Salam pembuka bicara...
Semalam saya cerita pasal Maya Bay sahaja. Kali ini saya tambah lagi 6 pulau yang saya pergi. Semalam sempat untuk animated kan gambar-gambar, jadi tak payah la nak scroll down sampai bawah.
2. Pileh Bay
Dekat sini lebih kepada sightseeing dan tangkap gambar je. Pusing-pusing pulau.
3. Lohsamah Bay
Sini ada ikan yang cantik-cantik. View dia pun cantik. Nampak tak ada 2 warna air yang berbeza tu.
4. Hin Klang
Kat sini boleh snorkelling lagi tapi tak ramai pun yang turun kali ni. Agaknya penat tapi tak hilang lagi kot
5. Monkey Bay
Ini memang pulau untuk monyet-monyet sahaja. Semuanya jinak-jinak.
6. Viking Cave
Uniknya dekat sini ada solar dan tong air yang besar. Dorang menetap sini kot. Masa datang ni, dorang tengah main daun terup.
7. Phi Phi Don Island
Phi Phi Don ni lebih kurang macam bandar untuk semua pulau-pulau dekat sinilah. Kami makan tengah pun dekat sini. Yang macam bukit-bukit tu adalah bukit belakang kawasan makan kitorang.
Makan dekat sini memang sangat sedap. Saya paling suka tomyam tu. Sangat memenuhi selera saya! Ada banyak makanan yang dorang sediakan macam spagetti, salad, ayam pun ada dua tiga jenis. Tapi sebab dah kenyang tak terhabislah semua makanan nak makan.
Besok saya akan sambung dekat Bamboo Island pula. Kat sini banyak gambar sebab pulau terakhir yang kitorang pergi dan snorkelling sekali lagi. Kali ni, hubby bagi turun laut. Haha
xoxo
9 ulasan:
macam mana awak animated kan gambr2 tu? skema tak tanya? hahahaa..nak g krabi gakk..soon..i nak pg jugak!haha
:( i rindu nk g sana..
waaaaaaaaaaaaaa bestnya .. umi tengok dear gi honeymoon mcm ni ..terasa ingin pulak g jalan2 lagi hahaha ..
piwetttt!! cantik pic tu dear ..muahhh
Bestnyer honeymoon kat Krabi..
Antara tempat tercantik tu..
Romantiknyerrrr :D
sedapnya nampak tomyam tu.. :)
terpesona dgn keindahannya
i penah ke krabi! =) best tp naik boat dia cam nak muntah okay. pening sngat2
baa~ CAK!!!
waaa... best nye...
geramnya tgk picture dhiera ni..cantik2..rasa cam nak jugak ke sana suatu hari nanti..
Catat Ulasan