Isnin, 11 Jun 2012

Real wedding: zimie + fayadh

Salam pembuka bicara..


Masa cuti sekolah ni lah banyak sangat wedding. Tapi this weekend lagi banyak wedding yang perlu dihadiri. Insyaallah akan cuba hadir ke semua jemputan. Tapi kan dalam merancang nak pergi jemputan sana sini ni, tolong jangan lupa tengok tentatif majlis sampai pukul berapa. Takut majlis tu dah habis tentatif baru terhegeh-hegeh nak sampai terutamanya buat majlis yang berlangsung di dewan. Terkena pada diri sendiri masa nak hadir wedding kikin. Rupanya wedding kikin habis pukul 3. Sobsob


Sabtu hari tu, lepas kerja terus berdesup fetch suria dekat hospital serdang. Saya berdua je dengan nak pergi majlis resepsi zimie. Kalau tak, asfiza pun nak ikut sama tapi atas sebab-sebab tertentu as tak jadi ikut. Wedding zimie di Dewan Gemilang Felda dekat Kelana Jaya. Ingat tak, majlis resepsi belah lelaki renee pun dekat sini.




Guestbook corner
Lebih kepada guestnote. Ala-ala, telegram gitu. Lepas tu, masuk kan dalam album. Album gambar tu ye kawan-kawan~




Mekap
Dari kata Renee, yang mekap untuk resepsi zimie ni readzul sendiri. Mekap dia cantik okeh! Gambar kat bawah ni ada flash. Tergemerlapan sikit gambar ye. (Over)



Centerpiece
Fresh flower you all. Semua meja ada taw.




Kek kahwin
Kek kahwin dia tersorok sikit dekat tepi. Cantik! Rasa nak curi sebiji dua tapi tak patut la kan~ hehe



Entrance deco
Ada welcome sign. Sign ni cantik. Printing dia yang cantik. Zimie, kita rasa macam nak yang ni la. Buatkan please~ hakhak


Ada arch. Fresh flower ke artificial saya tak sure la pula.



Photobooth
Masa sampai-sampai je dewan ni maksud saya masa buka-buka je pintu lif terus nampak kak lijah dekat photobooth. Kak Lijah tengah tunggu hari pun berjalan sampai sini. Sempatlah bergambar dengan kak lijah sekali. Nak balik tu pun bergambar lagi dengan zimie, suria dan renee.



Pelamin
Serius cakap, pelamin zimie super gorjes. Mak, macam ni la pelamin yang kakak cakap tu. Bak kata suria, "indah".







Blogger yang saya jumpa
Renee dan husband


Of course, suria dan saya. Kak lijah tak ada simpan gambar. Tunggu kak lijah update je la~



Last sekali, haruslah gambar pengantin kan~



Makanan
Sorry lupa nak ambil makanan. Makanan dia ada pelbagai jenis lauk. Yang confirm-confirm, sangatlah sedap. Tak percaya tanya suria. Sedap gile. Ikan, ayam, daging semua ada okeh~


Tahniah buat zimie dan suami. Semoga hubungan korang berkekalan dan bahagia selamanya. Semoga hubungan korang sentiasa diberkati Allah SWT. Insyaallah. Yang lain, kena tunggu zimie update la ye kawan-kawan.


xoxo

9 ulasan:

Fariza berkata...

alaaa.. i dtg wedding dia.
napa x jumpa korang. mencikkk..
hehehehe.
next time dpt jumpa kan.
cntik kan wedding zimie :)

Unknown berkata...

wah nampak meriah la kendurinya..hihi

aNNor berkata...

Best2...comelnye pengantin! rugi xdpt dtg..kalo x leh jmp semua :)

Fahimah Mahayuddin berkata...

Hebatnya wedding Zimie. semua cantik2=) .Congratz Zimie. lepas ni turn Dhiera pulak =)

Suria berkata...

betol tu!
pelamin zimie INDAH! make up cantik, natural...makanan memang sedap, kalut mkn takut x sempat jumpe zimie, hihi

dhiera, rugi kite xmkn cheese cake.. terliur tgk kt blog kak lijah..hihi

Renee Meow berkata...

zimie mmg gorgeous giler... sumernye perfect! korang plak comel2 n sweet.. thanks tegur i kalau x mesti i xcam u alls.. nice to meet u gals.. :D

Unknown berkata...

ya Allah cepat sgt dhiera buat review.best sgt ok.tak menyempat zimie nak review,hihi best dpt jumpa dhiera and suria dan semua2 lah bloggersssss.rasa nak ulang balik masa tu,serius hehe.thanks btw dtg kenduri zimie tau.xoxo :)

choclairissa@intan marliana berkata...

wahh congrats zimie..cantek signage die kan..suke kaler tema die.. :)

fatinfaqhtee berkata...

dhiera, lps neh nk pegy weddg rakan2 blogger lain roger la. nak juga jumpa korg. huhu


-fatin ismail-