Khamis, 5 Januari 2012

Plan XX

Salam pembuka bicara..

Dah habis dah update pasal cincin. Kalau ada yang sambung research saya tu, halo halo la saya jugak ye. Nak datang baca baci. Hehe. Kesimpulan yang saya dapat rumuskan dari segala yang saya baca, lelaki boleh pakai cincin selain dari emas ya. Bermaksud silver, platinum dan stainless steel tu boleh la pakai. Jadi, pilih pilih mana yang suka. Kalau tak suka lagi jimat sebab tak payah beli.

Currently DIY process. Hehe. Mood DIY macam ke laut sikit ni.
  1. Bunga telur
Pada saya, bunga telur dan bunga pahar adalah bunga yang berlainan ye.

Bunga pahar adalah bunga yang cucuk pada pahar tu. Yang letak dekat depan pelamin. Dulu-dulu, lepas merenjis pengapit akan bagi bunga pahar ni.

Bunga telur tu pula sama lah macam kotak telur yang orang bagi bawa balik tu. Beza nya, dalam kotak atau pada bunga lidi tu. Ala-ala, macam doorgift. Well, lain orang lain la kot pandangan dia tentang bunga telur dan bunga pahar ni.


Ingat tak, masa e-day hari tu saya ada banyak DIY crepe paper carnation flower. [Klik sini] Jadi, untuk bunga telur ni saya reuse balik bunga-bunga tu~ Bunga-bunga tu masih lagi bergantung pada tingkap rumah tu. Tak cabut-cabut dari e-day ritu. Konsep saya untuk bunga telur ni adalah siapa cepat dia dapat sebab bunga ni macam limited la kan? Mungkin 150 orang yang bertuah je dapat. Yang lain, kurang bunga telur je la kot.

Special ye, bunga telur ni harus lah custom made (kemain lagi) dan saya guna daun artificial dari Jepun. Yang jual di kebanyakan tempat adalah daun dari China. Daun dari China ni lagi murah sikit la dan diperbuat dari plastik. Yang daun dari Jepun ni mahal sikit dan diperbuat dari kain. Orang dulu-dulu pakai la daun ni. Sekarang dah susah nak cari. Saya jumpa pun sebab pergi kedai cina yang dulu-dulu punya.

Warna tema bunga telur akan lari sikit sebab e-day ritu pakai hijau. Tapi tidak ku kesah. Layan saja lah.

  1. Bunga manggar (awal tak)
Part bunga manggar ni kelakar sebab saya tanya dekat mak dekat mana mak simpan lidi? Yang saya maksud kan lidi sate lebihan bulan puasa ritu. Masa bulan puasa ritu kitorang ada bakar-bakar sate. Tapi yang mak saya bagi lidi dari pelepah kelapa tu. Ala, lidi yang buat penyapu lidi tu. Gelak-gelak saya dengan adik.

Alang-alang, mak saya dah keluarkan. Saya fikir dari simpan balik, lepas tu tak ingat letak mana, baik buat terus saja lah nanti.

Plan saya bunga manggar ni nak letak gula-gula sebab budak-budak kan suka ambil bunga manggar. Dorang mesti happy gile dapat bunga manggar ada gula-gula. Hasilnya, nanti kan ya. Gula-gula letak last sebab takut bersemut dan cair.

  1. Headband untuk flower girl
Plan dari hari tu kan tapi belum sempat nak buat lagi sebab busy dengan jemputan walimah. Kemain lagi alasan dia. Tapi masa saya pergi GM Klang ritu, jumpa pin yang cantik-cantik. Macam tak perlu nak DIY berkerja keras sebab pin-pin tu semuanya murah-murah.

Dan yang pasti, tiba-tiba datang idea nak buat guna felt craft. Idea je banyak. Buat tak tahu lah!



Adakah cita-cita semua yang tertulis ni tercapai? Nanti kan~

Kalau saya dah start buat, memang kusyuk habis. Orang panggil makan pun kenyang lagi selagi tak siap. Tapi itulah saya bila dah start buat kerja. Bila dah siap, baru tunjuk muka dan mengacau orang.

xoxo

11 ulasan:

syuhaidah berkata...

rajinye dhiera wat sume..gud luck dear ;)

Asfiza berkata...

hahaha....samalah dgn as..kalau dah buat kerja mesti tak ingt nk mkn.

tp bila idea tgh kering kontang,terbongkang atas katil smbil main hp,kacau adik dan yg paling best..sakat kucing..hehe

CIK MAY berkata...

bagus2....usaha lagi buat DIY..hihi...CM mgkin beli je kot bunge telor utk pahar tu...incek tunang suh beli je...sbb die tau saye ni hangat2 tahik lembu..haha

dhiera berkata...

@ syuhaidah : menda dah ada rajin la sikit. kalau tak, memang mahal la kot~

@ as : tahu tak pe as. kite same!!

@ may : bunga untuk pahar mak kite beli kan. die nak bunga pahar dari sabun. huhu

nur berkata...

btul tu dhiera..bila start buat, tak makan pon tak...selagi tak siap benda tu khusyuk je..tu kalau hasil menjadi la..if tak, mood dah down ckit..hehe..chayo2...

burnkelana berkata...

bila ni?

FY berkata...

FY pun perasan kat GM Klang banyak jual pin comel2 tu..hehe..murah2 je..tak perlu DIY kalau takde masa kan?hehe

My Life's Journey berkata...

wahhh semangat dhiera ni ..ni baru semangat b2b ni .. apapun ..umi doakan dhiera berjaya ..yeayyyy tak sabar nak tengok hasil tangan dari dear nanti :) yayyy

dhiera berkata...

@ ziera: kan~ selagi tak siap, time tu jugak nak siap kan?

@ burnkelana : insyaallah lepas raye~

@ FY : yeee... betul. sane banyak pin pin comel~

@ umi : hehehe.. tunggu ye hasil ye umi~

Sha Rya berkata...

Salam dhiera,

Bersemangat benar dhiera..
Kalau sha nak juga buat semuanyer sendiri macam dhiera tapi belum waktunya dan satu lagi.. Sha tak kreatif la dear..

Mungkin tengok usaha dhiera membuatkan sha ingin juga mencuba.. Tunggulah nanti, sha nak juga buat persiapan untuk abang #2 yang nak kawin dalam tahun nie..
Thanks for the ideas..

ilaSham berkata...

Dhieraaaaaaa..rajinnya awak..saya belum start apa2 pon..takut sangat tgk kegigihan B2B ni ~.~