Hari tu masa saya treaser kasut nikah, ramai yang tertarik dengan tulisan kecil berwarna merah. [tekan sini] Jadi, saya jawab dekat sini sekali je la ye. Dasar pemalas. Bukan apa, 2 minggu ni kerja saya terlalu banyak sampai dah tak larat nak fikir dah.
Ada yang baca tulisan kecil tu bercampur dengan tulisan besar. Tulisan kecil tu macam footnote je, jangan campur aduk dengan tulisan besar taw! he
Ok, buat yang bertanya pasal vendor untuk custom made kasut tu. Meh saya reveal kasut resepsi macam mana yang menjadi pilihan hati saya dan tunang. Tapi kan hari tu, dekat Setia City Mall ada kasut cantik. Harga jauh lagi murah tapi saiz paling kecil dia,saiz 5 which is bila saya pakai dia besar. Boleh masuk 1 jari lagi. Nanges..
Tunang saya meletakan kriteria kasut resepsi saya:
- kasut bukan macam ala-ala sandal atau wedges. Dia tak mahu. Jadi, saya pilih untuk peep toe shoes
- ada back cover sebab tapak kaki ni macam pecah-pecah. Sakit hati tengok.
- ada platform untuk meninggikan saya sedikit. Dapat tinggi 4 inci pun ok la.
- ada brooch bagi blink blink sikit.
Setelah hampir 4 bulan mencari kasut ni dekat Putrajaya, Shah Alam dan Klang tapi tak jumpa yang berkenan di hati atau yang berkenan tu tak ada saiz (sadis sungguh!), jadi saya mintak lah quotation untuk custom made kasut resepsi. Bajet kami below RM200. Ciput je kan?
Hanya ada 2 vendor sahaja yang memenuhi bajet saya. Saya tak survey dekat KL pun sebab malas nak jauh. Minta quotation pun thru FB je. Kalau-kalau korang ada tahu lagi mana-mana vendor untuk custom made kasut, sila bagitahu saya please...
1. You, Me and Shoes.
Kebanyakan design dia, dia caj RM160. Tahu sebab usha-usha gambar dalam FB dia. Saya minta quotation untuk kasut yang macam saya nak, harga yang sama tapi tak ada brooch. Dorang memang tak ada brooch. Kasut lelaki pun dorang ada buat juga taw. Sekarang ni dorang buat promotion for selected design with only RM90. Kita boleh pilih material yang kita nak, warna dan saiz UNTIL 25 May 2012.
Facebook YMS : tekan sini
Untuk deal atau booked appointment boleh emel : ayuazlan.yms@gmail.com
2. Kasut Pengantin (Ladies Shoes)
Kedai akak ni dekat Taman Medan, Petaling Jaya. Atas speedmart sebelah pasaraya karnival. Saya ada full quotation akak ni. Dia jawab pertanyaan kita memang terbaek la. Sangat details taw. Starting price RM 70 sampai lah ratus-ratus. Kebanyakan kasut ala-ala songket dekat butik tu starting price adalah RM70. Kalau ada yang suka design kasut uncung-muncung boleh lah risik-risik akak ni. Kita boleh pilih nak bagi lebihan kain baju kita buat kasut atau pakai kain dia sendiri. Tempoh tempahan adalah 2 sehingga 3 minggu dari hari pembayaran dibuat. Untuk kasut yang macam saya minat ni, harga dia seratus lebih jugak la.
Saya suspek akak ni buat kasut untuk butik-butik la sebab banyak kasut ala-ala dekat butik akak tu buat. Owh ya, lupa. Akak ni boleh buat back cover dekat kasut tapi tak boleh buat full cover untuk satu kaki. At least, akak ni jujur berniaga. Dia mengaku dia tak tahu buat. Terbaek la kak!
Facebook Kasut Pengantin: tekan sini
Kalau nak nombor telefon akak ni, sila tinggalkan emel masing-masing untuk diemel. Hehe.
Ada lagi beberapa vendor yang lain:
3. Nawal Jes : tekan sini
Gorjes kan hasil Nawal Jes!
4. Saiful Sin Couture : tekan sini
Emel: saiful.sin.couture@gmail.com
5. Aleng Tohara : tekan sini
Asfiza hire Aleng Tohara untuk wedding shoes dia. Sila tanya details dekat as ye. hehe
6. Absolutelygorgeous By Amy : tekan sini
Amy bride blogger 2012 juga tahu!
Email: absolutelygogeousbyamy@gmail.com
Blog: tekan sini
Vendor nombor 3 ke atas macam over bajet saya je. Rasanya dekat KL ada kot yang lagi murah tapi kena rajin survey. Hanya 2 vendor tu je yang memenuhi bajet saya tapi sampai sekarang tak decide lagi. Hari tu dah hampir nak order tapi Setia City Mall buka pula. Haha. Dasar jimat cermat~
xoxo
16 ulasan:
alahai..kasut suma cantik belaka..hu
cantiknya ...piwetttt silau maat umi hahahahaha
peep toe cantik dhiera..as punya kasut 2 pasang as buat dengan aleng adalah peep toe.. :)
order cpt dhiera.. :)
Pengsan tengok kasut cantik3 :-)
Meleleh tengok kasut Saiful Sin tu.
Cantik! Huhu
bestkan custom made sme yang kte nak..hik3..same la kiteww..
pada ieda yang paling gorges dari saiful sin ^_^
good info dhieraaa :D mmg tgh cari2 kasut gak ni. hehe...
cantik tp tinggi sgt..terpeleot nnti...hihihi
wow..its too good to hear utk pemilik kaki2 chomel dan ssh nk cari saiz cam saye !
this entry sgt mmbantu..thnks !
*moga Allah permudahkan urusamu
thanks for the info awak.. hehe.. kiat pon tengah search vendor custome shoes ni..
kita exchange link kt blog kita ea? TQ :)
hi dhiera..
wani suke sgt2 no 5.ala2 english style gitu..sgt cantik!!
sori da lama menyepi dari blog wani..but lpas ni insyaallah wani update blik ya..bz keje yukk..huhu
cantik2... nurul suka yang saiful tu... tapi harga agak2 mahal tak? huhuhuhu
dear green tiffany tu kasut jenama apa ye?
salam dear green tiffany tu kasut jenama apa ye?
Catat Ulasan