Jumaat, 18 Mei 2012

Intai kasut nikah

Salam pembuka bicara..


Hidup mesti diteruskan. Redah dan redha!


Saya dah balik dari kampung malam Rabu hari tu. Kesian dekat tunang yang ulang alik banyak kali untuk hadiri kenduri tahlil. Jadi, semalam saya ikut dia balik Klang. Lagipun, company tak bagi cuti untuk kematian untuk atuk dan nenek. Gila kedekut lah.


Semalam ada shopping mall baru bukak dekat Setia Alam. Setia City Mall namanya. Gila cantik lah. Saya ajak lah housemate merayap ke sana semalam. Konon-kononnya nak tengok-tengok apa yang ada dan yang best dekat sana je. Banyak juga kedai dah bukak walaupun hari pertama. Dan ada juga kedai yang masih tutup.


Jalan punya jalan sambil window shopping. Belek-belek sambil citcat dengan housemate "eh, murah lah. sukalah baju ni. etc". Masuk kedai sini, kedai sana, butik sini, butik sana. Test sini, test sana. Akhirnya, betul-betul berkenan dengan 1 kasut. Since, kasut untuk nikah tu memang plan nak beli sendiri. Sebenarnya, yang lebih tepat "ala, tak ada pun tak pe. kasut tahun lepas boleh pakai. cantik lagi". Terberkenan pula dengan satu kasut ni.


Sebenarnya, dah lama suka kan design kasut macam ni tapi harganya yang lebih RM150 buat saya rasa macam tak berbaloi nak beli. Survey sana sini. Harganya macam tu jugak. Simpan la buat angan-angan. Tapi tetap nak test kasut ni. Lepas tu, tanya lah harga dekat kakak tu (butik kasut melayu ok! Terbaik lah). Bajet mesti kakak tu cakap lebih dari RM100. Sekali tu RM50 je u olls. Apa lagi belilah~


Hati bunga-bunga dapat kasut nikah yang tak dijangka akan dapat. hehehe. Dah cerita panjang. Nah amek treaser. Cuba teka kasut yang mana satu.




Sebenarnya, kasut ni sedikit longgar. Saiz 4 dah habis. Saiz 5 ada 2 je. 1 display, 1 simpanan. Pasal dah jatuh cinta sangat, saya ambil jugak saiz 5 yang dalam simpan. Display duduk diam-diam dekat luar. Nanti beli lapik kasut yang belah belakang tu je. Abang tu siap kata "dik, ni yang baru la. Mana ada orang test lagi. Baru je letak pagi tadi. Kan baru hari ni buka." Malu sendiri. Tapi tak kira lah. Nak yang dalam stor jugak.  Sebab saya selalu dapat kasut display. Saiz 5 ni sangat limited. Asal berkenan je tak ada saiz atau dapat yang display. Nanges.


Dah dapat yang baru dalam stor tu, belek-belek dulu. Confirm kan tak ada defect. Then, baru bayar. Suka sangat!!


pst: Tiba-tiba dapat satu quotation baru untuk kasut sanding. Harga dia murah RM50 dari sorang vendor ni. Ala, macam mana ni? Belum make any payment. Kecik hati tak ea vendor yang lama tu.


xoxo

15 ulasan:

LILO berkata...

Wedges!

Mama Ashraf berkata...

semua cantik-cantik :D

as teka yang wedges pink tu boleh?

Puteri Kayangan?@#$%???? berkata...

waaaa bestnyaaaaaaaaaaaaaa ... i like ..umi hari tu tak sempat cari ..sehari sebelum kahwin baru cari kasut ..best tak umi hahaha

N.A berkata...

dhiera kecik comey orangnya...bole la pakai kasut tinggi2 camni... hihihi

Suria berkata...

comelnya kasut² tu dhiera! ala² korea kan.. suria memang size 5, kdg² isze 4 pn boleh... hihi

vendor ape tu..? cam teringin la nk custome made kasut wlupn majlis dh lepas..kihkih

ReramaBiru berkata...

~cantiknya yang biru tue..:)

emarieys berkata...

pasti cantik kasutnya tu

ada mokhtar berkata...

i pun pakai saiz 4 or 5.. susah sgt nak dpt saiz... selalu dpt yg display ..

Fahimah Mahayuddin berkata...

Cantiknya! nak cari jugak sebab kasut kawen saya sampai sekarng tak jumpa lagi yang sesuai. Penat gila mencari. Huhu....cantik dan murahlah awak!

Miss Ika berkata...

Mesti color yang ala-ala pink tu. Hehhh

Unknown berkata...

hai vendor mana tuh yg murah belao 50
cer bagi link..nk survey kasut nikah gak!! emel me the vendor k..thanks ;)

ilaSham berkata...

Wow..saya suka dengan tulisan kecik kaler merah tu..kat mana???selalunya ratus2..

puan.mila berkata...

dear..wedges biru, pink tu cantik!! mesti y tu kan? hehe
xpun campagne heel kt bwh tu..hehe

Tanpa Nama berkata...

wah nak pegi juga lah kat setia city mall tu...dgr2 best.

::Aja:: berkata...

ai dh tgk kasut you.pink!!!!hehe