Sabtu, 30 Jun 2012

Idea untuk bagi barang hantaran

Salam pembuka bicara..


Blog ini macam catatan diari saya. Sila jangan marah kalau saya selalu update perihal majlis saya sahaja. he. Last update [tekan sini] pasal barang hantaran bulan Januari dulu. Dah terlalu lama. Harap-harap dapat lah tolong sesiapa yang masih terfikir-fikir nak bagi barang hantaran tu.


Insyaallah, ini last update pasal barang hantaran saya. Sebenarnya, ada perubahan dari yang lepas.


Hadiah khas saya untuk Z

1. Jersi Manchester United dan beberapa barang MU
Jersi done. Kirim pada deby hujung tahun lepas. Sekarang deby dah ada dekat Malaysia kan? Barang-barang MU ni tak tahu nak beli apa. Kejap lagi baru nak pergi usha-usha. Hehe.. Hopefully, ada yang berkenan.

2. T-shirt dan kemeja
Dua-dua dah beli masa J-card sale dekat Jusco 2 bulan lepas kot.

3. Skincare
Saya beli set Loreal Men Expert je. Macam sesuai untuk lelaki. Padahal tunang pakai Garnier. Lantak laaa...

4. Tali pinggang dan dompet
Beli set. 4 in 1. Ada tali pinggang, dompet, card holder dengan tempat simpan kunci.

5. Kasut dan stokin
Beli kasut masa Polo Haus buat sale. Stokin belum beli lagi. Stokin senang je nak cari. Hehehe


6. Sunglasses
Sebenarnya, tunang nak rayban. Dia asyik sebut-sebut je rayban tapi macam terover bajet la pula kan rayban tu. Beli yang bawah sikit dari rayban. Hehe

7. Handphone
Saya rasa saya tak pernah beli barang yang mahal-mahal sangat untuk dia. Dulu plan nak bagi dia Samsung Galaxy Tab tapi dia dah beli dulu guna duit dia sendiri. Last-last, belikan handphone je la untuk dia.

8 dan 9. Telah di taja oleh sepupu saya.

10. Jam
Khas untuk ala-ala pembatalan air sembahyang. Z tak minat cincin. Jadi, saya gantikan dengan jam. Jam ni hias sekali dengan bunga rampai kot. Pasal sepupu yang lagi seorang nak taja bunga rampai dan bekas nya sekali.


Hadiah khas Z kepada saya

1. Handbag
Saya pilih handbag pilihan saya sendiri.

2. Jam
Sebenarnya, jam ni sepasang dengan jam untuk batal air sembahyang tu.


3. Handphone
Kami sengaja beli handphone yang sama jenis dan brand. Gatal sungguh

4. Barang-barang mekap
Sebab saya pengguna tegar elianto, maka tunang belikan barang-barang elianto je.

5. Telekung dan sejadah
Telekung dah beli dekat Bandung. Sejadah belum beli lagi.

6. Sunglasses
Sunglasses ni pun beli sepasang dengan tunang. Masa ada promosi dekat kerdai cermin mata Setia Alam ni je.

7. Kasut
Ini masih pending. Plan hari tu nak custom made kan? Tiba-tiba tunang kata cari la dulu tapi dah berbulan-bulan cari, nan hado hasilnya. Saya sudah hampir surrender. Kaki kecil susah dapat saiz. Asyik sold out memanjang~

8. Mas kahwin
Mas kahwin ni untuk ala-ala pembatalan air sembahyang tu jugak. Mas kahwin kami bukan berupa wang tunai tapi berupa barang kemas. Alhamdulillah, semua permohonan dah setel.


Ya Allah, permudahkan urusan pernikahan dan walimah kami.


xoxo

7 ulasan:

Diyana berkata...

tinggal skit2 je lg tu...
good luck ye..semoga dpt semua brg spt yg dikehendaki...
*kasut, mmg payah betol nak cari yg betol2 b'kenan kan... hehe

Unknown berkata...

yeayh barang dah settle tinggal deco la plak kan :)

cik chinta berkata...

tgl deco plak pasni

FarizAtie berkata...

yeayy mari men'deco' atie pun tgh cr barang2 deco nih..ihiks..

Wani berkata...

waa..da byk prepare..best..wish u luck dear.. ;)

ilaSham berkata...

Bestkan buat preparation kawen..semua perasaan ada..Good luck dhiera :-)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

semoga segalanya dipermudahkan

jom join segmen B2B

http://nurrcahaya.blogspot.com/2012/07/segmen-bride-to-be-by-gksb.html