Selasa, 6 November 2012

Review honeymoon 7: Krabi hari terakhir

Salam pembuka bicara..


Hari ini adalah hari terakhir di Krabi. Sobsob. Sedih je nak balik. Plan asal nak pergi main go kart pagi ni tapi hujan la pula. Jadi, duduk lah diam-diam dalam hotel sambil packing barang buat kali terakhir. Breakfast kami cukup hanyalah banana chocolate pancake dan salad chicken pancake je.



Lepas hujan berhenti dan siap berkemas, kami pun turun ke receptionist. Bawak sekali dengan barang-barang. Sebab kami takut balik lambat dari makan dekat luar. Alang-alang tu check out la sekali. Cari makan dekat gerai-gerai juga. Yang penting, makan tom yam dan orange shake buat kali terakhir. Tak lupa nak cuba coconut shake jugak. Wah.. kat sini kami banyak makan je.



Sementara tunggu makanan berat sampai, makan dulu makanan ringan-ringan ni. hu



Masa makan ni, drama betul sebab tiba-tiba hujan lebat sangat-sangat dan tak ada tuk tuk nak hantar balik. Dah la kitorang nak gerak ke airport dah. Nasib baik, mamat yang buat kan coconut shake tu sanggup hantarkan balik. Dia tak charge pun sebab dia hanya nak tolong hantar balik je. Ni la tuk tuk dia.



Sampai-sampai je hotel je, driver dah sampai. Inilah van yang berjasa tu.



Terima kasih kerana bawakan barang. Banyak gile barang nak angkut sebab too much shopping. Gile!



Dalam 45 minit perjalanan, sampai lah kitorang dekat airport dalam keadaan masih hujan.



Kami ada lebih kurang dalam 1 jam lagi sebelum naik kapal terbang. Sementara ada masa lagi ni, saya belilah aromatherapy balm dan singgah jugak dekat Narai Phand. Narai Phand ni adalah Royal Thai Government Handicrafs Center. Barang-barang dekat sini adalah original dan diiktiraf oleh kerajaan Thai.


Dekat sini saya sangat tertarik dengan mutiara yang belum di keluarkan lagi dari cengkerang dia.



Jadi, hubby pun belilah sepasang subang mutiara dekat sini. Harga dia murah je. Dekat sini, barang-barang boleh dikatakan murah-murah belaka. Haha. Subang ni berat ok! Rasa nak terjatuh je telinga kalau pakai. *Over*



Sempat lah jugak grab the last packet tom yam kung paste. Dah masak pun. Banyak betul barang-barang nak guna kalau masak tom yam ni antaranya chili paste, fish sauce dan lain-lain.



Dan akhirnya, tibalah masa pulang ke Malaysia. Sobsob. Bye bye Krabi.



Owh, masa nak balik ni mula-mula kena duduk asing-asing dengan hubby. Huarghh.. Dalam hati berdoa supaya sebelah saya tak ada orang duduk. Gambar bawah ni la tempat duduk hubby mula-mula. Alhamdulillah sebelah saya tak ada orang. Yeay! Hubby boleh tukar seat dan duduk sebelah saya. Kami tak pilih seat pun masa beli tiket hari tu. Masa nak pergi Krabi, dapat seat sebelah-sebelah. Balik je tak dapat.



Perjalanan sangat smooth. Kami sampai LCCT awal. Hai hai Malaysia. Kami sudah pulang!



Tamatlah entri Krabi. Dan saya sangat rindu Krabi sekarang! Hubby janji bawa pergi Krabi lagi tapi bersama-sama our little caliph. Insyaallah.


Review Krabi sebelum ini:
Review Krabi 1: Pengenalan
Review Krabi 2: Sunset di Noppharat Thara Beach
Review Krabi 3: Maya Bay, Krabi
Review Krabi 4: 6 pulau lain di Phi Phi Island
Review Krabi 5: Bamboo Island dan stall food
Review Krabi 6: Half day tour
Tips di Krabi


xoxo

4 ulasan:

Cik Puan Tqah berkata...

wah.bestnye dhiera.tqah pon balik dr kk xdpt dok sblh..dipisahkan oleh lorong..pastu sblh tqah laki..hubby request tuka..mamat tu pon ok je.. hihi

Kasih Salina berkata...

salam dhiera..bestnya coconut shake tu..mesti kat sana best kan..siap bawa balik pate tomyam tu..

lia fen berkata...

sakan honeymoon kt krabi kn...heee lia jd silent reader dhiera jek sejak kurg aktf blog..ehehe

cik dila berkata...

Best! Best! Best! kena kumpul duit ni nak pg sini.. hehe.