Khamis, 26 Januari 2012

Persiapan kahwin : tambahan baju lagi

Salam pembuka bicara..

Sepatutnya nak update pasal resepsi my cousin tapi malas nak transfer gambar lagi. Boleh?! hahaha


1. Baju nikah

Malam tadi mak saya dok bincang-bincang baju impian untuk majlis nikah saya. Bukan bincang pasal baju dia tapi bincang pasal baju nikah saya. Macam yang semua tahu (yang pernah baca sebelum ni la [kilk sini] ), material untuk baju nikah sudah siap dibeli.

sumber: oh bulan


Lepas mak tengok baju Farah Lee pakai masa nikah, mak terus jatuh cinta dan nak buat baju nikah saya lebih kurang macam tu juga. Saya pun kena setting balik mind set untuk tukar design baju. Jadi, saya malas nak amek tahu apa mak cakap. Yang pasti, idea saya untuk patch lace dan digabungkan dengan idea mak untuk ada sulam. Totally rejected oleh mak. Mak kata baju tu simple sangat. Tapi, saya pula tak suka pakai baju yang terlalu heavy dengan pelbagai corak.

Malam ini akan sambung berbincang lagi dengan mak. Naseb baik mak tak sentuh idea saya untuk mempunyai kain ala-ala flowy tu. Kali ni, saya beralah lah sebab masa bertunang hari tu mak banyak beralah dengan idea saya. Sampai mak buat aksi ala-ala merajuk. he. Lepas tu, mak suka jugak dengan outcome ye.

Lagipun, baju sanding totally pilihan saya. Tak salah pun beralah. Rasanya idea baju kurung moden bersulam dan bermanik ni pun macam nice jugak. Lebihan lace yang dibeli tu kena tunggu dan lihat lah hasilnya. hehe


2. Baju sanding

Setakat ini tak ada sebarang perubahan. Tapi mak request baju lelaki pakai baju ala-ala baju raihan yang macam kot tu tambah dengan vest. huhu. Itu kena tanya tuan yang memakainya nanti la samada dia ok ke tak? hahaha. Kain untuk baju sanding pun dah setel. [klik sini]


3. Baju malam berinai

Ikut plan asal, saya memang plan tak nak ada malam berinai. Kononnya nak nikah malam. Lepas tu mak kata nikah lepas asar lah. Malam buat majlis berinai. Soalan pertama saya pada mak, "baju sewa ke buat baru? pakai songket?".  Buat baru tu maksudnya buat baju baru untuk diri sendiri. hehehe. Kalau pernah baca entri saya yang lepas-lepas, saya ada kata teringin nak pakai songket masa majlis bertandang tapi Z tak mahu. jeng jeng..

Ini surprise untuk Z sebab dia tak tahu lagi pasal ni. Kalau dia tahu mesti dari blog ni. hehe

Bulan depan, mak dan ayah saya akan berhoneymoon ke Kelantan alang-alang saya akan resign dan tukar kerja tempat baru, jadi saya ada gap seminggu untuk istirehat. Seminggu tu mak dengan ayah akan ke Kelantan la. Saya kena take over kerja mak jaga atuk dan nenek, hantar adik saya pergi dan balik sekolah etc. wuwuwu. (ingat orang baru kawen je ke honeymoon)

sumber : google

Jadi, mak plan untuk beli kain songket untuk dipakai masa malam berinai. Wowweee... Cita-cita nak pakai songket macam mungkin jadi kenyataan. Seronok! Memandangkan sampin songket Z masa nikah dah guna songket bunga penuh, jadi untuk baju malam berinai saya pilih untuk pakai songket bunga tabur! Seronok lagi~ Saya mungkin akan buat baju kurung pesak gantung. Tailor nya adalah nenda ku tercinta. Nenek saya yang jahit baju tunang hari tu. Super jimat lagi disitu. Seronok! (I wish nak pakai baju kebaya tapi Z tak suka saya pakai baju kebaya. Nak pujuk jugak boleh?)

Yang paling mak mencebik bila saya kata nak songket kuning! Tak habis-habis dengan kuning. Inilah selagi tak dapat baju kuning kan?

Balik dari Kelantan nanti, mak akan bertandang ke rumah bakal mertua ku. Nak buat perbincangan ringkas. Apakah? Saya tak tahu.


4. Family attire


Ayah nak kami satu family pakai baju warna sedondon. Cayalah ayah! Jadi, ayah plan borong kain untuk family saya pakai sedondon masa sesi honeymoon dorang nanti. Z untuk family kamu ada bajet tak? Saya kata kenapa tak nak pergi Bandung? Lepas tu, emak pun macam terfikir nice jugak idea ke Bandung tu. hahaha. Dengan harapan mak dan ayah tak salah beli warna kain sama macam saya sudah lah~


Checklist saya akan bertambah dari checklist yang lepas. Dan mungkin selepas mak dan ayah balik dari honeymoon akan ada checklist yang akan di'cancel'. hehe


xoxo

28 ulasan:

Suria berkata...

songket bunga tabur kuning mmg cun dhiera! serius suria g mlm berinai member..berseri² ala² diraja, hihi :D

gudluck dhiera ;)

Unknown berkata...

lawa la baju farah lee..tp dia kurus..waaaaaaaaaaaa

Puteri Kayangan?@#$%???? berkata...

wahhhhhhhhhhhhhh banyak perancang dear ni ..teratur sungguh ..best umi dengar citer ni :)

MAY berkata...

phew..kain baju nikah my mmg dah di rancang flowy gitu..hihi..

dhiera zainudin berkata...

@Suria
yke? ni menjerit nak nak nak ni~ haha

dhiera zainudin berkata...

@Norhasliza Hashim
kan has! baju dia cantik dan orang ye pun cantik~

dhiera zainudin berkata...

@My Life's Journey
umi, punye preparation pun boleh tahan jugak. hee

Unknown berkata...

songket bunga tabur memang cantik yang..songket tak luput dek zaman..cube lah..dhiera berpeluang pakai..untung lah..kalau jijah pon nak pakai gak! hehehe

dhiera zainudin berkata...

@CIK MAY
yke?? tak sabar nak tengok baju nikah my!

dhiera zainudin berkata...

@Cik Azizah
kan~ kite pun suka dengan songket. zaman bila pun tetap cantik~

Unknown berkata...

semopga semuanya berjalan dengan lancAr.>:)

MIRA SHAMIRA AMER berkata...

Dhiera... baju nikah yang Dhiera nak buat tu serius cantik.... patern dia pon superb.....

Dira berkata...

kite pn teringin nak pakai songket~ tp.......... en.tunang kite pulak xnak~ :(

dhiera zainudin berkata...

@diana
terima kasih diana

dhiera zainudin berkata...

@MIRA SHAMIRA AMER
lupe la mira kan consultant. boleh tak nanti kite tanya mira pape. hehe

dhiera zainudin berkata...

@Dira
orang lelaki tak suka pakai songket kot kan? tunang kite pun tak suka~

syuhaidah berkata...

sy pn teringin nk pakai songket..tp tuk mjlis berinai je kot...sbb songket panas kan nk pakai bersanding...

Unknown berkata...

suka songket kaler silver..nmpk trad + moden..

p/s: nak jugak fam pakai sedondon..tp nk suruh siblings sponsor la..hihi

Dira berkata...

@dhieraagaknye kut~ tunang kite bukan setakat xnak pakai baju songket, suh pakai baju melayu pengantin tuh pn de xnak.. de nak pakai suit je.. layankan jela~ hehe..

Cik Nasha Nadya berkata...

give me 5! kite pn pakai songket utk mlm berinai! ;p

::Aja:: berkata...

dira...ak bru berkira2 nak wat design cam farah lee....kamu kan..uhuk3

dhiera zainudin berkata...

@syuhaidah
songket yang sekarang ni still panas lagi ea? kite ingat kan kain songket skang dah tak panas macam dulu.

dhiera zainudin berkata...

@syaz@rozelt
suka silver ye syaz.. benang ye warna apa?

kan~ best ye ramai sibling dah besar2.

dhiera zainudin berkata...

@Dira
kemain lagi tunang dira ni. demand sungguh ni~

dhiera zainudin berkata...

@Cik Nasha
yeay!! malam berinai = malam songket~

ameyamiza berkata...

kite suke la baju farah lee..nice n sweet n simple ..

follow awk da..

jom singgah..ameyamiza.blogspot.com

neya berkata...

mesti cantik kamu nanti dhiera ^^

Azree Ariffin berkata...

Assalamualaikum!

Mencari pengacara majlis perkahwinan?
Serikanlah hari bahagia anda dengan alunan pantun, gurindam, madah seloka yang pasti akan mengundang senyum manis para tetamu anda!

Kami menyediakan perkhidmatan Pengacaraan Majlis, Menulis Skrip Pengacaraan, Khidmat-Nasihat Pengurusan Majlis, dan lain-lain. Untuk sebarang pertanyaan, anda dialu-alukan untuk terus post di page Facebook “Qiyasari Wedding Emcee” atau emelkan terus kepada azreeariffin@gmail.com.

Terima kasih!
Qiyasari Wedding Emcee
http://www.facebook.com/pages/QiyaSari-Wedding-Emcee/201179599963747