Khamis, 12 Januari 2012

Kerja kahwin dah setel!!!

Salam pembuka bicara..

Maaf, tajuk propa. Saya tak pasti berapa ramai antara kita semua, bakal-bakal pengantin ni mengaplikasikan perlbagai laman sesawang yang saya kira boleh membantu urusan perkahwinan kita serta mencari vendor untuk majlis masing-masing.

Laman sesawang yang saya cakap ni adalah setelkahwin.com atau kahwin mall dan sebagainya. Rasanya ada banyak lagi kot tapi yang saya tahu 2 ini saje. hehe. Saya rasa website setelkahwin.com ni sangat membantu lah. Kahwin mall saya tak tahu sebab belum terjah.


Tapi walaupun sangat membantu kita tetap kena buat sedikit survey mengenai vendor ni sebelum booking. Mana tahu ada apa-apa bad review kan? Rasanya semua orang tak nak perkara-perkara yang mengecewakan ni terjadi.

Memandangkan semalam tiba-tiba teringat nak selongkar setelkahwin.com, lepas daftar semua. Saya terus ke vendor listing tapi bukak new tab untuk Senarai Semak. Kawan-kawan, kat sini pun ada senarai semak yang sangat membantu taw. Kite boleh track kerja-kerja kita. Malah, kat sini ada aplikasi untuk belanjawan yang pada saya, "alahai, senang ye kerja kahwin macam ni".

Servis yang berguna:


1. Kahwin ikut bajet aku (KIBA) 




Kita boleh buat request untuk maklumkan pada vendor-vendor mengenai servis apa yang kita perlukan. Macam saya buat semalam adalah mengiklan bahawa saya mencari seorang videographer. Sayang sangat La Televisio sudah di booked pada tarikh yang saya ingin. sobsob. Saya tulis segala details mengenai majlis saya dan yang penting sekali adalah maklum kan berapa bajet kita.



2. Senarai semak




Bahagian ni, kita letak saja tarikh perkahwinan kita. Secara automatik, sistem akan finalize kan untuk kita. Contoh sahaja. Jangan terkejut tengok tarikh pula.

Tarikh kahwin: 31 Ogos 2011 (dalam bulatan merah)
Lepas save, kita boleh tengok pada bahagian tugasan pertama. Dah ada tarikh: 22 Januari 2011 (dalam kotak merah)

Tu dia, senang kan? Kalau rajin nak tengok hari-hari, kita boleh track kerja kahwin kita ditahap mana. Mudah kan? Rasa susah sikit-sikit nak online bila nak check. Apa lagi print saja lah!

Kita boleh tukar atau buang kalau tugasan tu tak ada kena mengena dengan kita.



3. Belanjawan


Agak-agak tak reti sikit nak guna excel ke? Agak-agak malas nak taip each item masuk excel? Agak-agak banyak sangat alasan tu. Meh sini guna belanjawan kahwin dalam setelkahwin.com ni je. Senang. Siap ada nota apa yang perlu dibayar dalam tempoh 7 hari ni nanti. hekhek


Jadi, buat kawan-kawan yang tak pernah guna setelkahwin.com tu. Meh la berjinak-jinak guna setelkahwin.com ni. Mana tahu boleh kurang sikit pening kepala pasal kahwin. hehehe. Yang dah guna tu, duduk diam-diam buat kerja saja la ye. hukhuk

Jom mudah kan kerja kahwin dengan setelkahwin.com. Dah jadi macam duta dah ni. Selamat mencuba! Gedik

xoxo

25 ulasan:

Ezza Z berkata...

Dhiera~mintak royalti tau.da banyak sangat promote ni.

Puteri Kayangan?@#$%???? berkata...

Wahh best jgak tu ..tak lama lagi dhiera kawin ni ..31 ogos yer ..piwettt!!

dhiera zainudin berkata...

@ ezza : tu la kan?? kena mintak ni even duta tak rasmi. hekhek

@ umi : eh, bukan bukan. mungkin awal sikit dr tu. tettttt

hasmiza berkata...

wah..menarik :)

[az azhari]™ berkata...

ini best. thanx dhiera! haha *noob*

dhiera zainudin berkata...

@ miza : menarik kan?

@ az : hehehe... kite guna sebaik mungkin ok!

PnMelor berkata...

otw nk try..hehehe
tq dhiera for info.. :p

Honey Sakura @ eiMyLiciOus berkata...

@_@

zasssss nak p lepak kat settlekahwin gak!!! menarik!!!!!!!!!

Unknown berkata...

bagus la dhiera..!! thnx for sharing..i x buat checklist of budget..as long as klu x exceed my expectation budget for each vendor dh ok..mayb coz i didn;t pay for it..teruk kan..hehe all d best in ur preparations!

dhiera zainudin berkata...

@ angah : try try~ hehehe. sharing is loving!

@ eimy : pegi cepat. setel kan yang belum stel. hehehe

@ dalila : amboi.. kemain lagi die ni~ untung la. hehehe

Unknown berkata...

hehe sangat mkenarik kan yang...memudahkan :)

Dira berkata...

dhiera! thanks for sharing this! mmg kne mintak royalti ni taw sbb promote abes.. hehe..hari tuh kite usha2 kahwinmall.. tuh pn just usha2 vendor je.. tp, yg setelkahwin ni mmg best la :)

dhiera zainudin berkata...

@ jijah : jijah guna setelkahwin jugak eaaaa

@ dira: eh, macam panggil diri sendiri. hehehe. kahwin mall byk pilihan vendor jugak x dira?

nur berkata...

dhiera: nak tau tak, kite dah daftar setelkahwin ni lama dah...awl tahun last year kot...time tu tak tau lagi tarikh kawin..pandai2 je letak tarikh kat ctu..gatai kan..skrg ni dah ade tarikh tak plak teringat nak bukak web tu..nasib bek entry dhiera ni mengingatkan kite..n username n password still ingat..hehe

dhiera zainudin berkata...

amboi, kemain awal lagi ziera register~ gataiii! hekhek

naseb ingat lagi. meh la guna~ hehehe

puan.mila berkata...

dah lama daftar bnda alah ni..tapi xtau nak aplikasi kan mcm mna..malas nak godek..hekhek

Just^me berkata...

thanks for sharing diera... baru first time tau... hehe.. nak godek2 laa..tak tau sgt applikasi die..hehe ;)

a.d.i.b.a.h berkata...

waaa. thanks sbb share. semlm sje2 godek. pastu sje isi2 kt bajet tu. pg ni dah ade vendor dtg cri ye. terkejut sy! hahaha. tp tgh nk selidik2 jgk okay ke x. tkt x okay kang, naye plak kn. hehehe.

Unknown berkata...

hahaha...miza dah lama tgk bnda alah ni..tapi cam tak bape reti sgt nak gunanyer..hahah..nak suggest kat b2b..diri sendiri tak reti..huhu

Puteri Kayangan?@#$%???? berkata...

Ooooo salah la umi teka huhu ...walaupun mcm tu ..umi doakan yang terbaik buat dhiera ..yayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy

Suria berkata...

lorrr, suria yg paling kebelakang ni..dh tau website setelkahwin ni tp igtkn utk cari info vendor je..ekekek

camne nk buat tuuuu, huhuuu kesian betul laaaa :P

Puteri Kayangan?@#$%???? berkata...

Mat pagi dear .. waaa mane dear ni menghilang .. dah mengiaw nak baca entri ni ..chak!

dhiera zainudin berkata...

@ mila : yeke? kena bagi manual book dekat mila ni~

@ just me : kena godek2. lama2 nanti expert la dengan hasil dia~

@ adibah : yke? ramai sungguh ni berminat nak jadi vendor kamu ni dibah~

@ umi : thanx umi. lambat update sebab bangun tido lambat. hahaha

@ suria : suria kena rajin godek2 taw.

eiy berkata...

Salam dhiera..thanx coz kongsi apps ni kt cni..tp td try register, cari2 gak kiba 2...cm xde je..hukhukhuk

dhiera zainudin berkata...

@eiy
maybe dah tukar kot dear. kite pun dah lama xbukak ni.