Jumaat, 6 April 2012

Cadar baldu pilihan hati di malam pengantin

Salam pembuka bicara...


Mari kita bercerita persiapan bilik pengantin pula.


Bukan nak cakap pasal macam mana nak hias ke apa sebab saya pun sendiri tak tahu rupa bilik saya macam mana nanti. Pelik? Tapi benar. hiks.


Sebenarnya, bilik saya yang sebelum ni mak minta saya bagi untuk adik. Senang kalau dorang nak tidur ramai-ramai. Bilik saya paling besar antara adik beradik saya. Rumah saya ada 4 bilik je. Tapi adik beradik saya ada 5 orang. 4 perempuan dan seorang lelaki. Yang lelaki confirm-confirm tak payah share bilik. Yang perempuan ni, masing-masing macam tak suka nak berkongsi. (Suka lagi rumah kami di Sijangkang sebab semua bilik sama besar. Bilik mak ayah je besar banyak. Boleh concuer bilik sorang-sorang) Ngee. Sekarang ni ramai yang duduk dekat asrama. Jadi, hari-hari biasa tak ada masalah. Bila dah ramai-ramai balik, masing-masing bergaduh ini bilik dia.


Lepas kahwin, dah tambah lagi seorang lagi lelaki dalam rumah ni. Tapi lelaki ni tak kan nak tidur asing dari isteri dia. Kan baru kahwin. Tet.. Jadi, mak buat pertukaran dengan saya. Mak saya kata bilik saya bagi pada adik. Andaikata, masa majlis nanti dorang kena share bilik tak ada sempit sebab bilik saya ada banyak ruang-ruang lantai. Ayah pula akan buat bilik baru untuk saya (dalam proses sekarang). Mula-mula, saya refuse juga sebab nanti kena buka balik set katil saya, angkat almari, meja solek semua. Macam leceh. Lepas tu, mak saya kata tak pe. Mak belikan set katil yang baru. Kemudian, baru lah saya setuju. Teruk betul kan?


Jadi, saya malas nak cari macam mana nak hias bilik pengantin sebab saya tak tahu sebesar mana bilik saya untuk saya guling-guling. *over* Cuma saya kata pada mak saya, saya nak bilik saya kelihatan tradisional. Saya tak minat cadar satin sebab macam tak cantik. Saya tak tahu kenapa tapi yang pasti saya tak suka. Macam taste orang lama. Tapi saya sangat sukakan taste orang lama yang lagi lama. Maksudnya, cadar baldu. he




Cadar baldu ni bukan untuk pakai masa tidur. Tapi hanya untuk buat alas je. Bila nak tidur, kita tanggal la. Pakai cadar cotton. Dapat lah tidur yang lena sampai tak reti nak bangun pagi. Saya bagi cadangan dekat mak nak cadar baldu. Mak kata "cadar kahwin mak long ada lagi. mak beli masa mak kerja dekat negeri sembilan dulu. cantik lagi." Terus saya rasa teruja. Terus pergi rumah nenek dan selongkar almari nenek. Dan jumpa. Perkara pertama saya cek sulam pada cadar samada masih cantik atau tidak. Jawapannya, cantik! Suka. Terus rasa nak pakai bed sheet ni sekarang.


Merasa la jugak pakai harta turun temurun yang hampir 30 tahun usianya ni. Masih cantik, tertarik. Kalau nak tahu, set baldu orang dulu-dulu ni ada 4 sarung bantal kepala, 2 sarung bantal kecil, 1 sarung bantal peluk, 1 cadar, 2 alas bantal yang tempat letak tangan masa bersanding tu dengan 2 kipas tangan. Harga dia adalah dekat RM2000 juga. Sekarang tak tahu lah harganya berapa. Tapi orang sekarang tak suka kot pakai cadar baldu macam ni. Untuk buat tidur, jangan lah pakai ye. Ada yang gatal-gatal karang. Untuk bergambar boleh. Hehehe


Warna coklat keemasan sesuai untuk cat bilik warna apa ye?


xoxo

26 ulasan:

Suria berkata...

mak suria pn ada satu camni tp kaler hijau..larik tema kang..kihkih

suria suka cat putih, menyerlah & suci, ekekk :D

Mama Ashraf berkata...

warna cream.! hehehe...

as suka bilik warna cerah..sebab nampak besar..heee

Unknown berkata...

saya juga tidak suka cadar satin, cadar pengantin saya jenis cotton heheh.

rasanya cat bilik tu kaler lembut la dhiera.mcm pastel colour gitu.cream ke?heee cadangan jek

dhiera zainudin berkata...

@Suria
putih ye suria~ ermmmm...boleh buat bilik nampak besar kan~

dhiera zainudin berkata...

@Asfiza
cream ye.. ok jugak~

Unknown berkata...

Ada jugak cadar baldu+cotton macam Akemi. seriyesly sedap gile bila tdoq. mmg akan rasa baldu2 sikit. hihihi

Dira berkata...

kite pn x suke cadar satin~ sebab de licin n berkilat.. cadar baldu tuh sangat old fashion, tp tersangat lah cantik okeh! hehe..

cat putih cantik :)

Unknown berkata...

memang sangat klasik. opah dulu buat sendiri baldu merah masa makcik yg sulung kahwin. kakak jue sempat merasa. sekarang ni tak tau la elok lagi ke tak.

dinding warna pastel mesti cantik :)

Fahimah Mahayuddin berkata...

Cadar baldu dekat umah tok saya pun ada lagi. Cantik. Tapi wedding saya nanti saya pilih cotton sbb mmg suka tidur pakai comforter dan cadar cotton. yang kelakarnya saya pilih cadar bercorak..bukan plain.Tak tahulah apa rupanya bilik pengantin saya nanti. By the way, kalau awak pilih warna cream pun cantik !

Nurul Ain berkata...

warne cream yg pling sesuai rasenyer...=)

akudidi berkata...

kalo warna gold, cat warna bilik dgn warna2 soft light. cream or light brown r perfect color.

p/s: beshnye dpt bilik baru.huhu

fana.akim berkata...

kalau ikotkan better kaler cerah2 kot mcm putih ke kan..nanti nampak luas dan nice je tgk..sejuk mate memandang..nih pendapat kite je lah kan..huhu :p

puan.mila berkata...

cream..cream..blik nmpk luas :-)

Happily Ever After berkata...

saye suke cadar jenis cotton patch cm english style..

http://choclairissa.blogspot.com/2011/01/review-bilik-tidur-pengantin.html

ni gambar bilik tdo saye..hehe :)

dhiera zainudin berkata...

@Cik Zimie
kite pun pakai cotton gak untuk tidur. untuk bergambar je guna baldu~ weee...

cream ye. dah 2 vote cream~

dhiera zainudin berkata...

@Qyla Aqilah
ye ke? ada ea?

akemi tgh sale lagi ni~ tapi tak hot sale sangat la..

dhiera zainudin berkata...

@Dira
baldu memang sangat old fashion tapi cantik kan~ satin kurang minat kot~

dhiera zainudin berkata...

@miss jue
buat sendiri? pandai ye opah jue~

dhiera zainudin berkata...

@IMaH
kite pun suka tidur guna comforter tapi cadar baldu ni untuk hiasan dan bergambar je. nak tidur kembali kepada cotton biasa. ngee

dhiera zainudin berkata...

@Gadis
noted! ramai vote cream ni~

dhiera zainudin berkata...

@akudidi
cream lagi! baik~

dhiera zainudin berkata...

@Fana | Aqim
cream jugak ye.. baik~

dhiera zainudin berkata...

@puan.mila
thanx mila cantik~

dhiera zainudin berkata...

@Happily Ever After
kak intan tukar nama ke?

Puteri Kayangan?@#$%???? berkata...

Hihi wahhhh dearrr minat cdar baldu ye ..umi tak pernah lagi dengar.. nampak unik je dear ni .. mcm tema tradisional je dear ni la ...


hahhh cun la tu ..hari tui dear nak paka songket kan malam berinai .. :)

iedaurora berkata...

nenek ieda pun ade tapi warna merah makngah, kalo gold macam dira oke lg, kena pandai deco2...