beli 20 t-shirt, 1 dress, 1 beg besar (untuk masukan semua barang-barang yang beli ni) dan 100 sourvenir untuk kawan-kawan dalam 1 kedai yang sama. Total semua adalah lebih kurang RM300 - 400 sahaja untuk kedai tu je la.
Suami ada hadiahkan subang mutiara tulen. Tapi kat tempat tu tak boleh nak bargain la sebab beli dekat Pusat Kebudayaan Thailand. Mutiara dekat sini murah-murah taw
5. Tempah baju
Tempah baju dekat sini sangat berbaloi. Custom made jean bernilai RM60. Custom made dress yang super cantik jahitannya bernilai RM200. Nak tempah suit 1 set pun harga dia RM250. Jahitan tip top. Servis pantas. 2 hari je dah boleh siap. Best woo. Jadi, sebelum pergi Krabi dan nak jahit baju yang murah, boleh la fikir design siap-siap. hehehe
Ok. Itu sahaja tip yang dapat saya ingat.
xoxo
8 ulasan:
Tips yang terbaik.. tq for share.. ;)
TQ sharing dear..
Boleh jadi pengalaman nanti :D
masa pergi Bangkok ari u.. kita ade tempah jeans.. 2 helai RM80 je.. best!!!! ukur kat badan sendiri kan...
Harga tu termasuk material sekali ke?
cthnya suit tu rm250 dgn material?
Harga tempahan baju tu termasuk materialnya sekali ke?
Harga tempahan termasuk dengan material sekali?
@B-ha
a'ah dear~
Tq
Catat Ulasan