Jumaat, 27 Julai 2012

Projek Kahwin DIY 3: Rozek Penanggah

Salam pembuka bicara..


Rozek penanggah saya diinspirasikan daripada handbouquet felt craft Intan Norazam tapi diolah menjadi rozek atau bunga penanggah.




Projek Kahwin DIY 3: Rozek Penanggah


Bahan-bahan yang diperlukan


1. Kain felt - 2 warna
2. Gunting
3. Benang dan jarum
4. Gam pistol
5. Pin


Cara-cara membuatnya

~ Amaran: Gambar dibawah menggunakan kain saki baki sebab masa proses lupa nak ambil gambar setiap step. Atau gambar dari rozek yang dah siap.


1. Potong kain felt menjadi sebesar A4 (hampir-hampir dan agak-agak). Macam saya buat, saya beli kain felt setengah meter.
* Tips: Paling jimat nak beli kain felt plain beli dekat Daiso. 0.75 meter baru RM5, kain lembut pula tu. Saya beli 0.5 meter berharga RM8.
* Beli kain lembut. Lagi cantik.



2. Kain felt saiz A4 tadi dilipat 4. Lipat bahagian yang paling panjang. Kemudian potong ikut garisan



3. Kain felt akan kecik lebar ye tapi panjang. Gambar bawah ni saya ambil yang saki-baki. Sepatutnya, kain felt tu lagi panjang.



4. Saiz kain felt macam gambar atas ni, dilipat dua pula untuk proses pemotongan.



5. Potong macam gambar bawah ni. Jangan potong sampai terputus ye. Agak-agak je nak potong dalam 1 cm.



6. Potong sehingga ada 7 jalur.



7. Kemudian, silalah jahit. Tak tahu nama jahitan. Jahitan susur ke apa tah. Yang pasti jahit yang keluar masuk tu.



8. Selesai jahit, tarik benang supaya terbuka kelopak felt tadi dan cantum kan kedua-dua penghujung kain felt tu.



9. Ulang proses ni pada kain felt yang lagi satu serta pada felt yang lain.


10. Ambil kain felt yang lain. Lukis bulatan menggunakan duit syiling 20 sen yang lama sebagai acuan. Kemudian, jahit bulatan ni pada felt yang akan berada di bahagian atas.
*Tips: Kalau malas boleh tampalkan pakai gam pistol sahaja. Saya mula-mula rajin, lama-lama gam kan je. Hasilnya seperti di bawah.
*Tips: Saya tak guna button macam intan buat sebab nak jimat kos. Saya survey butang tu, harga dia 80sen. Mahal.



11. Bermulalah proses mencantumkan dua kain felt ni untuk membentuk rozek. Boleh nak jahit atau gam kan je. Guna gam pistol ye.



12. Hasilnya seperti dibawah.



13. Akhir sekali, gam kan rozek yang hampir siap dengan button pin.



14. Dan siap!!

        


Bila dah buat banyak kali, nak siap kan rozek ni sekejap je. Selamat mencuba!


xoxo

Rabu, 25 Julai 2012

Projek Kahwin DIY 2: Kasut Resepsi

Salam pembuka bicara..


Dalam entri yang lepas-lepas

[tekan sini]
[tekan sini]


Saya ada tulis kasut untuk hantaran adalah kasut yang saya akan pakai masa resepsi. Malah, ada tulis nak custom made sebab penat nak cari kasut yang betul-betul memenuhi citarasa saya dan tunang dan yang penting kasut yang sangat selesa dengan saiz kaki saya yang kecil ni.


Akhirnya, saya jumpa sepasang kasut yang betul-betul memenuhi citarasa kami berdua tapi sangat sayang sebab kasut ni tak ada saiz 4. Bila tengok muka tunang yang dah tension sebab berbulan-bulan cari kasut tapi tetap tak ada saiz la apa lah. Saya buat keputusan untuk beli jugak kasut ni.


Projek Kahwin DIY: Kasut Resepsi


Lupa nak tangkap gambar kasut sebelum diolah oleh saya. Yang ada gambar selepas. Sila bayang kan, kasut saya yang kosong dan longgar. Gambar google yang hampir sama dengan kasut saya macam gambar bawah ini tapi yang reben-reben tu tak ada la ye. Buruk rupanya kalau pengantin pakai kasut longgar, jalan seret-seret. Jadi, terpaksa lah DIY kasut tu sikit-sikit nak bagi dia molek sikit.




Cara-caranya:


1. Try and error menggunakan shoes pad supaya kasut tu jadi selesa. 2 jenis shoes pad yang saya gunakan. (kalau ikut hati nak je pakai span baju tu letak kat belakang kasut.)


2. Mulakan dengan shoes pad yang letak dekat belakang kasut. Grip liner tak silap namanya. Rupa dia macam bawah ni.


Mula-mula, letak 1 je dulu kemudian jalan. Kalau longgar lagi, double kan grip liner ni kemudian jalan. Macam kes saya, sebelah kaki agak besar sikit. Jadi, sebelah pakai double grip liner dan sebelah lagi guna satu je grip liner. Hasilnya seperti dibawah.


Dekat bahagian belakang grip liner ni ada sticker tapi boleh je nak tampal double tape dekat belakang tu lagi supaya dia kukuh.


3. Walaupun dah guna double dan single grip liner, saya tetap rasa kasut saya longgar. Makanya, kali ini cuba pula guna shoes pad jenis macam bawah ni. Tak silap namanya shoes cushion ke apa tah.


Cara-cara nak letak cushion protector ni adalah macam bawah ni.


Dah letak kemudian jalan lagi. Taraa... baru lah selesa nak pakai kasut ni. Saya beli cushion protector yang tak perlu ditampal. Tampal tu macam memburukkan tapak kasut tu je. Lagipun nak buat hantaran juga. Buruk la presentation kasut tu nanti, cukup lah buruk dengan grip liner je.


4. Untuk mencantikkan lagi kasut saya yang kosong, saya beli kerongsang besar dekat GM Klang. Ala, kerongsang murah je. 5 biji RM 10. Hasilnya.. Taraaa... (ini adalah gambar tapi telah di grayscale kan, rupa sebenar selepas majlis)



Proses DIY yang makan masa beberapa minit sahaja. Tak perlu risau sebab tak jumpa kasut lagi.


Sebelum lupa, shoes pad ni ada beberapa jenis material. Ada silicon, getah dan apa tah. Saya pernah pakai silicon. Kurang best sebab rasa kaki melekat-lekat dekat silicon tu. Kali ni, baru nak try jenis yang macam dalam gambar kat atas ni. Semua gambar bersumberkan google kecuali yang terakhir sekali ni.


Ada tak yang berminat nak kasut macam dekat butik-butik pengantin tu? Kalau ada yang minat kasut macam tu dan teringin nak ada kepunyaan sendiri, dekat Bright Sail, Jalan Ulu Yam tu (HQ Bright Sail), kasut jenis macam tu dijual dengan hanya RM35 sahaja. Dalam banyak-banyak cawagan Bright Sail, yang dekat Ulu Yam ni paling banyak diskaun. Baju melayu siap bersulam harga dia RM60 je. Macam-macam warna lagi taw.


xoxo

Selasa, 24 Julai 2012

Projek Kahwin DIY 1: Sticker

Salam pembuka bicara..


Lama tak tulis dekat sini. Sangat busy! Terlalu busy! Tak berkesempatan nak menulis dekat tempat kerja. Lagilah teruk bila internet pun kena block. Hampeh!! Bila balik rumah busy dengan DIY projek.



Project 1: sticker


Yang ni, projek asal ada. Sticker ni belum lagi dirancang untuk lekat pada doorgift. Saya sengaja buat sticker untuk tampal pada kad kahwin saya. Ala kad kahwin murah bagi la cantik sikit. he. Kad kahwin saya ada 3 item penting.

1. Kad - style telegram sahaja. Buat yang pernah baca entri saya yang lepas-lepas, saya beli kertas untuk kad saya sendiri. Print di kedai. [tekan sini]
2. Sampul kad - memang berniat untuk guna petal envelope.
3. Sticker - untuk lekat kan petal envelope tu.


Nampak tak dimana kepentingan sticker itu pada kad kahwin saya? Ini sebahagian dari projek DIY saya yang mudah. Semudah ABC.


Saya print sticker ni dekat kedai yang sama saya print kad kahwin. Tempoh masa saya terima sticker ni adalah hanya beberapa jam sahaja. Saya confirm kan design dalam 11 pagi. Saya terima sticker di depan pintu rumah saya pada pukul 7 malam. Sekejap je kan?


Terus-terang, saya bagitahu saya nak sticker yang paling ekonomi. Jimat punya pasal. Saya bagitahu nak ada kesinambungan antara sticker dan kad kahwin saya. Akhirnya, terpilih design yang lari sikit dari tema kad sebab nampak sticker macam messy bila ikut kerawang yang sama pada kad.


Untuk penjimatan berganda, saya print sticker pada A3 size. Ini paling jimat sebab saya sudah ada scallop puncher untuk punch sticker ni nanti. [tekan sini] Vendor dah siap buat garisan untuk saya potong supaya senang untuk saya punch satu. Terima kasih Inkduztry Studio! Gambar bawah ni sticker dah siap dipotong ikut garisan.


Cara-caranya:
1. Print artwork atas sticker paper bersaiz A3 untuk jimat. Boleh DIY sendiri dan boleh hantar print di kedai. Saya print kedai.

2. Potong sticker paper mengikut garisan. Hasilnya seperti di bawah.


3. Punch setiap artwork di atas sticker paper menggunakan scallop puncher. Saya guna scallop puncher 1.5". Setiap helaian A3 ada dapat 54 keping sticker. Seperti di bawah tak jelas sebab lupa nak snap gambar selepas dipunch.


4. Lekatkan sticker pada envelope dan siap sedia untuk penghantaran!



Sebenarnya, nak punch beratus-ratus sticker ni sekejap je. Sambil-sambil tengok TV, tahu-tahu dah siap. Cuma letih sikit la sebab tangan dok tekan-tekan je kan? Asal jimat ok la.


xoxo

Sabtu, 21 Julai 2012

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan

Salam pembuka bicara..


Tak berkesempatan nak tulis panjang-panjang. Ucapan dari orang yang insyaallah kali terakhir merasa puasa sebagai bujang.


"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa" 
Surah al-Baqarah: 183.
sumber: google


Selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Berpuasa itu wajib. Rukun islam ketiga.

"Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu" Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim

sumber: google


Semoga amal ibadat kita sepanjang bulan Ramadhan ini akan diberkati.




Lafaz niat berpuasa untuk sebulan

sumber: google




Lafaz niat berpuasa untuk harian

 sumber: google




Doa berbuka puasa
 sumber: google 


xoxo

Rabu, 11 Julai 2012

Idea unik sesuai dijadikan doorgift

Salam pembuka bicara..


Sekarang ni idea glass jar dijadikan doorgift memang sangat disukai ramai. Dari glass jar biasa yang macam jem tu sampai ke spice jar orang cari. Ini salah satu idea yang boleh dipraktikkan lagi-lagi buat yang berbajet besar untuk buah tangan tetamu.


Jem
Lagi murah kalau pandai buat jem sendiri.




Candy rock
Candy rock ni memang sebiji batu. Masukan dalam glass jar confirm orang confius ni boleh makan ke tak. Tapi, orang yang memberi ni memang rock la sebab candy rock ni unik kot!



Madu lebah
Sukanya kalau saya dapat madu lebah ni! Lagi-lagi dapat yang original. Best ye~



Buah-buahan
Bagi buah-buahan memang jimat. Lepas tu masuk dalam glass jar mesti cantik! Tapi kekurangannya, bukan semua buah boleh tahan lama.



Jelly/ Lengkong/ Agar-agar/ Dadih
Yang ni sangat lah jimat!



Mashmellow
Mashmellow ni sedap tapi bukan semua orang suka. Kalau orang tua-tua pada dia pelik.



Kek dalam jar
Ini dah ramai kan yang buat! Terasa macam nak buat jugak yang ini. huhu



Biskut
Saya kahwin masa raya. Biskut mestilah banyak. Hehe



Coklat
Peminat coklat pasti gemarkannya! Bakal pengapit saya la tu yang suka coklat.



Ada sesiapa tak yang berkenan dengan idea di atas? Kalau ada, jemput saya datang taw. Haha


xoxo

Selasa, 10 Julai 2012

Pre-wedding dhiera & zul

Salam pembuka bicara..


Ikut kan hati nak tunggu CD sampai tapi tak sampai-sampai lagi CD pre-wedding tak sengaja hari tu. Pre-wedding tu plan yang tak dirancang. Hari yang sama saya buat trial mekap. Ahad nak trial mekap. Petang sabtu baru buat keputusan nak buat pre-wedding. Alahai..


Meh tengok sebahagian hasil pre-wedding hari tu.









Agak-agak tak pandai posing sana sini? Tak jadi masalah dengan Fahmi. Dia boleh tunjuk macam mana nak pose.


Tempat: Nashmir Riverfront, Ipoh
Tempoh shoot: Shooting sampai penat
Harga: Berbaloi-baloi. 
Bintang untuk photographer: 4/5 star
Keseluruhan: Rekemen! 


Jurugambar: Fahmi Zuruugambar 
- FB: tekan sini
- Blog: tekan sini


Untuk pakej nikah dan sanding pula, harga dia pun affordable taw. Murah! Pada saya, harga dia murah kalau nak dibandingkan dengan hasil dia yang kevavom tu. Unlimited shoot even saya bayar murah untuk pre-wedding tu. Alhamdulillah. Semoga fahmi sentiasa dimurahkan rezeki dan terus sukses.


Hasil gambar fahmi yang lain.










Cukup lah tu kan? Fahmi pun buat video juga. Sehari sebelum saya buat pre-wedding hari tu, Fahmi kena shoot video untuk wedding Azza Elite. Tapi saya belum pernah tengok hasil video dia. Jadi, no komen. Rasanya menarik kot. he


xoxo