Jumaat, 29 Jun 2012

Senarai semak nikah [update]

Salam pembuka bicara...


Pejam celik pejam celik rupanya tinggal 57 hari sahaja lagi untuk sampai waktu disatukan dengan Z. Owh, nervous tibe-tibe. Ramai dah mula tanya macam mana dengan persiapan untuk majlis saya. Saya sendiri tak tahu la nak cakap macam mana. Ada progress tapi mungkin slow sikit kot.


Senarai semak kerja kahwin saya untuk hari nikah.


- Tarikh | Masa | Lokasi
Semuanya telah ditetapkan. Insyaallah tiada perubahan. Tapi ramai pulak dalam kampung saya yang sibuk nak kahwin jugak. Adoi~


- Tema warna
Semua yang ikuti blog saya mesti tahu tema warna nikah saya. Masih kekal dengan tema warna ini. [tekan sini]


- DIY pelamin
Memandangkan mak saya tak mahu upah mana-mana vendor jadi DIY saja lah. Pelamin nikah adalah pelamin resepsi nanti. Majlis saya buat di rumah. Insyaallah. Nanti akan cerita details.


- Barang hantaran
Alhamdulillah. Urusan jual beli barang hantaran dah lama setel. Ada sepupu yang nak sponsor 2 barang hantaran juga. Terima kasih kak long! Last update pasal barang hantaran bulan Januari hari tu [tekan sini] Itu pun last version punya list hantaran. Haha. Yang baru belum update lagi. Hiasan untuk barang hantaran ini sahaja yang belum finalized lagi. Adoi pening fikir.


- Pengapit
Pengapit ini adalah kawan terbaek saya. I love u laling~ [tekan sini]


- Kursus kahwin | Legal documents | Ujian HIV
Semuanya sudah setel. Kursus kahwin telah selesai dalam pertengahan bulan 2. Pergi bersama-sama my bestie yang baru je habis belajar dekat Indonesia. [tekan sini]

Legal document baru selesai isnin dan selasa lepas memandang saya ambil cuti 2 hari. Nanti saya story mori ok!

Ujian HIV dah setel hujung bulan 2. Awal kan saya buat. Buat waktu ni sebab kurang dari 6 bulan lagi menuju hari perkahwinan. Ujian HIV dekat Selangor sah untuk tempoh 6 bulan dari hari nikah. Lagipun, masa ni dalam cuti sebelum start kerja baru. Baru perasan belum pernah cerita pasal ujian HIV ni.


- Mas kahwin
Seperti yang dinyatakan dalam entri yang lepas [tekan sini]. Kami bersetuju untuk menyatakan dalam akad hanya seutas rantai. Loket tu ketepikan dulu. Hahaha


- Jurugambar
Plan asal nak hire pak su sahaja sebagai jurugambar masa majlis nanti tapi bila difikir-fikirkan balik kesian paksu tak dapat nak lepak dengan saudara mara. Jadi, ingat paksu hanya perlu bekerja bila tiada kehadiran official photographer saya sahaja lah.

Selepas survey sana sini, akhirnya saya decide untuk pilih Fahmi Zuruugambar sebagai jurugambar rasmi saya. Nak tengok hasil dia, tekan sini. Jurugambar yang sama masa pre-wedding hari tu.


- Juruvideo
Juruvideo rasmi telah lama dibooking. Kawan kepada asfiza. Harga tersangatlah affordable. [tekan sini]


- Jurumekap
Berakhir sudah pencarian jurumekap. Saya pilih kawan kepada tunang saya. Dia tak banyak upload gambar dalam facebook dia. Kalau ada pun, gambar nya biasa-biasa je. Mungkin sebab dia tangkap guna kamera dari handphone yang kecil megapixel nya. Cadangan saya, buat lah trial dan bincang jenis mekap yang diingini. Dia bekerja sebagai jurumekap di butik secara separuh masa. [tekan sini]


- Persalinan baju nikah lelaki dan perempuan
Baju nikah untuk Z dah lama beli. Saya buat hantaran masa bertunang dulu. Bagi sekali dengan sampin songket dan songkok baldu. Minggu ini baru nak hantar dry cleaning.

Baju nikah saya dah siap. Untuk baju sekarang ada pada kak lijah untuk proses menjahit manik. Veil saya redeem hadiah contest yang kak lijah buat dulu. Tudung belum dicari lagi. Adoi. Malas nak cari. Ingat nak fitting baju nikah ni, takut dah tak muat nak pakai pulak nanti. Nanges aku!


- Bunga tangan
Malas nak DIY dah sebab nak DIY pelamin. Ingat nak grab promo handbouquet dari Renee yang cantik. [tekan sini] Tak payah la saya pergi pasar pagi-pagi untuk beli bunga segar. Dekat pasar tani ada jual bunga ok!


- Kad jemputan nikah
Tujuannya hanya untuk memastikan orang tak sesat datang rumah saya. Kalau rajin akan DIY ini! Kalau tak ada pun tak apa sebab kalau nak DIY kad jemputan nikah ni kena tukar peta. Rombongan lelaki datang dari Pahang akan naik Genting Highland untuk datang sini. Naik Genting Highland adalah jalan terdekat berbanding masuk KL dan terus ke Ulu Yam. Kad ini khas untuk rombongan lelaki.


- Buah tangan
Masih dalam perbincangan dengan mak dan ayah. Saya tetap nak bagi buah sebab nak kekalkan status saya bekas pelajar nutrition. Kita kena sokong makan sihat sepanjang hayat ok! (Owh, memandai je tukar slogan)


- Makan ringan selepas nikah
Part ini saya serah bulat-bulat pada mak dan ayah saya. Sebab dorang yang keluar belanja. Lagipun, saya sangat percaya dengan perancangan ayah dan mak saya.


- Hiasan bilik pengantin
Bilik baru dah siap. Isnin baru ni saya dah cat bersama adik saya yang dah start cuti semester. Cermin besar untuk bilik dah beli. Kipas pun dah beli isnin hari tu jugak. Katil dah tempah sepatutnya sampai selasa lepas tapi tak sampai-sampai pun. Yang dah sampai tilam je hari Jumaat lepas. Ei, uncle ni! Console table tak beli lagi. Sebab mak tak nak tempah.

Owh, saya tak beli set katil sebab saya tak minat. Lagipun, wardrobe banyak-banyak dekat rumah pun buat apa kan? Saya guna wardrobe yang dah sedia ada di rumah. Katil je beli baru sebab mak yang nak beli baru. Kami guna prinsip siapa yang nak, dia yang bayar. Katil mak la yang bayar tapi saya tolong bayar kan separuh jugak sebab mak sponsor tilam. Haha. Tilam sahaja harga sama sebiji katil. Mahal rupanya. Disebabkan saya tak nak pakai meja solek jadi saya perlu beli cermin 4 kaki x 2 kaki dengan console table je.

Nenek akan pergi Kelantan minggu depan jadi mak kirim kelambu dekat nenek. Rajin nenek berjalan.


- Inai
Masa nikah, saya hanya akan pakai inai yang di hujung jari sahaja.


- Pulut kuning | Tart buah | Cupcake
Cita-cita saya dari dulu nak potong pulut kuning lepas nikah akan direalisasikan. Terima kasih mak! Mak nak buat 2 tingkat terus saya terpegun, 'biar betul'. Saya minta setingkat sahaja.

Cupcake insyaallah akan order dengan  Faiz. Tart buah kirim pada pak cik. Banyak juga mak kirim 100 biji.


Ok, itu sahaja yang boleh di kongsi mengenai persiapan ke hari pernikahan saya. Nervous! Bye


xoxo

2 ulasan:

Cik Tqah berkata...

wa..da nk lengkap..my one ade few thing lg..borang yg xlgkap..kt kedah valid sebulan je..huu

Nurul Akmal berkata...

Semoga semuanya berjalan dgn lancar.. :)

www.siezuka.com