Selasa, 11 Disember 2012

Review nikah: baju nikah perempuan 1 (bad review)

Salam pembuka bicara...


Baju nikah saya tempah dengan kawan mak. Sebenarnya, makcik ni memang banyak kali jahit baju untuk nikah dan selalu lah jugak jahit kain chiffon beaded. Mak saya beria kata hantar dengan kawan dia. Pada saya, ok lah kalau makcik ni betul-betul boleh buat. Tolong-tolong kawan mak juga kan?


Jahitan makcik ni memang sangat cantik. Tapi saya agak kecewa sebab untuk kain untuk baju nikah saya ni dia tak siapkan dalam masa yang sama dia siapkan baju nikah. Makanya, warna sulam pada kain baju ni sangat berlainan dengan dekat baju. Sampaikan saya terpaksa buat kain baju yang baru 3 hari sebelum raya. Nasib baik, jiran saya sanggup terima. Tak sampai hati nak minta nenek jahitkan sebab nenek sibuk siapkan tempahan bahulu.


Lepas tu, agak kecewa sebab sepatutnya baju nikah ni dia jahit ikut potongan baju kurung moden tapi dia jahit tak ada potongan. Lebih tepat, jahit ikut jahitan baju kurung biasa. Hasilnya, bila saya ikat 'sash' pada pinggang tu bahagian atas baju jadi besar sangat. Bayangkan, baju kurung yang diikat belakang. Saya tak berani nak alter. Malah nenek pun tak berani nak alter takut jadi makin buruk. Sebab masa ni dah siap beading.


Bahagian lengan pun mengelebeh. Sampai sekarang saya rasa nak alter bagi kecik. Tangan saya kecik je kot tapi lebar lengan tu 2-3 kali ganda tangan saya. Sedih. Tapi salah saya sebab tak cuba baju ni dulu sebelum hantar beading.


Baju ni terlalu lama tempoh masa yang dia ambil untuk siapkan. Sampaikan mak saya perlu tanya banyak kali dekat kawan dia. Bayangkan macam mana susahnya nak minta kawan sendiri tolong siapkan baju anak kan? Adalah dalam 6 bulan baju ni dekat kawan mak ni. Tapi saya think positive, malas nak fikir sangat. Its my day kan? I should be happy.


Apa pun ambil pengajaran lah mana yang patut sebelum terkena. Besok saya review sekali dengan gambar baju ye.


xoxo

8 ulasan:

Unknown berkata...

sedih jugak la sebab amik mse lama tp hasil x cantik..x pe majlis dah lepas..lgpon dhiera nampak cantik je..hihi..

saya-mahu-kahwin berkata...

Huhu siannye.. Nak tempah yang lain, macam bazir kan. Cuba lah cari alternatif untuk gayakan baju tu..
Harap2 awak dapat do something before your big day.. in sha Allah. Dugaan nie..

Unknown berkata...

sama cam sy.. request lain design untuk kain, tapi last2 lain lak yg dpt.. sabo jela.. seb baik sedap pakai

dhiera zainudin berkata...

@Syaz Rozelt
jahitan dia cantik syaz. tapi rupa baju tu yang kurang cantik. ermm

dhiera zainudin berkata...

@saya-mahu-kahwin
dear.. saya dah selamat 3bulan dh kawen. ni just review kot b2b lain bole amek peringatan mana yang patut dibuat kalau perkara yang sama jadi.

dhiera zainudin berkata...

@Shizan Syafik
untung sbb sedap jugak nak pakai. mine.. adoi.. sampai skang rasa nak alter.

Nuha hayati berkata...

dhiera guna x baju tu utk majlis? nanti tunjuk gambar sekali k..

zarith berkata...

Samala macam kes baju kawin saya. Hantar sebelum puasa lagi. 2 minggu sebelum majlis baru siap. Turns out, baju sangat buruk. Design lebih kurang macam dhiera punya baju. Lengan gedabak giler... selepas meroyan bagai, decided nak pakai baju lain. Tak sanggup nak pakai baju tu. Disaster sungguh...