Rabu, 4 Januari 2012

Perihal cincin: ada yang kata lelaki tak boleh pakai

Salam pembuka bicara..

Kesinambungan dari entri semalam. [klik sini].

Sebenarnya, masa saya tengah research-research sikit pasal cincin untuk orang lelaki ni terbaca satu website ni tapi serius lupa website mana sebab masa tengah searching tu saya tinggalkan kejap dan buat kerja dalam lab. Time nak balik (habis waktu kerja) manager tolong tutup kan PC. Time tu saya frust gile sampai kata dekat "la, kenapa tutup? tak abes baca lagi".

Yang saya ingat, website ni dalam bahasa inggeris dan dekat situ ada tulis ayat macam lebih kurang macam ni (saya translate bahasa melayu la ye) : Lelaki tak boleh pakai apa-apa perhiasan (cincin, gelang, rantai) dari apa-apa jenis pun kecuali tujuan perubatan sebab Rasulullah pakai cincin dengan tujuan urusan rasmi kerajaan sebagai cop mohor bukan memakai cincin dengan tujuan perhiasan.

sumber: google

Lebih kurang macam ni lah ayat nya. Saya macam musykil jugak sebab website dari ustaz-ustaz dalam negara kita semuanya kata sunnah memakai cincin perak. Jadi, research tu bersambung la kepada topik yang lain. Tapi tak banyak yang saya jumpa sebab internet kat rumah tu, adoyai lembab sangat sampai saya guna dail-up. Dail-up lagi laju. Tapi guna sekejap je la takut bil telefon rumah naik, tak pepasal karang. Tu yang terus register streamyx tu (harap daftar streamyx keputusan yang tepat).


Antara yang saya dapat:
  1. Lelaki boleh pakai cincin bertatahkan berlian (samada tulen atau campuran) tapi sebaik-baiknya dielakkan kerana cincin bertatahkan berlian merupakan perhiasan wanita.
  2. Selain cincin, janggut, kopiah dan serban (seperti gelang, rantai, subang) bukan merupakan amalan islam dan sunnah.
  3. Dalam erti kata lain, gelang, rantai dan subang adalah perhiasan untuk wanita dan dikira hiasan untuk orang lelaki Hindu, agama-agama lain dan orang fasik
  4. Tapi, ada yang kata boleh sebab tak ada kenyataan secara langsung yang sebut gelang, rantai dan subang

Tapi saya lebih yakin dengan bacaan yang ini dari Ustaz Mohamad Faizal, saya print screen sahaja ye.

Tekan gambar untuk tumbesaran

Maklumat lanjut klik sini.

Maaf ya, saya tak dapat nak tulis panjang-panjang sebab kerja tengah banyak ni. Kalau korang pun ada search pasal perkara yang sama, share-share la dengan saya jugak ye. Rasa macam point dalam entri ni macam tak lengkap pun ada jugak. Mungkin sebab sumber carian tak banyak kot.

xoxo

sumber:

9 ulasan:

puan.mila berkata...

info y bagus...pasni ikut sunnah y btol ye..thanks dear :)

[az azhari]™ berkata...

thanx dhiera. byk dpt info kt sini ^^

Unknown berkata...

ustaz2 kata boleh kan..asalkan perak bukan seakan perhiasan seolah wanita..kena tanya yg pakar bab2 camni..hehe

dhiera zainudin berkata...

@ mila : orite dear.. kite sebenarnya tak puas hati dengan website english tu. tu yang buat bacaan lagi~

@ az azhari : welcome dear.. sharing is loving

@ jijah : setakat yang kite baca, semua kata boleh pakai cincin. sunnah pakai cincin silver~

pena rozie berkata...

Nanti sambung lagi yer...

D berkata...

yg sah2 haram - emas, tinggalkan.dan lelaki mmg tak boleh pakai gelang or rantai, tu hiasan wanita.
stainless steel pun cantik ape..
beli mahal2 pun, kalau lelaki x jg badan, one day tibe2 gemuk ke..tak muat jugak..=))..
pada wanita plak, jgn berlebih2 perhiasannya. gelang 10 kiri kanan, cincin tiap jari, rantai tu kalau boleh panjang sampai ke perut. dan yg salu alang nampak, pakai tudung tp rantai berjuntai luar tudung. tak boleh jugak..melampau2 dan haram jugak.

choclairissa@intan marliana berkata...

pada pendapat saya la dhiera..kite cuba elakkan bende2 yg was2..ade kate xboleh ade kate xboleh..cam saye kawen haritu..org kedai tu ckp suasa ada jugak gold tp sikit je..so meaning still ade gold n luckily org kedai tu ckp kt kite..yg confirm xde adelah silver (murah) and platinum (mahal gile)..hurm tu pendapat saye la ye :)

sarahmeay.snm berkata...

Diera, stainless steel Boleh kan?
Kwn Sarah ckp tak Boleh.
Sarah konfius lah

dhiera zainudin berkata...

@sarahmeay.snm
sepatut ye boleh sarah. hari tu kite ad terbaca xboleh. tp xda suber sahih. jadi, kite anggap ok je. yang pasti emas memang xboleh~