Selasa, 16 Oktober 2012

Review honeymoon 2: Krabi hari pertama

Salam pembuka bicara..


Saya sampai di Krabi dalam pukul 2 macam tu. Flight gerak dan sampai awal. Cuaca hari itu sangat baik. Masa dekat imigresen Thailand ni kena tangkap gambar dan bagi detail tempat tinggal kita semua. Mula-mula pelik jugak kena tangkap gambar, sekali tu suami kata "nak masuk sini memang kena tangkap gambar".  Barulah saya tahu. Nasib suami pernah outstation dekat Bangkok dengan Pattaya.


Turun-turun je dari imigresen tu, ambil luggage dan nampak driver hotel tunggu dengan tertulis nama suami. Masa ni rasa best ye, belum pernah-pernah ada orang pegang dan tunggu macam tu dekat airport. (hahaha.. tak boleh blah). Then, terus gerak ke hotel dengan van yang besar. Keluar-keluar airport je nampak dua signboard ni.




Tapi driver ni singgah kejap dekat Jee Or Souvenir, Coffee and Bakery. Tiga kedai yang berlainan ye. Kat kedai souvenir tu ada banyak souvenir dengan paste tom yam, green curry, belacan goreng dan lain-lain. Masa ni ingat tak payah beli lagi sebab kat Aonang banyak kot tapi kemudian sangat menyesal sebab paste semua tu tak banyak jual dekat Aonang. Dekat mini market gitu adalah jual.




Kami tak singgah beli roti juga tapi just beli Mocha Ice je. Rasa dia pekat sangat sampai macam tak lalu nak minum. Lepas tu bila kita "pee pee" kan ada bau coffee. Nyeww..




Perjalanan antara airport dengan hotel, saya tak rasa lama pun. Dalam 30minit je. Banyak sangat alam semulajadi yang cantik untuk dilihat-lihat. Sampai-sampai hotel, dorang bagi kita minum jus tropika yang sangat juicy, pekat dan masam campur manis. Rasa macam tak lalu nak minum. Gambar bawah ni bahagian reception dorang, ini masa hari kedua.




Macam saya cakap dalam entri ini [klik sini], kami booking hotel melalui booking.com. Jadi, tak bayar apa-apa masa booking. Nak check in, kami bayar hotel fee sahaja. Then, ada orang bawa masuk bilik. Masuk-masuk je sangat suka dengan decoration dorang.




Lepas tu, kami beristirehat di bilik sambil layan muay thai dekat TV. Dah petang sikit baru kami keluar untuk tengok sunset bersama-sama. Masa ni tak kenal tempat lagi, jadi jalan kaki ikut suka je. Keluar hotel tu, jalan depan lagi akan jumpa t-junction. Kami pilih untuk belok kanan. Rupa-rupanya, hari pertama ni kami tengok sunset dekat Noppharat Thara Beach.






Dah habis tengok sunset, nak cari tempat makan pula. Kat Noppharat Thara Beach ni macam tak nampak makanan halal pun. Dah penat jalan, akhirnya pilih naik 'tuk tuk' je. Itupun sebab orang tu bagi salam dekat kitorang masa jalan-jalan tu. Nama dia Malik. Tapi dia tak pandai cakap melayu ye. Suami lah banyak borak-borak dengan dia. Kami minta dia bawa pergi restoran Muslim. Jadi, dia bawa dekat restoran yang dia betul-betul yakin adalah halal. Dia cakap ada certain tempat memang tulis halal tapi tetap masak non-halal food juga. Acane tu?




Kami makan dekat Restoran Shareefah. Kawan saya kata green curry dekat sini sangat legend. Jadi, harus cuba ok. Saya tak cuba pun masa ni sebab rasa keterlaluan nak makan tom yam. Sedap sangat. Nyum nyum.. Dari Nopparat Thara Beach ke restoran dicaj 60 bath untuk sekali jalan. Ini sedikit view dekat restoran ni. Ala, restoran tepi jalan dan dekat dengan masjid. Boleh dengar azan sekali u oll. Masa datang ni, baru nak azan isyak.






Menu kami malam pertama ni adalah:

1. Tom yam kung



2. Ayam sweet sour



3. Brokoli goreng belacan



4. Jus oren dan epal

Yang uniknya, oren dia bukan guna oren macam dekat Malaysia punye fresh orange taw. Dorang guna limau yang hijau ada sikit-sikit kuning tu. Epal tu guna epal merah je.



5. Nasi putih untuk 2 orang
Total kos makan hari ni dalam 300 bath.


Lepas tu, 'tuk tuk' tadi datang ambil kitorang balik dan hentikan kitorang dekat pekan Aonang. Dia caj 40bath. Masa ni ada night market dekat Krabi Town tapi dorang tutup awal dalam pukul 9 gitu. Macam tak berbaloi la nak pergi sebab tu jalan-jalan je dekat pekan Aonang sambil cari water resistant beg dan underwater camera casing. Time ni survey-survey jugak harga sourvenir.  Kemudian, 'tuk tuk' tadi datang ambil dan kami balik hotel.


Sebelum masuk hotel, beli wifi password juga. Owh, baru perasan yang masa nak booking tu saya decide untuk hotel ada wifi je bukan wifi free. Cis! Tapi dekat area receptionist tadi dapat lah wifi free. Ada couple Malaysia ni, tiap-tiap malam kami nampak asyik online je kat receptionist tu. Suami belikan yang unlimited access. Harga dia 500 bath. Itupun lepas kira-kira unlimited ni lagi berbaloi nak bandingkan 1 jam berharga 100 bath. Masa ni nak mintak in-room massage tapi sayang dorang dah tutup waktu ni. Nak keluar balik malas. Padahal depan hotel tu ada je kedai massage yang lagi murah dari in-room massage ni.


Balik bilik. Suami tengok snooker la pula dan saya online. Then, baru tidur sebab besok pagi-pagi nak pergi pulau pula! Apa jadi kita bersambung ye nanti.


Belum baca Krabi part 1? klik sini


xoxo

2 ulasan:

Unknown berkata...

sooo suweettt.. hihi

Myra Jay berkata...

Cantiknya dekorasi bilik :D
Memang sesuai untuk honeymoon :D