Rabu, 29 Februari 2012

DIY: survey crayon color

Salam pembuka bicara..


Sepanjang bercuti sebelum mulakan kerja baru ni, saya banyak survey-survey harga. Salah satunya adalah ini.


Crayon color aka kaler lilin.






Insyallah, akan menjadi next DIY projek khas untuk si cilik. Saya masih dalam proses men'survey'. Kemudian, baru saya akan bentang kertas kerja kepada emak dan ayah untuk kelulusan. Dah lulus barulah boleh procede dengan urusan pembelian.


Siapa tahu kat mana boleh cari kaler lilin murah-murah lagi?


xoxo

Selasa, 28 Februari 2012

Produk untuk weight management

Salam pembuka bicara..


Dah bersawang dah blog. Sebenarnya, banyak je benda nak cerita tapi saya malas nak menaip. Boleh? Hari ini saya nak share sesuatu terutamanya pada wawa. Sebab wawa nak tahu pasal produk ni tapi saya asyik lah postpone nak bagitahu wawa.


Sebenarnya, produk ni tempat kerja saya sebelum ni (seminggu yang lepas saya masih bekerja) gunakan produk ni untuk program weight management. Tapi sorry sangat-sangat wawa sebab kita tak survey lagi harga produk ni dekat farmasi. Sepatutnya around RM80 something la~


Lepas ni, kalau wawa terjah mana-mana farmasi, wawa dapat la gambaran macam mana enerflex ni. Sebenarnya, enerflex ada beberapa produk lain. Tapi yang tempat kerja saya guna adalah ini. Maaf banyak gambar.




Namanya Enerflex Synbiotic. Minuman soya bercampur inulin, kultur hidup (macam vitagen, yakult), multivitamin, multimineral, galian dan serat (fiber). Ada 4 billion cfu bakteria hidup dalam ni yang elok untuk kesihatan perut. Inilah perbezaan dia dengan minuman kurus yang lain. Produk ni well-research. Ada semua multivitamin dan mineral yang badan kita perlu kan. Serat atau fiber boleh memberi rasa kenyang yang berpanjangan.




Kenapa saya berani kata dia well-researched berbanding produk-produk yang lain?
Sebab tengok je produk ni punya nutrition fact. Panjang kan? Semua nutrient ada dalam senarai ni. Gambar atas dan bawah adalah nutrition fact dia.




Alamak, gambar blur. Tak ada gambar yang lagi bagus dari gambar close up bawah ni.


Kalau korang ada produk kesihatan yang boleh membantu menguruskan berat badan ada tak senarai nutrition fact macam ni? Kalau ada bagitahu saya ye. Sebab saya tak tahu produk lain. Malah, tak diberi training oleh pengeluar produk tersebut. 


Produk ni bukan sahaja ada senarai semua nutrient tapi ada bakteria yang mampu jaga kesihatan perut. Well, dalam usaha kita nak kurang kan berat ni kadang-kadang badan kita akan kekurangan sesetengah nutrient yang badan kita perlukan. Kalau minuman yang kita minum ada complete nutrient, kita rasa selamat juga la kan? Sebab nak jaga kesihatan tu biarlah berpanjangan. Bukan untuk kahwin je tapi untuk sepanjang hayat.




Cara penyediaan ada ditulis pada packaging. Ini adalah produk buatan Malaysia tapi berkualiti antarabangsa. Support barangan Malaysia kan? 




Ini adalah ingredient yang ada dalam produk ni. Rasa dia betul-betul rasa soya.




Amaran untuk orang yang allergik pun ada. 


Yang paling penting, produk ini telah lulus sijil halal JAKIM. Tanda halal JAKIM ni penting kan? Makanan dan minuman yang kita minum akan menjadi darah daging dalam badan kita.


Selain itu, ada HACCP. HACCP ni adalah kelulusan dari USDA dan FDA. Alamak, nak cerita pasal USDA dengan FDA ni panjang sangat la pulak kan? Tapi HACCP adalah kelulusan untuk food safety la. Maklumat lanjut pasal HACCP tekan sini. Sebelum kita guna apa-apa produk, perlu ambil tahu kesan dia untuk masa panjang dan pendek. HACCP dah luluskan produk ini selamat digunakan. HACCP = Hazard analysis & critical control point.


Produk ni juga dapat kelulusan ISO 9001. Apa ISO 9001 ni? Haha.. Saya tak tahu sebab baru nak masuk line quality assurance. Yang saya faham, ISO 9001 ni adalah kelulusan yang memenuhi syarat dalam quality management dalam sesuatu organisasi. Kalau salah, sila betulkan?


Itu sahaja. Rasanya, kebanyakan b2b ramai yang nak kelihatan cantik di majlis perkahwinan tapi jangan terlepas pandang yang badan kita perlukan semua nutrient untuk beroperasi. Operasi la bahasa mudah. Nak buat tenaga, nak buat kulit cantik, nak jaga kolesterol semuanya bermula dari sistem dalam badan kita. 


Jangan omit lemak sebab tanpa lemak kulit kita tak akan lembut selembut lembutnya (eceh..) dan rambut juga mudah putus, kuku pun tak cantik tanpa lemak. Jangan makan makanan sumber protein je sebab buah pinggang kita akan terbeban dengan protein yang banyak dan akhirnya sebabkan masalah pada buah pinggang. Mesti makan sumber karbohidrat sebab karbohidrat atau gula adalah sumber tenaga utama badan kita. Sel-sel badan kita dapat beroperasi dengan pecahkan muscle (selepas dalam badan tak ada gula. Muscle akan dipecahkan dulu baru lemak). Tapi TAPI otak kita menggunakan gula sahaja GULA SAHAJA sebagai sumber tenaga. Otak tak boleh gunakan protein atau lemak sebagai sumber tenaga. Siapa yang belajar fisiologi atau biokimia badan manusia mesti tahu pasal ini.


Terlalu panjang~ Ok bai. Hopefully, dapat membantu kawan-kawan.


xoxo

Jumaat, 24 Februari 2012

Tips pengurusan kewangan

Salam pembuka bicara...


Wah, ko dhiera tak reti nak update ke? Mood masih bermalas-malasan la~ Almaklum, dah mengganggur kan sekarang. hehe. Ikut hati memang nak sambung berterusan nota kecil yang saya dapat masa berkursus pra-perkahwinan aritu.


Hari ni nak share pasal pengurusan kewangan.

1. Kita kena pandai kawal perbelanjaan rumah tangga. Utamakan mana keperluan dan ketepikan kehendak.
2. Lelaki wajib bagi nafkah zahir dan batin kepada isteri sebab perempuan tugasnya melahirkan anak.
3. Cari rezeki yang halal dan jangan membazir
4. Belanja ikut kemampuan dan keperluan.
5. Simpan untuk masa depan. Boleh buat dari potongan gaji atau pelaburan.
6. Nasihat ustazah yang saya paling ingat adalah simpan RM20k sebagai duit kecemasan. Sebab kita tak tahu suatu hari nanti kehidupan kita macam mana. Mana tahu ada yang sakit kronik, accident atau ekonomi meleset sehingga dibuang kerja. Siapa tahu?



Ada satu persoalan yang ustazah ni bagitahu. Pasal duit perempuan yang bekerja dan suami tak benarkan perempuan bekerja.


a) Duit isteri bekerja
Duit isteri hasil pencarian dia tetap menjadi duit isteri. Suami wajib memberi nafkah zahir kepada isteri.

Tapi suami boleh berbincang dengan isteri jika inginkan isteri berkongsi tanggungan dalam keluarga. Dengan syarat, isteri betul-betul ikhlas untuk membantu suami dan betul-betul memberi keiizinan. Kalau suami nak kan isteri bantu tanggung perbelanjaan, buat lah perjanjian. Yang mana isteri akan tanggung dan mana suami akan tanggung. Dalam perjanjian, jangan lupa tugas dalam rumah seperti mengemas, memasak, membasuh pinggan semua nya perlu di tanggung bersama-sama.

Kira macam sistem barter. Exchange. Isteri kurangkan tanggungan suami. Suami kurangkan kerja-kerja dalam rumah. Suami kena ingat, isteri telah melahirkan anak. Dalam tugas pengurusan anak pun suami kena tolong.


b) Buat suami yang tak benarkan isteri bekerja
Suami kena pastikan segala keperluan isteri dan anak-anak mencukupi. Nafkah zahir merangkumi keselamatan, kesihatan, pakaian, makan minum, rumah, pendidikan dan sebagainya. Kalau suami mampu sediakan semua diatas bersama-sama simpanan, jadi tak ada masalah untuk suami tidak benarkan isteri bekerja.


Ini je kot yang saya rasa penting untuk dikongsikan bersama semua dan tunang. Yang lain tu, perkara-perkara yang biasa kita jumpa. Yang ini, rasanya tak ada dalam modul yang kita dapat. Apa pun, sharing is loving. Doakan saya rajin untuk update. Hehe.


Harap mantan-mantan pun boleh lah share ur experience jugak. wee


xoxo

Selasa, 21 Februari 2012

Tips komunikasi suami isteri

Salam pembuka bicara..


Hari tu, saya pergi kursus kahwin dengan kawan bukan dengan tunang sebab dia dah pergi kursus kahwin masa study dulu.


Jadi, saya ada buat la sedikit catatan sepanjang berkursus. Ingat kan nak bagi tunang baca tapi jumpa tunang pun belum lagi. Makanya, saya share la di sini sebab saya tahu Z pembaca setia blog ni.


Masalah bercerai yang berlaku di Malaysia ni biasanya disebabkan oleh masalah komunikasi, tak ada duit dan tak pandai uruskan masa (lebih kan masa dengan bekerja atau lebihkan masa bersama kawan-kawan). Jadi, jom kita bercakap mengenai komunikasi antara suami dan isteri.


Tips dalam berkomunikasi:-


1.  Kena sentiasa bagi maklumat atau bertukar maklumat. Setiap maklumat kena jelas. Jangan ada yang tergantung.
Contoh: malam ni pukul 9 malam ada meeting dekat restoran xx pasal xx.

2. Sentiasa memberi pesanan. Ini tanda kasih.
Contoh: hati-hati pergi kerja. semoga rezeki yang diperolehi sentiasa diberkati Allah

3. Sentiasa bertukar-tukar perasaan melalui perkataan atau perbuatan. Kalau bergaduh, jangan sampai 3 hari berterusan tak bercakap. Lelaki kena mengalah dan pujuk dengan sentuhan.

4. Luangkan masa untuk berbual. 5 tahun pertama tahap kritikal dalam rumah tangga. Akan selalu terasa hati, jeles dan syak wasangka.

5. Jangan cerita pasal hal rumah tangga dengan orang lain. Bila kita sudah bercerita, kita telah berkongsi suami dengan orang lain. Persepsi orang tak akan berubah walaupun suami kita telah berubah.

6. Kena saling mempengaruhi. Kita mesti tahu macam mana nak pengaruhi pasangan kita. Jangan sombong, jaga peribadi dan doa kepada Allah swt

7. Kalau bergaduh, tengok pada persekitaran. Jaga maruah suami dan diri, jaga aib muka pasangan. Lelaki perlu memimpin wanita sebab akal lelaki lagi kuat. Masa bergaduh, jangan bergaduh hadapan anak-anak terutamanya yang masih kecil-kecil.


sumber: google



Bentuk komunikasi


1. Face to face
2. Bahasa badan
3. Bagi barang / hadiah malah air minuman. Tapi semua pemberian sebut lah hadiah walaupun segelas air. Supaya orang ingat kita.
4. Guna perantaraan untuk berhubung macam SMS, emel, telefon dan sebagainya


Ini hanyalah sebahagian sahaja. he. Nanti sambung ya encik Z.


xoxo

Sabtu, 18 Februari 2012

Senarai semak 6 bulan 6 hari lagi

Salam pembuka bicara...


Ini adalah senarai semak lagi 6 bulan 6 hari sebelum majlis. hehehe. Bulan ni progression macam tak banyak sebab kerja terlalu banyak dengan ramai foreign worker buat medical checkup untuk renew permit bekerja dengan setel kan kerja sebelum menamatkan perkhidmatan di sini. Alaaa... pening la banyak sangat. Tapi sempat jugak ber'FB'. Bayangkan kalau tak ada FB. hehe


Jom tengok senarai semak saya yang lagi 6 bulan 6 hari ni.

 Tarikh
- Nikah         : 24 Ogos 2012
- Resepsi       : 25 Ogos 2012
- Bertandang : 2 September 2012


Tempat
- Nikah         : Masjid Felda Gedangsa
- Resepsi      : Rumah, Felda Gedangsa
- Bertandang : Rumah, Felda Jengka 21


Masa
- Nikah         : Lepas Isyak atau lepas asar. Pending
- Resepsi      : 11am - 4pm (Sanding pukul 12 tengah hari)
- Bertandang : Pending


Warna tema
- Nikah         : Baby pink + white
- Resepsi       : Champagne + soft yellow + peach + white
- Bertandang : Purple

Hal-hal penting
- Duit hantaran  : Sudah ditetapkan oleh encik tunang. 
- Mas kahwin    : Sudah ditetapkan oleh encik tunang. 
- Tok kadi        : Pending. (lambat lagi. hahaha)
- Hantaran (untuk saya) : 5 dulang
- Hantaran (untuk Z)      : 7 dulang  (details refer sini ye dhiera)
* Tak ada perubahan


Kursus kahwin & dokumen penting
- Kursus kahwin (saya)
- Kursus kahwin (Z)     
- HIV test                    : Pending
- Borang nikah             : Pending
- Borang Tok Kadi      : Pending
- Borang lain-lain         : Pending


Jumlah tetamu
- Nikah    : Keluarga terdekat, rakan-rakan tersayang, jiran-jiran, bakal keluarga (max 150)
- Malam berinai : Tetamu nikah dan jiran-jiran
- Resepsi : Anggaran 2000 tetamu
- Bertandang : Anggaran 1000 tetamu


Jamuan
- Nikah         : Masak sendiri. Consider done
- Malam berinai : Masak sendiri. Consider done
- Resepsi       : Masak sendiri. Consider done
- Bertandang : Katering. Pending


Menu
- Nikah         : Consider done. Ayah's task
- Resepsi       : Consider done. Ayah's task
- Bertandang : Pending for food testing


Kanopi
- Nikah         : Ayah's task. Consider done
- Resepsi       : Ayah's task. Consider done
- Rewang      : Ayah's task. Consider done
- Bertandang : Z's task. Pending


Kek kahwin
- Nikah         : Kek coklat. Pending. Ada nak sponsor?
- Resepsi       : Pulut kuning + cup cake atau ganti chocolate fountain. Pending
- Bertandang : Z's task. Pending


Kad jemputan
- Nikah         : DIY. Pending
- Resepsi       : Orang kampung = DIY untuk 600 keping. Pending.
                     : Lain-lain = Dalam perbincangan. Pending
- Bertandang : Orang kampung = DIY untuk xxx keping. Pending.
                     : Lain-lain = Dalam perbincangan. Pending

* Vendor      : Terabyte Studio


Aturcara
- Nikah         : Ayah's task
- Resepsi       : Ayah's task
- Bertandang : Pending


Senarai tetamu
- Nikah         : On progress. Pending
- Resepsi       : On progress. Pending
- Bertandang : Pending


Mekap
- Nikah         : Pending. Mak suruh cari MUA bukan butik.
- Resepsi       : Pending. Sama macam atas.
- Bertandang : Pending


Henna artist
- Nikah         : Pending
- Bertandang : Pending


Tema pelamin dan hiasan
- Nikah         : Moden + tradisional contemporary
- Resepsi       : Moden + tradisional contemporary
- Bertandang : Pending

* Vendor nikah + resepsi : On top of list. Mylo Bandong Couture. Kemungkinan besar DIY
* Vendor bertandang : Pending


Persalinan pengantin

a) Kain dan bahan
- Nikah         : Done for both
- Resepsi       : Done for both
- Bertandang : Pending

b) Design
- Nikah         : Done for both.
- Resepsi       : Done for both
- Bertandang : Pending

c) Tailor
- Nikah         : Saya = Dan hantar tailor. Veil: done
                     : Z = Done
- Resepsi       : Pending for both.
- Bertandang : Pending for both

* Vendor untuk baju nikah : Kawan mak
* Vendor untuk baju resepsi : elyn creation
* Vendor untuk baju bertandang : Pending

d) Kasut
- Nikah         : Saya = Pending. Rasa macam tak perlu beli baru.
                     : Z = Pending
- Resepsi       : Saya = Pending. Tunggu baju siap
                     : Z = Pending. Tunggu baju siap
- Bertandang : Pending. Rasa macam tak perlu beli baru


Pengapit / dayang
- Nikah         : Pending. On listing for dayang
- Resepsi       : Pending. Confuse nak assign siapa. wuwu
- Bertandang : Pending


Family attire
- Nikah         : Pink dan purple
- Resepsi       : Soft yellow dan peach
- Bertandang : Pending


Pengapit attire : Pending


Hiasan hantaran
- Untuk saya : DIY Consider done
- Untuk Z     : DIY Consider done


Official photographer (OP)
- Nikah        
- Resepsi      
- Bertandang 
* Vendor : Frelance photographer (Pak su)


Official Videographer (OV)
- Save the date : DIY. Pending
- Nikah            : Done. Full payment masa delivery the video
- Resepsi         : Done. Full paymet masa delivery the video
- Bertandang    : Sedare Z. Not yet confirm.

* Vendor : Anwar Artwork


Doorgift
- Nikah         :  None. Tapi ada upah tok kadi dan saksi. Pending for upah
- Resepsi       : Dewasa = Pending. Belum beli lagi. Idea dah ada. hehe
                     : Kids      = Pending. DIY. hehu
- Bertandang : Pending
- Penanggah  : Pending


Bunga pahar
- Resepsi       : Mak's task.
- Bertandang : Pending


Handbouquet
- Nikah         : DIY. Pending
- Resepsi       : DIY. Pending
- Bertandang : Pending


Hiburan
- PA system : Ayah's task
- Kompang  : Ayah's task
- Bertandang : Pending


Hal lain-lain
- Penunjuk arah         : Pending
- Bunting dan banner : Pak su's task
- Guestbook              : DIY. Pending
- Photo canvas          : Pending
- Welcome signage    : Pending.
- Bunga Manggar       : DIY. Pending
- Corsage                  : DIY. Pending


Penginapan
- Pengantin    
- Family lelaki
- Kawan-kawan
- Family perempuan : Z's task. Untuk resepsi di Pahang


Tambahan
- Kos pengangkutan : Consider done
- Spa  : Pending
- Dental : Pending


Honeymoon
- Tarikh              : Done
- Tempat            : xxx
- Flight               : Air asia. Done. Yeay!!
- Tentatif           : Done 
- Passport Z      : Done
- Passport saya : Pending
- Hotel              : Pending


Haha. Progression sangat slow. Tapi sekurang-kurangnya ada. Sebenarnya, banyak perkara nak cerita dekat sini tapi tak tertulis. hehe


Hari ini pergi jalan-jalan ke Melaka lagi. He.


xoxo

Khamis, 16 Februari 2012

Scrapbook Memories Studio dan jumpa Faiz

Salam pembuka bicara...


Pasal scallop puncher tu, ada yang nak alamat betul. Alamat ni saya dapat dari website dia.


Scrapbook Memories Studio
L2-39A, Level 2,
No 3, Jalan SS20/27
47400 Petaling Jaya, Selangor

Nombor telefon: 03-77250063 atau 03-77250062


Nak tahu HQ dia, [tekan sini] ok! Sebenarnya nak pergi tempat ni senang je. Kedai ni memang dalam Tropicana City Mall tu dan tingkat atas sekali. Betul-betul sebelah ToyRus tu~


Macam mana saya jumpa puncher ni, semuanya sebab Faiz aka Izah Zan. Sama macam saya cerita dalam entri beberapa hari lepas.


Faiz ni comel taw. Kulit muka dia cantik je. Serius tak tipu. Sila tanya tips pada faiz ok! Blog faiz ini. [tekan sini]. Meh layan gambar kami bertiga. Lagi sorang tu kawan saya. hehe (dah macam personal blog pulak dah)


Masa ni kami pusing-pusing cari kedai ni. Cameraman encik tunang saya lerr..




Ini pulak masa tengah tengok-tengok puncher lain. Ni dekat kawasan Martha Steward brand. Cantik-cantik. Juling tengok harga. Hahaha.




Sebelah dia macam nursery taw. Tempat budak-budak.




Siap ada lukisan sambung-sambung lagi. hehe




Ok itu je la~


Nasihat saya, jangan main redah taw. Call dulu tanya samada ada stok ke tak sebab banyak yang dah out of stock. Tanya yang mana bagus. Berapa lama dia tahan sebelum jadi tumpul. Berapa tebal kertas yang dia boleh potong dalam satu-satu masa. Nak beli online pun boleh tapi tak dapat nak pegang dan rasa kesesuaian dan keserasian kita dengan puncher ni. hehe


xoxo


p/s: Tiket honeymoon dah beli. weee... tak sabar nak kahwin

Rabu, 15 Februari 2012

Details scallop puncher

Salam pembuka bicara...


Berdasarkan entri semalam [tekan sini], saya dah beli scallop puncher yang di cari. Bersaiz 1.5inci.




Saya tahu ramai yang tertanya-tanya. Tapi sebelum tu, jom tengok antara pilihan yang ada. Ini pada one side je. Side lain ada lagi taw.




Target lain nak cari emboss puncher sekali tapi out of stock. Kalau nak yang emboss kena beli die cut machine sekali. Sakit jantung sekejap. Rasa ye tak jadi la buat emboss dekat xxx ni. hehehe (xxx masih dalam rahsia).


Kat sini ada pelbagai harga bergantung pada brand. Brand yang bagus adalah Fiskars, EK Success dan Martha Steward. Fiskars lagi sedap untuk diguna dalam proses punch kertas yang banyak. Tapi out of stock. Martha Steward pun out of stock jugak. Yang tinggal untuk scallop puncher 1.5inci adalah brand EK Success dan Marvy Uchida kot.


Nampak puncher yang warna-warni tu. Ada biru, hijau, pink dan kuning. Itu semua satu brand,  Marvy Uchida . Murah sikit sebab mata pemotong tu boleh tahan dalam 500 keping kertas je. Lepas tu bergerigi dan tumpul.


Saya beli jenama EK Success. The last one yang ada. Saya pilih EK sebab dia boleh punch more than 1k pieces of paper. Harga tak tahu la nak cakap mahal ke tak. Mungkin harga ye memang macam ni kot.


Harga asal : RM87
Harga tawar-menawar : RM80 (encik tunang yang tolong tawar. tak tahu pula dapat. he)


Jangan risau kawan-kawan kita boleh try rasa macam mana nak punch guna puncher ni. Saya beli dekat mana?




Lokasi:
Tropicana City,
Tingkat 2, Sebelah ToyRus.


Boleh jugak beli online. tekan sini Beli online tak boleh tawar la kan? Behind the stroy nanti sambung. Kerja banyak wooo. Sabar ye!


xoxo

Selasa, 14 Februari 2012

Treaser : scallop puncher

Salam pembuka bicara...


Ini treaser tapi dah tunjuk. At last dapat jugak beli scallop puncher yang dicari-cari selama ini.




Terima kasih tak terhingga buat faiz. Dia yang banyak tolong ni. Malah, dia yang mengalah untuk tunggu next coming puncher. Katanya, wedding dia lambat lagi. Dia ada masa tapi dalam hati rasa macam dia yang banyak keluarkan effort untuk cari puncher ni tapi dia tak dapat apa-apa melainkan tunggu next order. Nanti kita pergi sama-sama ye faiz. Sebab nak cari sesuatu lagi. hehehe


Details tunggu next entri ya!


xoxo

Isnin, 13 Februari 2012

Kursus kahwin done!

Salam pembuka bicara..


Seperti yang sedia maklum dalam entri ini, sabtu dan ahad saya berkursus kahwin di Putrajaya spesifiknya dia Presint 9.


Sepatutnya nak pergi bertiga dengan dua orang kawan. Alih-alih salah sorang terpaksa bekerja sebab ofis dia nak berpindah blok. Nasib tak keseorangan. Saya tak pergi dengan encik tunang sebab dia dah pergi dulu masa dia di UTeM dulu. Dia tu gatal betul. hehe



Overall, kursus ni sangat best. Penceramah (ke fasilitator ea?) sangat pandai attract perhatian audience. Kursus selama 1 hari setengah ni ada 6 slot. Setiap slot ada 2 tajuk. Cukup lah satu slot dengan tempoh 2 jam tu. Memang tak cukup. Saya rasa nak lagi lagi dan lagi. Best sangat kot. Banyak ilmu yang ditimba. Tapi peserta untuk kursus ni sangat ramai la. Penuh bilik ceramah.


Owh, kena bagi encik tunang baca salinan saya sebab dia tu otak dah berkarat jugak tu almaklum dah lama pergi. Bila ajak dia pergi sama, boleh pulak dia cakap pergi kursus 2 kali dapat sijil 2 helai. Boleh kahwin 2 ke? Pang!!!! Cari pasal betul.


Siapa yang masih belum pergi lagi kursus kahwin dan masih mencari tempat nak pergi dan kalau Putrajaya menjadi pilihan, boleh lah pergi kursus kahwin di Presint 9 ni. Dekat presint 16 pun ada jugak. hehe


xoxo

Jumaat, 10 Februari 2012

Pergi kursus kahwin. Yeay!!

Salam pembuka bicara..


Mood bermalas-malasan sudah kembali. wuwu. Mungkin sebab saya hitung hari untuk berhenti kerja. Tapi kerja berlambak yaw! Cane?? Kurang dari 2 minggu je lagi berkhidmat di sini. Lepas tu rest seminggu sebelum start kerja baru.


Hanya nak bagitahu besok dan ahad, saya akan menghadiri kursus kahwin! Yippie!! Bila tengok ticker terus gabra sebab lagi 6 bulan 2 minggu lagi untuk bernikah. Sanding nya tambah sehari saja lah.



Rupanya, kami telah bertunang selama 2 bulan 3 minggu. Wahhh.. macam tak da la lama sangat bertunang. hehe.


Siapa-siapa yang ada dekat Putrajaya tu, jom la ketemu~ Jauh ye berkursus kahwin di Putrajaya. Kawan saya tanya semalam, "eh, dira. kena baca apa-apa tak?" Saya kata "tah. kenapa?" Dia kata tiba-tiba gugup pulak kang. Al-fatihah pun lupa. Hahaha. Buat lawak la nida oii.. Siap cakap tapi aku period. Ang la kena. hehe


Best tak kursus kahwin yang korang dah pergi? Share share la dengan saya. hehe


xoxo

Khamis, 9 Februari 2012

DIY : bantal hantaran nikah

Salam pembuka bicara..


Memang plan hari ini nak update pasal bantal hantaran. Kebetulan pulak anis ada tanya semalam.


Kalau pernah baca entri saya pasal bantal hantaran yang lepas (masa bertunang hari tu), saya guna bantal yang betul-betul bantal untuk buat bantal hantaran. Beli yang dah siap dari kedai sebab kebetulan murah. First time pergi, dia jual RM3 sebiji. Second time pergi dia jual RM10 untuk 4 biji. Sangat murah sebab dia pakai bantal kekabu.




Orang malas macam saya memang suka yang ready made ni. Ala-ala separuh DIY. Apa yang perlu adalah buat sarung untuk bantal ini sebab dari awal beli bantal ni memang dah decide nak guna balik masa nikah dan DIY pelamin.


Mula-mula, nak DIY pelamin sanding. Lepas tu, malas nak DIY. Nak booked dengan butik je. Sekali tu, sepupu saya yang memang menjurus ke bidang ni tanya samada perlu atau tidak hias kan bilik saya. Terus ting!!! Nak DIY pelamin jugak la. Material saya beli sendiri la kan? hehehe. DIY thingy lagi~ Gigih ye dhiera.


Hasil bantal ni masa bertunang hari tu adalah ini. Sarung bantal hantaran sama dengan baju tunang. Hahaha.




Kali ini untuk nikah bertema kan putih dan baby pink. Kain putih dah beli dekat nagoya sebelum bertunang sebab mula-mula nak buat baju nikah lelaki. Tiba-tiba beli baju melayu siap je. Daripada tak pakai langsung kain tu, saya buat lah sarung bantal hantaran untuk nikah.


Plan asal, nak cuba buat hiasan tepi atau penjuru yang berlainan dari bantal hantaran masa tunang hari tu. Tapi bila pergi kedai bunga masa cuti Thaipusam baru ni tak ada material yang cantik di mata. Last-last ikut lah plan bantal hantaran masa bertunang hari tu.




Kalau pergi dengan mak, mak mesti cari yang the latest design. Memang ada rambu-rambu baru sampai masa ni. Akak chinese ni tunjuk dekat mak yang warna dusty pink. Mak suka tapi saya tak suka sebab over bajet. Saya bajet nak beli rambu-rambu harga RM 5 semeter tapi rambu manik ni RM 7.90 semeter. Nanges la kalau beli sebab nak guna 12 meter. Mak tawar-tawar dapat lah harga RM 5 semeter. Itu pun sebab beli lebih 10 meter.


Saya rasa beli bantal siap macam ni sangat senang kerja. Kebetulan, murah. Lagi murah kalau sarung bantal tu boleh jahit sendiri. Saya upah orang. Mahal. Nak lagi jimat, jangan guna rambu-rambu manik atas ni. Guna yang kerawang lekat di penjuru ke guna yang macam tali dipintal-pintal tu ke. Yang itu rasa ye lagi jimat. He


Tajuk atas tu DIY la sangat~


xoxo

Rabu, 8 Februari 2012

Buat documentation untuk wedding preparation penting!

Salam pembuka bicara..


Alamak, tajuk campur melayu dan inggeris. Ampun! Dah lama rasanya tak update entri bermakna ni disini. Wedding progression sangat slow. Alahai, penyakit malas dah datang macam ni lah.


Kalau dulu, masa buat persiapan pertunangan saya guna buku merah prudential untuk segala hal. (Sebenarnya, masa buat pelan kasar untuk kahwin ni pun guna buku merah juga). hehe. Kali ini khas untuk persiapan kahwin, saya guna cara yang beza. Sebab senang nak simpan semua dokumen. hukhuk. Dokumen untuk kahwin lagi banyak dari bertunang.


Semua catatan, semua resit saya simpan dan kepil kan dalam fail ini. Dekat tempat kerja saya sekarang banyak sangat paper yang tak pakai. Jadi, boleh di kitar semua. Muka surat belakang masih bersih. hehe


susunan dalam fail


Fail ini dah tebal. Bukan sebab dah banyak preparation tapi sebab yang tutorial pun saya simpan dalam ni. Ini fail lama saya. Ambil dekat ofis ayah. Fail ini banyak sangat dekat rumah sampai saya bagi dekat kawan-kawan dulu. Kalau dulu fail ini tempat simpan segala nota saya (terutamanya masa dekat matrik dulu). Sekarang, simpan segala hal pasal kahwin. Nanti simpan segala hal pasal anak pulak. hahaha


Bahan-bahan (kemain macam resepi)
Simple je cara simpanan saya. Semua guna barang recycle. 
1. Fail : fail lama sudah. masih cantik rupanya walaupun usianya sudah lebih 20 tahun. Hard cover
2. Kertas A4 : kertas recycle yang dah tak nak dipakai
3. Kertas A4 berwarna : ini mintak dekat adik saya sebab dia selalu buat buku skrap. mesti ada punya.
4. Gam : untuk tampal-tampal
5. Puncher : untuk tebuk lubang la


Perkara penting
Mesti ada pembahagi bahagian
Sebenarnya, ayah ada bagi kertas yang boleh asing-asing bahagian ni. Mungkin dalam stor dekat rumah di Sijangkang dan tak bawa balik masa pindah sini. Asing kan setiap perkara mengikut kriteria yang diperlukan menggunakan warna kertas yang berbeza. 


Seperti : videographer. Segala hal mengenai videographer simpan disini. Resit pembayaran. Idea video yang diinginkan. Semuanya catat dan ada yang print disini.

pembahagi bahagian fail buku kahwin



Kalau tengok pada fail saya di atas ni kan tebal, andai kata lah nak masukkan dokumen untuk bahagian belakang sekali kan susah. Betul tak? Kena keluarkan semua kertas baru boleh kepilkan bahagian belakang kan?


Tapi dengan fail ini saya tak perlu susah-susah sebab fail ini boleh di buka depan dan belakang. Kunci fail depan dan belakang sama macam bawah ni. Kalau nak ambil dokumen dekat belakang bukak belakang. Nak ambil dokumen dekat depan buka bahagian depan. Nak ambil dokumen atau kepil dokumen dekat tengah, mana-mana pun boleh. hehe

fail buka depan belakang


Abaikan tulisan jepun tu. Fail ini asalnya dari jepun sebab ayah saya bekerja di company Jepun.


Macam mana saya simpan segala mak nenek resit?
Disini lah kegunaan gam dan recycle paper tadi.


Setiap resit akan saya tampal pada recycle paper. Detail yang saya letak bersama adalah 
a) senarai barang
b) harga
c) nama kedai 
d) tarikh. 

Pada saya 4 point ini adalah penting!! Contoh seperti di bawah:

cara simpan resit


Kemudian, ambil puncher dan punch kertas. Ambil fail dan simpan dalam fail! Gambar pertama masa fail ini bertukar jadi simpanan dokumen kahwin. Taraaaa...


susunan fail awal



Nipis je kan asalnya. Sekarang dah jadi macam gambar atas sekali. Tebal!


Hopefully, boleh bagi some idea kepada semua macam mana nak uruskan dokumen. Kalau kena audit pun tak ada masalah. hahaha. Sharing is loving! Ramai je kan dah buat documentation macam ni.


xoxo

Selasa, 7 Februari 2012

Promotion [Yadzroom Digital Studio]

Salam pembuka bicara..


Sebenarnya banyak yang saya nak kongsi di sini tapi ke'busy'an melanda ditambah lagi dengan kemalasan yang membara. Aiyak!!!


Hari ini nak share mengenai Yadzroom Digital Studio [link FB]. Yadzroom Digital Studio menyediakan khidmat photographer dan videographer. Rasa nya sekarang dia fokus pada videographer sahaja. Yang paling menarik, Yadzroom Digital Studio sedang buat promosi pre-wed cinematography for FREE!! Ya, kawan-kawan. Free ye.




Nampak tak boleh jimat berapa banyak? Jimat RM2400. Menarik bukan? Tekan sini untuk tahu promosi. [link]


Untuk maklumat lanjut, kenalah tanya pada Yadzroom Digital Studio sendiri. Hubungi 03-8740 4321. Yadzroom Digital Studio ni based ni Kajang.


xoxo

Isnin, 6 Februari 2012

Angan-angan muda remaja

Salam pembuka bicara...


Semalam ber'texting' dengan my bestie. Sebenarnya, memang dah tahu yang dia ada plan nak bertunang dan berkahwin dalam tahun ni. Cuma yang saya di maklum kan bulan 4 tunang.


Terus teringat masa muda remaja (sekarang muda-mudi. hek), dia selalu kata

"adik yang akan kahwin dulu. jia kahwin lepas adik kahwin". 

Tapi saya selalu kata

"eh, tak boleh. adik lagi muda dari jia. adik kena la jadi pengapit" 

hahaha. Adik itu adalah saya. Masa saya sekolah menengah dulu, saya diberi gelaran adik masa form 1 sebab paling muda dalam dorm. Alih-alih, melekat panggilan adik ni sampai besar, sekarang. Bukan perempuan je yang panggil adik, yang lelaki pun panggil adik. hiks.


Sekarang, dia tuntut.

"adik kahwin dulu jadi dah langkah bendul. nak mintak ape ye??" 

cait!!!


Dan perancangan sekarang adalah seperti yang my bestie ni harapkan dari zaman muda remaja tu. Eii, tak sabar nak hunting barang kahwin dia. (sebuk je) Dah lah dengan excited ye dia mengajak saya pergi ke spa dekat Banting! weee... Seronok! Nak pergi spa!!!! Sebab rasa nya i need spa right now. Kerja macam berlambak. Mungkin sebab awal tahun ramai foreign worker nak renew permit bekerja kot. Muntah hadap darah dan urin. ermm


Motif entri: tahapehape ni. Nak cakap tahniah in advance pada my bestie ni. Tahniah juga sebab angan kecil-kecil dulu menjadi kenyataan akhirnya. Mesti jia sebut dalam doa ni. Nak kenal my bestie?? Yang si gadis lah jia. The best friend dari dulu sampai sekarang. Yang lelaki tu pun my friend jugak satu kelas masa form 4 dan form 5. hehe




xoxo

Jumaat, 3 Februari 2012

Persiapan nikah: hantar baju nikah

Salam pembuka bicara..


Quick update! Nanti umi mengiau tunggu saya update.


Petang ini saya akan hantar baju nikah saya dekat tailor. Siapa tailor? Jeng jeng jeng.. Kawan emak sahaja. Tapi.. Ada tapi ni. Tak tahu la makcik ni boleh buatkan ke tak macam baju yang saya nak. Hopefully, boleh la~


Idea asal mak saya nak buat baju kurung moden dengan kain flowy flowy tu. Ala, macam kain Farah Lee.



Tapi saya ni comel-comel orangnya (perasan) tinggi pun macam tak tinggi sangat. Kalau masa perhimpunan sekolah tu berdiri dekat depan sepatutnya tapi saya suka berdiri dekat belakang atau pun duduk-duduk dekat parking motor yang jauh dengan tempat berhimpun la. Kenapa? Sebab dulu pengawas sekolah. hehehe. Pang karang.


Walaupun mak saya sukakan baju macam Farah Lee tu, hati saya memang kurang berkenan.  hehe. Last-last, saya tunjuk dekat mak baju yang lain. Dan emak setuju! Tapi masalah ye kain dia pun flowy flowy macam tu jugak. Tak bagus untuk pemandangan mata orang terhadap ketinggian saya. Akhirnya, dengan bantuan Cik Mira kita aka Cik Shampoo dan pendapat dari Ain dapat jugak saya pilih design mana yang sepatutnya. Hehe. Thanx korang! Love ya!


Sebenarnya nak cerita pasal nak hantar kain baju nikah dekat tailor tapi tercerita sekali dengan sejarah-sejarah design baju pulak. Adoyai.


Nak tengok rupa baju kena tunggu majlis nanti ye. Doa-doa makcik  ni boleh buat kan? Hehe. Jangan tanya kenapa awal nak hantar baju nikah.


xoxo

Khamis, 2 Februari 2012

Jom ber"spa"!!

Salam pembuka bicara...


Entri less word semalam [klik sini]. Rasa macam nak berehat di mana-mana. Menenangkan otak yang macam serabut kejap. Sekarang pun banyak sangat tugasan mungkin sebab ramai majikan bawak foreign worker dorang untuk renew passport bekerja masing-masing kot.


Itu yang rasa nak pergi ke spa atau kemana-mana sahaja. Tapi weekend ni (sabtu, ahad) kena kerja. Nasib lagi 21 hari je berada dalam company ni. Saya nak jadi pengganggur buat seminggu dulu sebelum start kerja baru. hekhek. Masa ni, mak dengan ayah pergi honeymoon. Tak ada la rasa pengganggur sangat. Dulu, saya tak merasa jadi pengganggur sebab habis study terus dapat kerja. Ya, bertuah nya badan. Ada orang yang tunggu berbulan-bulan baru dapat kerja. Itupun bukan kerja tetap. Setelah setahun 6 bulan bekerja disini, sudah tiba masa untuk ceburi bidang lain. Bidang yang 100% berlainan dari apa yang saya ceburi dan belajar sebelum ni.


Ada sesiapa nak ajak saya berspa ke? Banyak cerita nak share dengan korang semua. Nanti saya update lagi ye. Sambung buat kerja. Allergik sudah semakin pulih! yeay! Maap entri tahapehape. Tak ada kaitan dengan wedding pun.


xoxo

Rabu, 1 Februari 2012

WW #1

Salam pembuka bicara..


Entri pertama pasal less word (wordless sebenarnya) dalam blog ni.




Terasa nak,




Siapa nak?


xoxo