Selasa, 10 Januari 2012

Idea: pilihan wardrobe.

Salam pembuka bicara..

Sabtu hari tu, ada discuss-discuss sikit dengan emak pasal rumah. Emak dan ayah bagi kami (saya dan Z) jaga rumah banglo kepunyaan mereka. (Ayat selamat kot ni). Banglo setingkat sahaja.

Macam mana bahagikan bilik?
Mak kata master bedroom tetap akan menjadi bilik mak. Yang boleh guna bilik itu adalah mak dan ayah saya serta bakal mak dan ayah keluarga mertua. Bilik saya tetap jadi bilik saya. Adik beradik lain kalau datang pilih la mana-mana 3 bilik lagi.


Masalah kami
Rumah banglo ayah saya ni konkrit sepenuhnya. Biasanya rumah orang hanya tanam konkrit bahagian bawah je tapi rumah ni dari dalam tanah sampai siling adalah konkrit konkrit. Nak pecah kan memang susah. Teringat kes masa nak pasang aircond, skru orang aircond tu patah sebab tak boleh nak tebuk dinding. Lawak gile. Orang aircond tu kata ni la first time dia pasang aircond paling lama. Berpeluh-peluh dia pasang.


Renovate bilik
Bilik saya adalah bilik paling hadapan dekat dengan porch. Nasib dekat dengan porch boleh nak renovate bilik tu. Porch muat untuk 2 buah kereta pun dah ok. Kereta lain (4-5 buah kereta) masih muat letak di laman rumah.

Berdasarkan masalah di atas, plan yang ada hanyalah pecahkan dinding bahagian tingkap sebab bahagian atas tingkap tak ada konkrit. Jadi, kos tak ada la tinggi sangat. Tak ada plan A, plan B, dan plan C. Sebab inilah satu-satu ye plan yang jimat. Bila dah pecahkan, mak cadang sebelah kanan buat built-in wardrobes dan sebelah kiri buat bilik air dan toilet.

Eh, cop built-in wardrobes ke kalau almari dalam satu small room?


Berangan bermula
Hari ini dan semalam, saya survey-survey built-in wardrobes yang menarik perhatian saya.

Plan asal memang beli almari macam ni even bukan built-in wardrobes pun. Saya tak perlukan meja solek tapi saya perlukan cermin besar. haha


Suka almari macam ni sebab sangat kemas. Bila mak kata buat built-in wardrobe je terus ting!! Terbayang wardrobe dalam cerita-cerita omputih tu dan wardrobe dalam cerita Full house atau cerita korea-korea tu. Hehe. Ok. Berangan. Tapi saya harap akan menjadi kenyataan. Bergantung pada bajet yang kami ada.

Jom tengok pilihan-pilihan yang disukai. Mood: berangan.

Pilihan 1

Pilihan 2

Pilihan 3

Pilihan 4

Pilihan 5

Pilihan 6

Pilihan 7

Pilihan 8

Pilihan 9

Pilihan 10

Pilihan 11

Pilihan 12


Perasan tak kebanyakan pilihan saya adalah pilihan yang sama. Sebenarnya, si dhiera ni dah tahu dah pilihan dia macam mana sebab semuanya hampir sama. Tapi masalahnya sekarang pintu almari tu.

a) nak letak pintu ke tak?
b) pakai pintu lut cahaya macam pilihan 9 tapi lagi jernih. Boleh jugak buat pintu bilik air kan? hehehe
c) pintu gelap macam pilihan 3
d) pintu macam pilihan 7
e) pintu macam pilihan 8. Pintu dia macam dinding boleh tolak la pulak
f) pintu pilihan 10?? pintu lipat-lipat.
g) pintu pilihan 11 tu ada certain compartment je yang ada pintu
h) pintu putih suci macam pilihan akhir (12)

Mana satu yang korang suka? Tolong decide please. Lepas tu, baru tengok bajet. hehehe. Sebenarnya, nak buat pilihan dulu baru sedia bajet yang sama untuk pilihan tu. dush!

xoxo

19 ulasan:

Miss Amateur Cook berkata...

semua cantik la. tak mahal ke nak buat wardrobe mcm ni kak dhiera. teringin pulak saya nak tahu. :)

dhiera zainudin berkata...

rase ye bergantung pada berapa kaki papan yang kite guna dan material kayu yang kite guna.

hari tu ada tengok dekat cavenzi untuk satu deret compartment harga di rm250. mahal jugak la.

kalau dekat ikea, tak sure berapa.

tapi kalau upah tukang kayu buat mungkin murah sikit cuma hasilnya tak ada lah segah pakar kan~

N.A berkata...

saya suke gaya no 9. wardrobe tak payah ade pintu, tapi ade pintu besar yang menutup seluruh ruang, so kalau nak salin baju ke ape, sile masuk dan tutup terus "bilik persalinan" tu. dan bagi saya nampak lebih luas.

dan saya pernah tengok 1 bilik yang nampak macam takde wardrobe, padahal sebenarnya pintu wardrobe dia sama rata, sama pattern dengan wallpaper dinding, skali pandang tak nampak pun tu adalah pintu wardrobe.

tYa athirAh berkata...

i love closet yang full dr dinding sampai lantai, built in and pintu die slide and the whole thing is mirror. it will make ur room double the size.

picairin berkata...

tringin ad wardrobe gini juga...kalu i prefer ada pintu la...kalu x pintu pom at least ada bidai kain yg tebal mcm langsir tu yg pisahkan antara bhgn wardrobe n bhgn kamar tidur..^^

dhiera zainudin berkata...

@ ain : nice jugak tu~ lebih kurang macam pilihan 9 la kan? a'ah, kan idea 'bilik persalinan' tu sangat suka. dah la jiran sebelah tu rumah dia sehabis2 tanah.

jadi, ain pilih pintu besar wardrobe yang sama macam warna dinding atau wallpaper kan? catat! hehehe

dhiera zainudin berkata...

@ tya : pintu slide dan mirror ea. eh, tak payah la beli mirror lain kan. cermin pun dah besar. keluar2 toilet terus jumpa cermin besar. ok. noted!

kite suka gak yang full dari atas sampai bawah sebab kalau tak full, bahagian atas almari akan berhabuk. kite dah la pendek nak panjat2 bersihkan atas almari~

dhiera zainudin berkata...

@ picairin : maksud ye, mesti ada pembahagian antara wardrobe dgn kamar tidur la kan~ ermmmm.. tapi plan ni memang ada bahagian dgn bilik tidur. sebab wardrobe ni betul2 depan bilik air. ada small koridor je antara dua ni. dia macam T-junction untuk jumpa katil.

tempat tidur adalah saiz bilik tidur sekarang. bilik air dgn wardrobe ni expand bilik ke depan lagi~

Kisah Tatie berkata...

biar sesuai dengan bilik dan warna bilik.. sometimes, nampak cantik bila da pasang nampak ruang makin sempit... =)

Dira berkata...

vote for no.9! :)

Cik Rai @SeriGala berkata...

rumah artis selalu cenggini ...

cik rai pilih pilihan terakhir .. pilihan 12

Cik Nasha Nadya berkata...

saya suka pilihan 9 & 3 kuttt.. nmpak cm kemas dan cantikk..weee..~
kalau pintu, suka no 3..

dhiera zainudin berkata...

@ cik puan : ruang untuk wardrobe ni memang ruang yang lain. bahagian bilik yang akan dibesarkan tu. tak mengganggu ruang bilik tidur~

@ siti nadirah : no 9 ye!

@ cik rai : pilihan last tu pun cantik jugak tu~

@ cik nasha : pilihan 9 dan 3 memang nampak kemas kan?

ramai suka pilihan 9 ni~

Unknown berkata...

nora suka yang takda pintu. senang nak ambik hehehe :)

FY berkata...

suka no 12..byk compartment letak barang and hang baju..

dhiera zainudin berkata...

@ nora : yang tak ada pintu ye~ erm. dipertimbangkan~

@ FY : betul jugak tu. mula2 memang tak byk barang, lama mesti penuh kan. klo byk compartment senang jugak nt.

Unknown berkata...

no 9 kemas my dear! cantik2..mesti mahal kan..hehe

izla berkata...

buat pintu sliding. pintu tu buat pintu cermin. so nanti bilik dhiera akan lebih luas :)

fatinfaqhtee berkata...

u, untungnya. bestnya... =)
i suka 8 & 11.