Ikut hati memang nak update blog ni tapi sejak tukar job scope ni, kerja makin banyak sebab nak apply ISO, ISO, CMDR dan lain-lain untuk plant baru yang akan beroperasi minggu depan. Nasib baik tukar job scope sebab tugas saya banyak dihabiskan di depan PC sahaja.
Lepas tu, sekarang ni asyik sakit pinggang je. Buat kerja rumah sikit terus sakit pinggang yang sangat sakit sampai nangis-nangis. Sebelum tidur, suami lah yang kena urut-urut bagi lega. Nak bangun pagi pun hubby tolong pegang belakang badan. Huh.. sadis. Suami siap buat demo ambil barang dekat bawah macam mana. Sayang b lebih la..
Jom la tengok sedikit gambar masa majlis bertandang. Asyik upload gambar majlis resepsi saya je kan. Biar gambar sahaja yang ceritakan segalanya ye boleh? Istimewanya majlis bertandang ni adalah sebab jadi pengantin bertiga tapi perut kurang menonjol la pasal baru 7 minggu masa ni. Yang paling obvious adalah my hip getting bigger bigger and bigger masa ni. Semua orang tegur ok! Sadis. Memang kenangan sangat manis la semua gambar ni. Untuk part pregnancy ini ada cerita yang sangat panjang untuk dikhabarkan. Tunggu habis semua review baru cerita ok!
Majlis bertandang saya adalah majlis yang ringkas tapi saya selalu mengharapkan cukup sekadar majlis kenduri kesyukuran.
Erkk...resize gambar terus macam blur. Sorry guys. Nanti saya edit elok-elok ye.
xoxo
6 ulasan:
cantik nye tempat wt outdoor tu..
suweet gitu
cantik.. kat area mana ni dira
meriahnya bahu baju pengantin laki. outdoor tu posing kt ne?
cantekk!! meriah nye meja makan beradab. mcm2 ade!hehe. suke yg buah2 byk tu =)
veil tu DIY ke dear? chantek.. dahla purple.. i like purple!! hehehe
btw,nice outdoor pnya tmpat :)
Catat Ulasan