Selasa, 8 Januari 2013

Review resepsi: Kek dan kek cawan

Salam pembuka bicara...


Mula-mula, saya nak tempah kek dengan faiz (lupa lah link blog faiz apa) tapi last minute, sepupu faiz plak nak kahwin hari yang sama. Kira rush wedding invitation masa tu. Faiz pun adalah cari-cari vendor lain untuk gantikan dia. Tapi akhirnya, saya kata tak payah. Simplicity is me! Jadi, tak payah susah-susah sangat sebab ada ke tak ada kek majlis tetap jalan. Huhu




Tapi mak kata macam tak lengkap pula kalau tak ada kek. Makanya, gigih la saya pergi tempah kek masa raya kedua. (Majlis raya ketujuh. Amekaw!) Sebenarnya, saya tempah fresh cream cake tapi yang saya dapat butter cream cake! Geram je bila tengok kek tu. Pak cik saya yang ambil kek tu masa hari saya nikah (nikah raya keenam). Dia tak tahu apa-apa kan? Redha je la! Saya memang tempah kek warna putih dan kuning. Owh, design yang saya minta bukan macam design bawah ni. Ermm... Saya ada tempah bunga fondant untuk letak atas kek ni tapi tah mana tah bunga tu menghilangkan diri. Geram!




Saya guna cake stand yang sama dengan cake stand untuk potong pulut kuning masa nikah tu. [klik sini] Siapa yang baca entri tu mesti tahu cake stand ni 3 tingkat. Kek kuning ni saya letak dekat tingkat paling bawah sekali. Tingkat kedua, saya letak cupcake chocolate yang sangat sedap!! Atas sekali adalah bunga merah.




Untuk kek cawan, saya tempah dekat kedai yang sama juga. Yang ini pun, saya minta fresh cream cup cake. Yang dapat pun butter cream juga. Nanges! Tak nak pergi dah kedai tu. Tapi suka warna yang warna warni ni. Suka! Suka! Suka! Cup cake dia sangatlah sedap!




Kesimpulan, pergilah tempah kek awal-awal ye. Owh, saya memang tak minat fondant cake. Kencing manis nanti!


xoxo

3 ulasan:

Diyana berkata...

alahaiii comel nya cup cake~
saya punya wedding pun xde cake.. sbb kami punya family bukan jenis mkn kek sgt...
ada cup cake je buat hantaran kat pihak laki...huhu

Shizan Syafik berkata...

dhiera, kek cawan tu sangat la cantik.. majlis sy pun yang spoilnye tang kek la.. benci betul

My Life's Journey berkata...

comelnya cup cake dear ..umi terasa nak makan je kek sekarang hihi ..

a a dear time umi kawin dulu pakai kek fondant ..manis memang giler walaupun dah kate jgn manis haha