Maaf ye. Saya tak review seperti yang diminta sebab tak ada gambar lagi. wuwu. Kalau dah ada gambar cantik dari kamera mahal, baru review boleh? Alasan.
Saya nak cerita pasal makanan. Memandang jemputan tak ada lah ramai sangat (dalam 100 ke 150 orang sahaja), jadi emak dan ayah saya decide untuk masak sendiri. Selalu pun memang masak sendiri. Part ini memang saya tak tahu bajet ye langsung sebab memang diserah bulat-bulat kepada orang tua saya. Malah, mereka yang keluarkan belanja sendiri. Atas alasan, kenduri anak mesti ibu bapa yang uruskan dan belanja. Sama macam kenduri besar nanti. wink wink
Kami pasang dua khemah. Ada sekali dengan meja, kerusi, pinggan, tray, cawan dan semuanya lah. Complete set. Hampir seminggu khemah ni terpasang dekat rumah saya. Semalam baru dibuka. Ala-ala, khemah dari kawan-kawan kan? Harga pun harga kawan-kawan la. Dengar-dengar macam RM200 macam tu. Saya tak ada lah nak tanya lebih-lebih.
Makanan tengah hari yang disajikan pada tetamu dan perut kami sekeluarga adalah:
Nasi putih
Ayam goreng berempah
Kari daging
Ikan masin
Nangka campur perut masak lemak
Ikan masin
Nangka campur perut masak lemak
Sayur goreng (kobis, kobis ungu dan kacang panjang)
Sambal petai campur ikan bilis
Buah tembikai
Kek coklat (tetamu dalam rumah je dapat. aci tak?)
Air sirap
Ini sahaja lah menu makanan hari tu. Gambar makanan tak ada sebab lupa ambil. Boleh?
Pandangan saya, kalau buat majlis selepas asar lagi jimat sebab lepas asar adalah waktu tea time. Boleh sediakan bihun goreng ke kuih muih macam tu. Kos buat lagi murah dan tak makan masa yang lama untuk persediaan.
xoxo
18 ulasan:
Emmmmmmmmmmmmmm sedap2! buat umi rasa lapar je la huhu
betol tu dhiera..
sendiri masak lebih jimat, tp suria haritu wlupn jemputan 100-150org tetap gune catering coz majlis bertunang + doa selamat utk masuk rumah baru kakak, so mmg xde kelengkapan yg cukup utk menampong jemputan tu,.. suria habis byk utk e-day aritu wlupn xde pelamin bagai, tp rase berbaloi hasilnya :)
good job dhiera ;)
@ umi : awal lagi ni. tak kan dah lapar. huhu
@ suria : tak pe. yang penting ada makanan untuk gembira kan tetamu kan?
hi dhiera...may tunang ri tu pun masak sendiri je..lagi jimat..tp tak byk jmputan..buat antra family dgn sedare je.tapi rmi plak yg dtg sebab raye ke2 kan..takde la pasang kemah pun...hihi...tgu kenduri nnt psg kemah..
ha, baju tu lining mmg best..iron senang.mcm iron baju tak lining.ari tu my buat dgn kwn rm80 cmpur upah lining+buat patching kat dada dgn tgn tu..baju nikah my pun buat dgn die..cume tgh pening pasal design tu..T__T
wahhh menu makanan semua menyelerakan...i suka lauk2 camtu :)
@ cik may : buat masa raya confirm ramai yg datang. dah macam open house la plak kan? kami pasang khemah sbb sekali dgn majlis tahlil.
may, sangat murah la upah jahit tu. nak jugak boleh? kawan may tu perempuan ke lelaki? nak nak nak~
@ nana : yke? lauk2 kampung kan? sedap la~
ala nanti majlis besar xdapat la nk merasa masakan mak dhira..jauh......wink2 ^_^
@ cik mila : alaaa... nape kite jauh sangat~
kitelapar betul betul tengok menu kamu. bestnya :) mesti dapat jimat banyak kan. ape pun majlis tuh sendiri lebih pentingkan. kite tunggu gambar lagi banyak ok! ^^
dhiera..sedap giler lauk2 hari tu..i dapat dessert durian lagi khennn..hehe..anyway.part gulai nangka + perut tu plg sdp!:)
@ nia : lapar? g la makan ea~ hukhuk. yg penting, selamat jd tunangan Z. wink wink
@ aja : kemain lagi. aja gn nida je spesel dapat durian. hakhakhak
bagusnya masak sendiri... agree with u... buat lepas asar lagi bole jimat...=D
bestnye masak sendiri..mesti sedap kan dhiera..lagi puas hati kan =)
i dulu buat pukul 3 so menu lebih pada minum petang. ada soto, kuih-kuih, kek-kek camtu jer. kalau buat lunch, kena heavy meal.
@ picairin : kan kan. siapa nak tunang lepas ni buat lepas asar~
@ FY : harus lah puas hati. sebab kena dengan citarasa sendiri~
@ Atiqah : 3 lebih tu dah kire tea time kan? memang sangat jimat la~
hehe..lupa amik gambar makanan?busy sgt la tu..ha,ah kan kalau buat lepas asar lagi jimat..tp klu family laki dari jauh buat lepas zohor la, sian lak datang jauh2 bagi ringan2 :)
@ wanie : betul jugak tu. kalau family jauh2 tu kesian la plak kan?
tapi biasa harge patching tu ikut hrge die bli tau..mcm patching kat baju my tu murah cket..untuk kawen maybe mahal cket...member yg buat tu laki...nnt bgtau la kawan my..hihi..
Catat Ulasan