Jumaat, 22 Jun 2012

Behind the scene : 1

Salam pembuka bicara...


Behind the scence pre-wedding.


Pagi tu, saya buat trial mekap dulu. Alhamdulillah, untuk trial ni tak ada la costly sangat. Meh layan gambar masa nak touch up make up sebelum bermulanya our pre-wedding. Ini kali pertama saya bermekap sungguh-sungguh. Masa bertunang hari tu, cousin yang belajar MUA mekap kan. Barang mekap pun guna barang-barang saya sebab last minute plan. Ala, mekap pun yang simple-simple je.



Sebelum buat trial saya tunjuk dulu gambar mekap yang saya nak masa nikah nanti. Mekap untuk resepsi je tak sempat saya nak tunjuk. Tapi saya pesan saya tak nak mekap tebal-tebal. Nak yang light mekap je. Kebetulan, kak lia kata masa mekap dia memang akan tumpukan pada mata dan kening. So, ok la kan?




Gambar atas ni masa nak alter shading pada hidung.




Sedikit tip yang kak lia kongsi dengan saya (walaupun saya tak pasti nak hire dia ke tak):
1. Sebelum mekap, sapu muka dengan ais.
2. Bagi kerjasama dengan MUA sebab takut mood MUA lari masa nak mekap, tak pasal-pasal mekap kita jadi buruk.
3. Masa nak dipakaikan eyeliner, pandang pada satu arah. Kalau pedih, kelip mata sekali dan lama sikit. Bukan berkali-kali kelip.
4. Jangan asyik nak tengok-tengok cermin je boleh buat MUA naik menyampah.
5. Seminggu sebelum majlis, rajin-rajin sapu madu lebah dekat muka. Jadi kan sebagai masker. Insyaallah makin naik serinya.
6. Banyak kan minum air masak.
7. Tidur kena cukup.




Ada yang tanya hari tu samada buat trial ni kena bayar ke tak? Jawapannya bergantung pada MUA itu sendiri walaupun kita akan hire dia tapi mungkin dia tetap akan caj servis dia masa mekap kan kita. Biasanya, mekap untuk trial ni murah sikit dari harga sebenar. Apa pun bergantung pada MUA itu sendiri.


xoxo

6 ulasan:

Diyana berkata...

thanks for the tips ye..
nak apply dari skrg... utk kesihatan kulit muka...
insya-Allah (^_^)

oya berkata...

wah mcm retis gituw

Fahimah Mahayuddin berkata...

Cantiknya Dhiera! nampak natural makeupnya...

Fyka berkata...

hye dear,follow n link blog ni..

Puteri Kayangan?@#$%???? berkata...

wahhhh baru umi tau .. kalau sapu gan ais lebih bagus (^_^).. ingat untuk muka yang tak masuk mekap je

ilaSham berkata...

MUA saya pon cakap, sebelum amke up kena lap muka dengan ais batu ^^