Jumaat, 30 November 2012

Wedding rental 1: bantal hantaran

Salam pembuka bicara...


Saya nak buka untuk penyewaan barang-barang yang saya pakai untuk hantaran saya kepada suami.


Bantal hantaran 
Ada 2 warna.

a) Pink
Saya guna semasa majlis pernikahan hari tu. Harga istimewa akan diberikan kepada penyewa pertama.



Contoh penggunaan saya tempoh hari. Maaf tak ada gambar terbaik dari ini.



b) Hijau

Saya guna masa majlis pertunangan saya tempoh hari. Harga istimewa bagi penyewa pertama.


Contoh penggunaan saya.



Tak ada kaki dulang? Jangan risau. Sewa bantal hantaran ni termasuk sekali dengan kaki dulangnya. Maksudnya, anda akan sewa bantal hantaran dan kaki dulang seperti gambar bawah ni.



Kalau dah ada kaki dulang pun tak jadi masalah. Boleh juga sewa bantal hantaran sahaja.
Sangat lah tidak menjadi masalah, kalau anda perlukan bantal hantaran tapi warna yang berlainan. Yang pasti harga ketiga-tiga ini adalah berbeza.


Harga
a) Bantal hantaran sahaja (*warna sedia ada): RM5
b) Bantal hantaran dan kaki dulang (*warna sedia ada): RM7
c) Bantal hantaran sahaja (*warna baru): RM10
d) Bantal hantaran dan kaki dulang (*warna baru): RM12


Kuantiti
a) Pink: 10 keping
b) Hijau: 9 keping


Tempoh sewa
Seminggu sahaja atau dengan perbincangan terakhir kita. Ya, saya faham kadang-kadang kampung jauh jadi balik kampung pun awal. Kan susah nak ulang alik KL.


Untuk maklumat lanjut, boleh emel saya di dhieranottie@gmail.com. Banyak lagi barang yang bakal disewa. Nantikan~


xoxo

Khamis, 29 November 2012

Review nikah: batal air sembahyang

Salam pembuka bicara...


Sebenarnya kan saya selalu terfikir kalau pegang suami batal air sembahyang ke? Korang pernah terfikir tak?  Rupanya ada tak ada pengkhususan khas untuk bab ni. Ikut mazhab shafie batal tapi kalau ikut mazhab hanbali tak batal. Korang boleh la tengok video dekat bawah ni.



Lepas tu, saya ada tengok Tanyalah Ustaz dekat TV9 setiap hari pukul 7-8. Memang rutin la setiap pagi tengok rancangan ni sebelum pergi kerja. Tak silap masa tu tajuk dia adalah 'kisah Imam Shafie'. Korang tengoklah dekat tonton.my ye boleh tengok dekat sana. Ustaz tu ada cakap kita memang ada banyak mazhab tapi zaman sekarang, kita kena ikut fatwa dari ulama-ulama kita sebab mereka adalah rujukan kita dan mereka lebih arif pasal agama. Tak tahu macam mana nak explain. Korang tengok lah dekat tonton.my ye, nanti faham lah korang apa yang saya maksud kan. Apa yang disampaikan oleh ustaz dalam rancangan tu ada dalam sebahagian dalam video Ustaz Asri ni pasal batal air sembahyang suami isteri juga.



Ok. Dah faham? Pada saya, tak releven pun upacara batal air sembahyang selepas nikah ni tapi orang-orang tua ni faham je la. Jadi, buat saja lah untuk tambah banyak shoot sikit masa nikah. Hehehe.

Tema: putih pink
Pemberian: jam tangan



Hiasan sama je macam barang hantaran yang lain. Suami lagi sukakan saya bagi dia jam dari cincin atau yang lain-lain. Suami pula bagi pakaikan saya rantai leher. Sebenarnya, rantai leher ni adalah mas kahwin saya. Gambarnya nanhado sebab hubby bawa rantai tu masuk dalam poket je. Tak ada hias-hias pun. Gambar pakaikan adalah.

Tema: Nanhado
Pemberian: Rantai



Semalam dengan hari ni punya topik dekat Tanyalah Ustaz pasal kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Sangat banyak info yang berguna. Siapa yang tak tengok, saya cadangkan tengok sebab kita kan bakal ibu pada anak-anak kita.


p/s: Gambar bertandang dapat next week. Yeay! Harap-harap makin rajin lah saya update blog. Errr...gambar majlis rumah sendiri dah berkurun dapat pun baru review. Dush!


xoxo

Selasa, 27 November 2012

Review nikah: hantaran tema putih pink


Salam pembuka bicara…


Ini adalah hantaran saya kepada suami saya. Ada 9 hantaran semuanya.


Tema warna: Putih dan pink
Hasil tangan diri sendiri. 



Hantaran 1: sirih junjung



Hantaran 2: Jersi MU dan beg sukan MU
* Hubby dah cakap boxing day tahun ni nak beli lagi jersi MU sebab jersi aritu dah tak muat. Masa boxing day la yg murah.



Hantaran 3: Loreal Skincare



Hantaran 4: Kemeja dan polo shirt. 
* Suka sangat sebab hubby selalu pakai shirt ni. Masa pergi interview bomba hari tu, hubby pakai kemeja yang saya beli ni. Dah kahwin ni baru terfikir, beli mahal-mahal kemeja tapi pakai baru sekali. Rugi rugi. Lepas ni, kalau nak belikan kemeja beli yang murah-murah tak sampai ratus sebab tak pakai sangat. Tak ada lah rasa rugi sangat. Huhu



Hantaran 5: Set tali pinggang, wallet dan card slot.
* Hubby pakai tali pinggang je. Wallet dia ad beli wallet baru sebelum kahwin haritu. Memang dia simpan je la wallet ni. Card slot tu memang simpan je la. Nanti-nanti, saya yang pakai agak ye.



Hantaran 6: Sunglasses dengan handphone
* Handphone memang sah-sah pakai. He. Sunglasses pun selalu pakai tapi bila hubby sebut-sebut rayban macam terfikir sepatutnya saya belikan rayban untuk dia. Ermm



Hantaran 7: Shoes
* Hubby selalu gak pakai kasut ni. Tapi dia banyak kasut, asyik tukar-tukar je.



Hantaran 8: Bunga rampai
* Sepupu saya yang sponsor. Thanx darling!



Hantaran 9: Al-Quran dan sejadah
* Alhamdulillah. Hubby lagi selalu pakai kedua-dua barang ni. Sejak kahwin, memang hubby pakai sejadah ni. Hubby kata sejadah ni lembut dan sedap guna. Al-Quran tu suka bila buat ala-ala tadarus dengan hubby. Kadang-kadang, dia baca sorang-sorang untuk baby dengar, saya duduk kat sebelah.



Kesemua hantaran ni saya hias sendiri. Bunga-bunga tu saya beli dekat headquarters Bright Sail. Sale dekat HQ Bright Sail lagi murah nak bandingkan branch dia yang lain.



Saya sangat suka bunga ni. Konon nak recycle bunga ni buat bunga tangan masa bertandang hari tu jadi bunga tangan tapi adik ipar kata dalam stor kot. I wish hubby akan pergi amek bunga ni tapi nanhado. Dalam hati, kecik hati sebab bunga tu dalam stor sebab saya susun bunga-bunga hantaran dari hubby buat hiasan dalam bilik. Orang preggy memang suka emo semacam kot.



xoxo

Isnin, 26 November 2012

Majlis bertandang selesai


Salam pembuka bicara..


Alhamdulillah selesai sudah majlis bertandang pada 17 November 2012 yang lepas. Merasa juga jadi pengantin selepas 3 bulan berkahwin. Sabtu hari tu genap 3 bulan kami kahwin. Alhamdulillah. Kali ni, naik pelamin bertiga bersama our little caliph. Doakan kebahagian kami dan doakan kesihatan bayi dalam kandungan saya supaya sentiasa sihat walafiat. Semoga cinta kami semakin mekar dengan kehadiran si kecil nanti.


Saya belum terima gambar dari photographer. Sedikit treaser hasil tangkapan sepupu baru saya.




Dan ini dari adik ipar saya. Kek yang datang dari Karak. Paksu saya yang bawa datang jauh-jauh. Terima kasih acu.




Sempat jugak bergambar dengan kawan-kawan suami. he




Ini sekadar treaser ye la dulu ye. Gambar dari OP majlis rumah saya dah lama dapat tapi belum sempat nak tulis panjang-panjang. 


Owh ye, saya ada buat servis sewa (ala.. wedding rental) untuk barang-barang yang saya pakai masa kahwin hari tu. Nanti saya update ye. Antaranya adalah easel, bantal hantaran, bekas hantaran, balang kaca, bakul, bunga evafoam, payung, kipas, bantal tangan, bekas bunga pahar, baju resepsi saya dan lain-lain.


xoxo



Khamis, 8 November 2012

Jemputan ke majlis bertandang

Salam pembuka bicara..


Majlis bertandang minggu depan. Jadi, saya nak jemput kawan-kawan semua ke majlis bertandang saya jikalau sudi la.


Tarikh: 17 November 2012
Hari: Sabtu
Tempat: Felda Jengka 21, Pahang


Maklumat lengkap ada dalam gambar bawah ni.



xoxo

Rabu, 7 November 2012

Persiapan bertandang: Fitting baju bertandang

Salam pembuka bicara...


Walaupun dah kahwin 2 bulan, saya masih lagi merasa jadi pengantin. Kali ni, majlis bertandang dekat rumah hubby. Kononnya nak bagi treaser je dekat korang. Tapi tak tahu bila plak akan tulis nanti kan.



Muka comot. Lepas kerja terus datang sini. Sebenarnya, baju ni menang contest "Cinta Kami" dari Miszalya Boutique. Alhamdulillah, setiap majlis ada dapat hadiah. Ini lah first time saya pergi Miszalya Boutique. Sebelum ni, discuss dalam FB je boleh? Dan hasilnya, sangat memuaskan. Really love this dress. Tangkap gambar pakai hp kamera je. Tak cantik bila gelap. Huhu. Masa ni dah nak salin baju. Tudung dengan veil dah bukak dah.



Naseb baby bump tak nampak lagi. Lagipun, perut tu melonjong ke bawah. Tak ada la nampak sangat. Baju saya tak siap habis beading lagi. Beading dekat tangan pun tak ada lagi. Beading dekat baju hubby pun tak siap lagi. Beading dekat bahagian bahu dengan poket. Tailor akak tu tersalah buat kan warna baju. Nasib baik boleh matching lagi kedua-dua warna ni. Veil saya pun akak tu buat warna macam baju hubby. Tak adalah nampak pelik sangat. Alhamdulillah.



Pengalaman baru bagi kedua-dua majlis. Masa majlis dekat rumah saya, kami berdua je. Sekarang majlis bertandang, kami bertiga plak. Untung baby dapat merasa naik pelamin dalam perut lagi. Hehe. Saya minta korang doakan saya supaya sihat masa hari langsung ye.


xoxo

Selasa, 6 November 2012

Review honeymoon 7: Krabi hari terakhir

Salam pembuka bicara..


Hari ini adalah hari terakhir di Krabi. Sobsob. Sedih je nak balik. Plan asal nak pergi main go kart pagi ni tapi hujan la pula. Jadi, duduk lah diam-diam dalam hotel sambil packing barang buat kali terakhir. Breakfast kami cukup hanyalah banana chocolate pancake dan salad chicken pancake je.



Lepas hujan berhenti dan siap berkemas, kami pun turun ke receptionist. Bawak sekali dengan barang-barang. Sebab kami takut balik lambat dari makan dekat luar. Alang-alang tu check out la sekali. Cari makan dekat gerai-gerai juga. Yang penting, makan tom yam dan orange shake buat kali terakhir. Tak lupa nak cuba coconut shake jugak. Wah.. kat sini kami banyak makan je.



Sementara tunggu makanan berat sampai, makan dulu makanan ringan-ringan ni. hu



Masa makan ni, drama betul sebab tiba-tiba hujan lebat sangat-sangat dan tak ada tuk tuk nak hantar balik. Dah la kitorang nak gerak ke airport dah. Nasib baik, mamat yang buat kan coconut shake tu sanggup hantarkan balik. Dia tak charge pun sebab dia hanya nak tolong hantar balik je. Ni la tuk tuk dia.



Sampai-sampai je hotel je, driver dah sampai. Inilah van yang berjasa tu.



Terima kasih kerana bawakan barang. Banyak gile barang nak angkut sebab too much shopping. Gile!



Dalam 45 minit perjalanan, sampai lah kitorang dekat airport dalam keadaan masih hujan.



Kami ada lebih kurang dalam 1 jam lagi sebelum naik kapal terbang. Sementara ada masa lagi ni, saya belilah aromatherapy balm dan singgah jugak dekat Narai Phand. Narai Phand ni adalah Royal Thai Government Handicrafs Center. Barang-barang dekat sini adalah original dan diiktiraf oleh kerajaan Thai.


Dekat sini saya sangat tertarik dengan mutiara yang belum di keluarkan lagi dari cengkerang dia.



Jadi, hubby pun belilah sepasang subang mutiara dekat sini. Harga dia murah je. Dekat sini, barang-barang boleh dikatakan murah-murah belaka. Haha. Subang ni berat ok! Rasa nak terjatuh je telinga kalau pakai. *Over*



Sempat lah jugak grab the last packet tom yam kung paste. Dah masak pun. Banyak betul barang-barang nak guna kalau masak tom yam ni antaranya chili paste, fish sauce dan lain-lain.



Dan akhirnya, tibalah masa pulang ke Malaysia. Sobsob. Bye bye Krabi.



Owh, masa nak balik ni mula-mula kena duduk asing-asing dengan hubby. Huarghh.. Dalam hati berdoa supaya sebelah saya tak ada orang duduk. Gambar bawah ni la tempat duduk hubby mula-mula. Alhamdulillah sebelah saya tak ada orang. Yeay! Hubby boleh tukar seat dan duduk sebelah saya. Kami tak pilih seat pun masa beli tiket hari tu. Masa nak pergi Krabi, dapat seat sebelah-sebelah. Balik je tak dapat.



Perjalanan sangat smooth. Kami sampai LCCT awal. Hai hai Malaysia. Kami sudah pulang!



Tamatlah entri Krabi. Dan saya sangat rindu Krabi sekarang! Hubby janji bawa pergi Krabi lagi tapi bersama-sama our little caliph. Insyaallah.


Review Krabi sebelum ini:
Review Krabi 1: Pengenalan
Review Krabi 2: Sunset di Noppharat Thara Beach
Review Krabi 3: Maya Bay, Krabi
Review Krabi 4: 6 pulau lain di Phi Phi Island
Review Krabi 5: Bamboo Island dan stall food
Review Krabi 6: Half day tour
Tips di Krabi


xoxo

Isnin, 5 November 2012

Review honeymoon 6: Half day tour

Salam pembuka bicara..


Saya cuba untuk habiskan entri Krabi ini dalam minggu ini. Review terdahulu:
Review Krabi: 1,
Review Krabi: 2,
Review Krabi: 3,
Review Krabi: 4,
Review Krabi: 5,
Tips di Krabi


Hari ini adalah hari ketiga di Krabi. Kalau sarapan pertama di Krabi, kami tak tahu nak sarapan kat mana dan akhirnya, sarapan di hotel je. Tapi sarapan kedua di Krabi ni, kami dah pandai untuk cari merancang dah. Dalam Review Krabi 5, malam tu kami ada beli pancake. Pancake ni kami makan satu je. Yang lain simpan dalam peti ais untuk buat sarapan.


Inilah sarapan kami. Banana chocolate pancake dengan air kopi yang sangat pahit. Euw.. tak suka kopi ni.



Perjalanan kami hari ketiga adalah ke Hot Spring Waterfall, Emerald Pool dan Elephant Treakking. Kami ambil half day tour je sebab petang nanti nak tengok sunset dan shopping! Harga asal trip ni adalah 1,200 bath tapi sebab kami datang masa low season dapat lah 900 bath sahaja. 900 bath ni harga kanak-kanak masa pick season. Jimat sudah disitu.


Perjalanan bermula dari pukul 8.30 pagi sehingga 3.00 petang. Tapi agak lambat kitorang start perjalanan sebab tunggu awek-awek Korea yang time management dorang sangat out! Lama kot tunggu dorang ni. Macam biasa, pakej diorang termasuk hotel transfer, air, buah, insuran dan makan tengah hari. Tapi kami tak makan sebab dekat emerald pool sediakan makanan tak halal. Tour guide cakap, tukang masak dia muslim tapi masak jugak babi. grr... Tapi ada je orang melayu yang sama trip dengan kitorang makan je. Padahal, tour guide kami pun tak makan makanan dorang sediakan sebab dia muslim.


1. Hot Spring Waterfall.

Hot Spring dia tak panas pun. Suam-suam kuku je. Tapi hubby kata panas. LOL. Panas lagi air dekat Poring Hot Spring, Kundasang tu. Owh, air dekat Poring bukan panas lagi tapi panas sangat sangat sangat.



2. Emerald Pool

Sini adalah natural spa bath. Air dia sangat jernih. Boleh nampak dalam pool ni. Tour guide saya cakap asalnya sini air mata air. Lama-lama jadi kolam yang mengalir. Tapi tepi-tepi batu dia sangat licin. Kat sini lah disediakan makan tengahari.



Memandangkan dah agak lapar, jadi hubby beli jagung rebus untuk makan dan orange shake buat minum.



Inilah buah yang dorang buat orange shake. Tak sama macam dekat Malaysia punya orange juice. Serius buah limau ni buat air sangat sedap. Tak payah letak gula sebab dah sedia manis.



3. Elephant Trekking

Ini adalah aktiviti yang saya tak boleh lupa. Dah la first time jungle trekking naik gajah lepas tu hujan lebat pulak tu. Sampai-sampai je hujan sangat lebat. Gile la. Bila dah nak habis trekking baru hujan berhenti. Saya dengan hubby dah kesejukan kan dah masa ni. Dah la memang kitorang tak tukar baju pun dari pagi tu. Dari pagi sampai ke petang la gamaknya baju kami basah. Kat sini, dorang bagi makan nenas. Krabi ni banyak sangat nenas. Kalau plan nak pregnant tu, tak dapat lah makan.



Lepas naik gajah, dapat pulak kitorang bagi gajah makan pisang. Gajah ni macam kelaparan je nak makan.



Lepas tu, kami pun balik. Tour guide bawak kami balik berdua je sebab yang lain nak teruskan perjalanan ke Tiger Cave Temple. Saya rasa macam tak perlu ke Tiger Cave Temple sebab kat sini banyak patung je. Haha. Boleh tak fikir macam tu? Rupanya, tiger cave temple ni dekat je dengan tempat kami jungle trekking dalam 1 km je sampai. Dekat kan? Dalam perjalanan balik ke hotel, hujan sangat lebat. Tak dapat nak tangkap gambar sekolah dekat Krabi, hospital dekat Krabi. Ermm...


Masuk-masuk je bilik, tengok dah ada decoration baru plak atas katil. Tapi tak ada pun bunga-bunga macam hari pertama masuk hotel. hehe



Cepat-cepat kami mandi dan bersiap keluar balik sebab dah sangat lapar. Sebelum tu bergambar dulu dekat signboard ni. Hehe



Kami masih lagi makan dekat gerai-gerai tepi jalan tu. Tapi kali ni, makan dekat kedai lain plak. Kat gerai ni, cakap melayu je. Macam teringin nak makan nasi goreng nenas. Ingat kan nasi dia dalam nenas. Rupanya tak. Nasi tu digoreng dengan nenas. Rugi je saya rasa beli nasi ni.


Tak ingat hubby beli nasi apa. Tapi yang pasti, tom yam kung dijadikan sebagai side dish. Huhu. Sepanjang kat sini, makan tom yam je hari-hari.



Lepas makan, kami ke pantai Aonang untuk tengok sunset. Kemudian baru perasan yang dah terlepas nak tengok Muay Thai semalamnya. Muay Thai ni ada setiap Jumaat dan Isnin dekat Stadium Krabi. Plan asal memang nak tengok Muay Thai. Sobsob. Harga tiket nak masuk stadium hanya 250 bath. Masa jalan-jalan ni, baru saya perasan kalau nak tukar duit RM ke bath adalah lagi murah tukar dekat sini nak banding tukar dekat Malaysia.



Kemudian, baru lah shopping. Beli t-shirt 20 pasang, beg besar nak sumbat semua barang-barang souvenir, keychain 100 biji, baju sulam dan lain-lain. Ni salah satu deret kedai dekat Krabi. Ada budak perempuan dekat kedai ni yang asyik sebut, "cheap cheap". Tip untuk bargain di Krabi, saya ada cerita dekat sini.



Dah beribu-ribu bath habis, kami pun pulang dengan beban yang berat. Penat woo jalan kaki balik hotel. Tapi sempat jugak tapau banana chocolate pancake dengan salad chicken pancake. Hoho. Macam biasalah nak buat breakfast kebesokan paginya.



Sampai hotel, lepak-lepak dengan hubby. Tunggu sampai tukang urut sampai. Berurut dalam bilik je u olls. Malas nak keluar walaupun mahal sikit dalam 50-100 bath. hakhak. Sambil urut boleh pulak tertidur. Perghh.. sangat best. Saya ambil aroma massage, harga 350 bath. Hubby ambil foot massage, harga 300 bath. Besok dah balik Malaysia. Malas nya nak balik masa ni.


xoxo