Khamis, 31 Januari 2013

Duit pemberian di majlis kahwin

Salam pembuka bicara...


Memang jadi kebiasaan setiap pagi sebelum pergi kerja sambil siap kan sarapan untuk suami, siapkan bekal makanan tengah hari, saya akan dengar atau tengok rancangan Tanyalah Ustaz dekat TV9 tu. Topik hari dengan semalam dan esok adalah mengenai "Walimatus urus". Many good input yang boleh dapat. Bride to be semua jangan lepaskan peluang tengok rancangan ni. Dekat tonton.my pun boleh tengok ulangan.


Dulu kan sebelum kahwin, suami pernah tanya.
"Kalau duit yang orang bagi-bagi masa kahwin tu, siapa yang dapat ye?"

"Tak tahu lah. Kalau sayang, mak dengan ayah yang keluar kan belanja majlis dan selayaknya dorang yang akan dapat duit tu. Sayang tak nak masuk campur sebab itu memang duit dorang. Ribu-ribu dorang keluar belanja tak kan kita nak amek kan. Untung duit hantaran mak dengan ayah tak usik langsung. Duit hantaran tu pun memang khas untuk kegunaan kita berdua"


Macam tu lah sebahagian perbualan saya dengan suami dulu. Dan akhirnya terjawab dalam 'Tanyalah Ustaz' episod kali ni. Ustaz cakap rumusan mudahnya lah.


Duit pemberian orang di majlis walimatus urus adalah untuk meringankan beban yang ditanggung oleh orang yang keluarkan belanja. Kalau yang keluarkan belanja kahwin itu adalah ayah nya. Maka, ayah lah yang dapat. Kalau dikeluarkan oleh mak angkatnya, mak angkatnya lah yang dapat. Sebab duit itu untuk meringankan beban yang di tanggung.

Sama macam episod semalam, ustaz ada sebut kisah Saad yang Rasulullah saw kita nikah kan dengan wanita yang cantik. Saad ni miskin. Tapi mas kahwinnya adalah 300 dinar tak silap. Lepas Rasulullah saw nikahkan Saad. Saad datang jumpa Rasulullah cakap yang dia tak ada duit sebanyak mas kahwin tu dan tak ada duit nak buat walimatus urus. Rasulullah beritahu jumpa 3 orang sahabat Rasulullah saw. Saya tak ingat nama dia. Saad pun jumpa 3 orang sahabat ni dan dorang bagi duit melebihi dari mas kahwin dan mampu untuk tanggung walimatus urus dia.



Lepas tu, ada satu soalan pasal hukum penggunaan kompang dalam majlis perkahwinan. Hukumnya adalah harus untuk menghebahkan ada pasangan yang baru berkahwin. Ada hadis yang menyatakan iklankan perkahwinan dengan gendang. Lebih kurang gitu lah maksud yang saya faham. Jadi, harus ada kompang dalam sesuatu majlis perkahwinan.


Nak tahu lanjut, korang tengok lah sendiri rancangan 'Tanyalah Ustaz' di TV9. Tajuknya adalah "Walimatus urus" tarikh 30 Jan 2013 dan 31 Jan 2013. Insyaallah besok 1 Feb 2013 ada sambungan lagi kot.


xoxo

23 ulasan:

Diyana berkata...

salam kaut, mmg both parents & in-laws yg amek...
duit hantaran pun bg kat parents utk buat kenduri..
even semua duit utk both kenduri dari husband...

**ttbe rasa patut husband yg dpt semua duit tu**

Ziema berkata...

Betul tu Dhiera. Selalu family yang dapat duit tu. Macam family suami haritu ayah mertua bagi sikit kat adik beradik termasuk Ziema sekali. Kira macam upah la tolong masa majlis hehe :)

FarizAtie berkata...

yup3..atie bg sme duit hantaran pada mama atie..hik2..duit mas kahwin je memang wajib simpan sdr..^_^

Munn Jaafar berkata...

sy pun tak usik sikit pun duit salam mak ayah....

Unknown berkata...

masa jue kahwin dulu, duit orang bg tu dibahagikan sesama adikberadik, jue dan ibu. sebab semua ada keluarkan belanja beribu-ribu. jadi adil dan saksama :)

emarieys berkata...

betul tu...duit yg dpt hasil rewang orang..bagi pada keluarga saja

missGogreen berkata...

sangat berguna info ni..pas ni xde lah yang terasa hati lg klu ada yg berebut duet walimatulurus tu :D

Orked berkata...

kene tgk nih! Sya ckp kt mak duet org bg tu nk wat cabinet. haha. lagik ntahpape. cr halus nk mntk sket. hehehe

Puteri Kayangan?@#$%???? berkata...

ummm bgs entri dear ni.. time tunang n kahwin ..segala..duit sedekah diambk olh kedua2 keluarga .. tk terfikir pun nk ambk.. nk tgok juga la rancangan dear bg tau ni ..muahhhh..tmbh ilmu (^-^)

cik chinta berkata...

kt pon bg kat fmly je. sbb derg kn da tolg jg dr kcik. pastu kt kn da nk kena amik dgn huby. huby amik kt pon da besa pnjg, da ada keje bagus sme. xyah r nk berebut amik det tu balik. derg pon da tua. kt muda lg. bole keje n cari det balik.

Fahimah Mahayuddin berkata...

Imah dulu kawen duit untuk makanan kenduri parent yg keluarkan duit cuma bab2 lain selain makanan imah yg keluarkan. Tapi mak ayah imah xambik lansung duit hantaran. memang sepenuhnya bg dekat imah sebab diorg cakap itu hak imah. M<ana2 anak perempuan kalau kawen, ikut family imah mmg parent xambik duit hantaran. duit sedekah org kasi time kenduri mmg hak mak ayah sbb diorg yg keluar duit belanja utk makanan tetamu.

cha berkata...

i pun duit kaut memang i tak ambik tau dpt berapa semua i serahkan kat mak. tp mak i kasik dan bahagikan kt adik beradik i semua yg membantu :)

salam kenal u :)

Princess Feyqa berkata...

masa majlis tunang ritu pun ada org bg parents duit, and duit tu mmg tak sentuh or minta pon sbb dorg yg sediakn bajet utk majlis kita tu huhu

inche hlovate berkata...

macam mak ayah sya buat kenduri kakak sya kawin duit yg org bagi tu memang mak ayah sya yang amik sebab depa yg keluar duit utuk majlis

Tanpa Nama berkata...

tapi kalau org yg bg duit salam kaut sebagai hadiah utk pengantin tu camne ye.. bkn ke duit tu utk pengantin.. sbb ada adat even family yg kuar modal to duit kaut serahkan kt pengantin then bwu dibahagiakn.. mcm ne ye sbb xbrape phm pulak..

Unknown berkata...

Salam admin
Tolong penjelasan
Saya berkahwin gantung
Mase tu ibu dia minta hantaran 10k
Karena posting sendiri skrg mahal.
Sye memberi cuma 3k karena duit x cukup
Dan kami berkahwin.
Mase kahwin Ade Kendari kecil mggunakn duit 3k dari sye.
Dan 7k lgi balance akan di berikan bila buat sendiri 7bulan kehadapan.
Tetapi mase kahwin tu sye x de 1 sen pun ambil duit org bgi. Smua ibu die ambil.
Dan sekarang masuk bulan ke 6 kami kahwin dan ibu dia meminta balance 7k.
Akan tetapi kami x de membuat kenduri lgi. Karena hanya membazir.
Ape yg harus sya lakukan. Sementara duit mase kenduri kecil dari sye.. sye x ambil. Dan sekarang ibu dia minta baki uang hantaran sementara kenduri tak Ade di laksanakan.

dhiera zainudin berkata...

@Riwan Mira
maaf saya tak berani komen panjang mengenai hal ni. mungkin boleh berbincang bersama isteri dan keluarga mertua

cumanya adat org kita yg kebanyakan saya lihat, duit hantaran tu perlu dijelaskan walaupun telah berkahwin. dan duit salam pungut tu berbeza mengikut amalan keluarga masing-masing

dalam entri di atas, saya cuma kongsikan hasil pembelajaran dari siri Tanyalah UStaz tu. mungkin boleh cuba download dan kongsikan video dari siri tersebut. saya ada sertakan tajuk dan tarikh tayangan pada akhir perenggan entri ini

Unknown berkata...

Sya pun fkir ptt husband yg dpt.. kalau dia yg keluar duit utk smua... takkan nak tgk dia kering lepas kahwin... dh kira kejam jugak lah tgk

Unknown berkata...

Agree with it... jika smua serba serbi ditanggung oleh si laki... berhabis kat situ... tp smua duit org kaut... aku rasa lagi baik kahwin majlis islam jer... tak payah kenduri kendara... yg penting ckup rukun nikah... janji Sah

Unknown berkata...

Sya pun fkir ptt husband yg dpt.. kalau dia yg keluar duit utk smua... takkan nak tgk dia kering lepas kahwin... dh kira kejam jugak lah tgk

hz berkata...

tapi kalau orang yg bagi duit tu dh amanahkan kita utk bagi kat pengantin, macam mana ya tu?

Tanpa Nama berkata...

Duit hantaran lelaki yg keluarkan & duit kaut pun mentua yg ambil. Mana lah adilnya di situ. Mentua bukan kluar duit pun.

Unknown berkata...

Sgt berguna ilmu ni, saye penah berdebat isu ni dgn ex apabila duit kaut dan hantaran semua diberi kepda ibu dan bapa belah perempuan, walhal duit majlis semua sya yg tangung bile sye persoalkan isu ni jawapanya mudah "kami ada adat dan kami ikut adat" kalau diikutkan majlis tu keluarga perempuan yg buat tpi disebapkan tak nk pepanjang sye pun diamkan jela diri demi jaga nama keluarga dan ADAT!.