Selasa, 30 Oktober 2012

Review honeymoon 5: Bamboo Island dan stall food di Krabi

Salam pembuka bicara..


Macam mana dengan aidiladha korang? Mesti masing-masing malas nak pergi kerja hari ni kan?


Bamboo Island

Pulau terakhir yang saya dan suami jelajah ialah Bamboo Island. Pulau ke-8. Bamboo hanya sekadar nama, tak ada buluh pun di sini.



Dekat sini, kami ada bersnorkelling.



Agak lama jugak la dekaat sini. Kemudian baru kami balik. Dalam perjalanan tu, tour guide ni bagi setiap orang makan buah tembikai dan nenas. Saya tak ambil pun nenas. Sejak kahwin, memang kurang makan nenas dan sejak pregnant ni, lagi lah tak makan. Aktiviti makan buah ni, dorang panggil "fruit basket".




Dalam perjalanan balik ni jugak, tour guide kitorang tunjuk di mana Phuket. Bawah ni lah Phuket. Dalam 45 minit nak sampai sana kalau dar tempat dorang tunjuk mana Phuket tu. Tak dapat pergi, dapat tengok pun jadilah. hakhak




Bila kami dah sampai Noppharat Thara Beach ni, ada la orang buka meja jual frame. Ramai sangat orang kerumun. Kitorang nak sibuk jugak. Bila nampak ada gambar sendiri siap di frame kan terus lah beli. Harga frame ni RM10. Agak-agak korang nampak ada orang tangkap gambar masa nak naik bot, pandang dan senyum ye. Mana tahu ada muka korang di frame kan nanti.




Kalau pagi tadi, tour guide ni ambil kami guna van besar. Balik ye kami merasa naik bas open air ni. Bas macam dekat zoo. Chinese guy bawah ni satu resort dengan kami.




Sampai-sampai bilik je, tengok hiasan dalam bilik dah berubah. Kali ni tak ada bunga ros dah.




Masa ni tengok muka dekat cermin, saya dengan suami kedua-duanya dah sunburn walaupun pakai sunblock. Suami lah paling teruk sunburn. Dah balik bilik rehat-rehat dan mandi-mandi. Lepas tu, keluar balik cari makanan. Kali ni, kami jalan kaki je sebab dah tahu jalan. Plan malam ni nak makan dekat gerai-gerai tepi jalan je. Sebelum tu, ada la borak-borak dengan makcik yang jual mee sup, kaki ayam goreng bawak motor. Orang Melayu. Dia yang cakap, makan dekat gerai-gerai tu je. Dorang pun orang melayu kita.


Akhirnya, kami pilih untuk makan dekat Sara Thai Seafood Stall.




Menu nya macam biasa lah sebab saya sukakan tom yam. Haruslah pilih tomyam dengan nasi putih.




Suami makan goreng-goreng masa ni. Lepas tu, ada ambil makanan cucuk tu macam sosej daging, sosej ayam, tempura udang dan beberapa lagi lah. Air pula, kami minum orange shake. Sedap amat!




Sebelum balik, haruslah pekena pancake. Saya beli banana chocolate pancake 2 keping dengan chicken salad pancake 1 keping dekat Pancake Rotee Yaminlah. Highly recommended! Sangat yummy!! Saya ada rekod video makcik ni buat pancake. Insyaallah, kalau line internet ni baik hati, saya akan cuba upload.




Malam ni kami tak ada jalan-jalan dekat pekan Aonang sebab terlalu penat. Besoknya kami ada elephant trekking, hot spring dan lain-lain. Nanti saya sambung ye.


xoxo

3 ulasan:

Unknown berkata...

congrats dhiera dah preggy.. =)

Unknown berkata...

Semuanya best2.. Dah preggy yer, tahniah.. Take care.. :)

Kasih Salina berkata...

terliur la akak tgk tomysm tu..nampak gayanya cam senang juga nak cari makanan halal kat sana ye..