Selasa, 3 Januari 2012

Perihal cincin kahwin

Salam pembuka bicara..

Siapa tuesday blues arini?? Saya dah buat sedikit research pasal cincin lelaki. Sekarang ni trend perempuan bagi lelaki cincin kahwin kan?


Kenapa nak ada cincin kahwin untuk lelaki?
Dari kajian (eceh..kajian la sangat), cincin tu sekadar tanda lelaki tu dah kahwin dan hadiah ikhlas dari perempuan untuk lelaki. Lagipun, masa lepas akad ada upacara batal air sembahyang. Ikut adat, lelaki akan sarungkan cincin atau pakaikan rantai tangan untuk perempuan. Jadi, trend sekarang ni yang perempuan pun nak bagi jugak.


Perlu atau tidak?

Semua tu bergantung pada pasangan masing-masing. Kalau rasa perlu, bagi lah. Kalau tak, tak payah pun tak apa. Sebab tak masuk dalam rukun nikah pun.


Kalau nak bagi, pilihan apa  yang ada?
Untuk lelaki, pilihan yang ada hanyalah:
 a) Silver = perak
 b) Platinum
 c) Stainless steel
 d) Ada jenis lain, tapi yang atas ni yang selalu orang pakai

Suasa ke emas putih ke rose gold ke semuanya tak boleh sebab unsur emas bercampur dalamnya. Dari buku ustaz Azhar Idrus, menurut Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yang bermaksud: “emas itu adalah haram ke atas lelaki memakainya sama ada emasnya sedikit ataupun banyak”. Rasanya, semua orang dah tahu pasal ni. Nak maklumat lanjut, baca di laman ustaz naim dan ustaz zaharuddin juga.

sumber: google

Silver
Salah satu ayat dari penulisan ustaz zaharuddin, “yang terpilih tetap perak bagi orang lelaki, kerana ia adalah sunnah Nabi SAW jua.” Kenapa silver? Sebab Rasulullah pernah memakai cincin silver. Cincin ni digunakan sebagai cop mohor dalam segala urusan rasmi beliau.

Dari bacaan saya, pure silver adalah silver 925. Ada juga yang mengatakan di Malaysia silver terbaik adalah Australian Silver. Sejauh mana kebenarannya, wallahualam sebab saya pun tak ambil tahu jenis-jenis silver ni. Pada saya, as long as dia adalah pure silver. Jadi, ok lah.

Dari bacaan juga, ada yang kata pastikan cincin silver ini adalah betul-betul pure silver tanpa campuran logam lain. Kalau tidak, shining pada cincin akan cepat pudar. Minggu lepas ada survey silver dekat Alamanda tapi saya lupa nama kedai ni, range harga dari puluh-puluh hingga ke ratus. Bergantung pada design.

Platinum
Quote dari Ustaz zaharuddin: Halal bagi lelaki memakai platinum manakala dari Ustaz love : Platinum adalah harus dipakai. Platinum ni memang mahal kalau nak dibandingkan dengan silver sebab susah nak cari. Well, depends la pada bajet masing-masing. Plated platinum pun banyak sekarang ni. Contoh terdekat, Diamoney la~

Stainless steel
Eimy kata stainless steel ni lagi shining dan cantik dari silver. Harga pun tak ada lah mahal sangat. Tapi menurut sesetengah ahli logam, memakai cincin yang diperbuat dari besi dan tembaga boleh menyebabkan kesakitan pada saraf badan ketika usia semakin meningkat. Malah dalam islam, hukum memakai cincin besi dan tembaga ialah makruh. Tapi sepanjang pencarian saya, tak banyak jumpa maklumat pasal stainless steel ni. Mimosa dekat KLCC tu sangat famous untuk cari stainless steel tapi eimy kata dah tutup. Tak survey la pulak.


Batu yang sesuai untuk lelaki

Batu untuk lelaki pula ada 2 jenis potongan iaitu cabochon = potongan bulat dan brilliant = batu potong. Setakat pencarian saya, batu yang sesuai untuk lelaki zamrud, delima dan nilam. Tapi kalau Z nak kan cincin, saya mungkin prefer cincin silver yang taka da batu atau batu ye ke dalam.  Kalau tak, saya nak pilih jam sahaja~


Kesimpulan
Apa pun, saya tunggu Z yang decide dia nak apa. Kalau beli cincin tapi sebenarnya dia tak nak pakai macam membazir la pula. Kalau ikutkan keperluan dia bekerja, cincin dengan jam ni memang dia tak boleh pakai pergi keje.

Saya tahu dia akan baca entri ni, jadi buat encik tunang saya, bila dah decide bagitahu lah ye. Kalau tak, kita tukar kepada jam. Ok!

sumber:

27 ulasan:

Anis aka Mama Mila berkata...

bagusnya entry ni..i nak cari cincin utk bakal suami gak :)

dhiera zainudin berkata...

@ anis: anis nak cari kat mane? hehe. sebuk je nak tahu~

Honey Sakura @ eiMyLiciOus berkata...

betul2....biar dia sndri yg pilih kan huhuhuhu!!!!

mimosa KLCC bukan ke da tutup yunkkk!!! skang nie terkenal adalah Bausch. K midvalley, klcc, one utama dan cawangan2nya.....

Puteri Kayangan?@#$%???? berkata...

Wahhh best entri ni ..entri yang bagus buat bakal2 b2b..

Umi baru tahu cincin kawin bagi lelaki tu perempuan yang bagi .. umi ingat lelaki yang beli sekali time beli cincin kawin perempuan ..

betul kata dear ..kat diamoney cantik2 cincin untuk lelaki .. chak!

tak sabar nak baca entri yang seterusnya :)

Unknown berkata...

jijah belikan silver yang untuk asben lepas baca pandangan dr ustaz2..hehe

Unknown berkata...

heheh..nice info dear...memang nak buat research ni..tapi cik dhiera dah buat...huhu..selesai tugas saya..heheeh..takpe nnt miza topup2 skit2 ekk..heheh sharing is caring..

klipkertas berkata...

diera
kite pon memang nak bagi zamir cincin untuk batal air sembahyang.
tapi memang dungu xtaw nak beli macam mane.HAHA.
seriously suasa taboleyh ye?

klipkertas berkata...

eh.eh.btw diera.kite nak join kelab
B2B dekat fb tu.tapi kenape taboleyh bukak ea?

picairin berkata...

research yg berguna! thanks dhiera! =)

~ NANA ~ berkata...

suka platinum tp mahal la...huhu...btw org ckp beli kat kedai emas area jln TAR murah :)

Tanpa Nama berkata...

suasa emas putih pun tak boleh kan? lelaki pakai?

sitinazirah86 berkata...

ira pon beli cincin silver jer dhierah..en.tunang ira ni mmg suke cincin..mula2 nak beli banggel (btol x eje tu)silver jer,aleh2 dia tka nak cincin aje.:)

Suria berkata...

suria x beli lg pn, tunang ckp die nk beli sndri.. suria pn mls nk campur, hihi tp entry dhiera sgt bagus sbb ramai jgak yg masih igt suasa tu lelaki bleh pakai kan.. :D

MIRA SHAMIRA AMER berkata...

Mira suka entry ni =)
the best info......

nona fafa berkata...

dear, bagus entry ni..
good job! :)
tapi fafa xkasi cincin..
sebab mr A xsuke pakai cincin..
so dah plan nak kasi jam kat dia..
beli yang stainless steel punya..
hehe..

ShaNizam berkata...

Salam dhiera,

Entry yang berilmu dan bermanfaat untuk semua..
Terutama yang sedang tercari-cari cincin.. Ilmu dari dhiera nie pulak, Sha boleh jugak kongsikan dgn kawan-kawan yang lain.. Hehehe..

Tapi kalau tak bagi cincin? Mgkn bole bagi jam macam dalam filem ombak rindu.. Hehehehe..

Alya Syaqiera berkata...

EN tunang kite pun xsuka pkai cincin. so kitorg decide nk bli cincik murah je.. heuheu

Unknown berkata...

thanks for the info..x beli lg nie cincin tuk bakal hubby~

p/s: salam kenal..ade mase jom singgah blog baru sy~
http://rozeltweddingpreparations.blogspot.com

Cik Ain berkata...

En Tunang kita tak suke pakai cincin ar. sedey je aw. tapi info yang dhiera bagi nie bagus tuk b2b. gud job dear. :)

dhiera zainudin berkata...

@ eimy : kite dah betul kan dah kat atas tu. kite tulis melalui bacaan kite jerk. thanx ya!

@ umi : yke? depends pada pasangan kot. klo beli couple ring mybe lelaki yg bayar kan kan?

@ jijah : bagus la tu. silver tu ikut sunnah Rasulullah~

@ rin: orait yunk! nanti topup ok!

dhiera zainudin berkata...

@ klipkertas : alamak, kite lupe lg nak panggil apa. suasa tak boleh yunk sebab bercampur emas. boleh baca dekat blog ustaz azhar idrus, ustaz zaharuddin, ustaz naim ramai lagi.. google je. insyaallah jumpa.

group tu dah jadi secret group. bagai emel kita send friend request dekat FB

@ picairin : sharing is loving!

@ nana : oo..dekat area sane murah2 ea. bebile nanti nak try la~

@ epa : tak boleh yunk~

dhiera zainudin berkata...

@ ira : ira beli kat mane?

@ suria : tu la.. mase kite baca dekat forum-forum ramai jugak yang kate boleh pakai. tapi forum-forum tu yang lama punye~

@ mira : thanks mira~

@ fafa : jam pun ok kan? bukan semua lelaki suka pakai accessory.

dhiera zainudin berkata...

@ sha : sharing is loving! hehehe. ilmu kite kena kongsi kan?

yeaa.. betul. bagi jam pun good idea jugak~

@ alya : bagi la jam. mungkin dia lagi suka?

@ syaz: ada blog baru ye..

@ miss ain : lagi jimat tu. hekhek. semoga kite boleh manfaat kan bersama~

sitinazirah86 berkata...

dhiera,ira beli kat pasar keramat.

klipkertas berkata...

diera!panggil kite aiza.heee~

ni email FB kite.

aizaieza@yahoo.com
Noraiza Rosli.

sitinazirah86 berkata...

kat dlm pasar tu bnyk kedai emas,kene pandai pilih kat situ

Tanpa Nama berkata...

Terbaik entry ni. Biasanya bila google lelaki boleh pakai cincin apa.. Meleret leret hujah dan hukum yang takde kena mengena keluar. Last last confused. Tapi yang ni tepat dan padat!