Jumaat, 5 Oktober 2012

Review honeymoon 1: Krabi

Salam pembuka bicara..


To be fair, saya review majlis dan honeymoon selang-seli. ok tak kawan-kawan? Ini entri pengenalan untuk honeymoon tempoh hari.


Lokasi honeymoon: Krabi





Tarikh: 9 September 2012 - 12 September 2012 (Low season)
Hotel: Aree Taraa Resort, Krabi




Pada saya, 4 hari 3 malam tak cukup untuk melawat Krabi sepenuhnya. Rasa banyak tempat lagi yang saya tak dapat pergi. Sobsob. Aktiviti dorang semuanya bermula jam 8 pagi dan habis waktu petang. Paling awal pukul 2 baru habis. Flight dari Kuala Lumpur tengah hari. Sah sah tak dapat nak join aktiviti yang start dari pagi. Flight dari Krabi pula jam 2 macam tu. Kalau pergi mana-mana aktiviti tak sempat nak kejar flight. Jadi, saya ada 2 hari sahaja yang saya dapat tumpukan pada aktiviti di Krabi. Sedih. Rindu ye dekat Krabi!




Saya pergi masa low season. Gila gamble la. Dari awal lagi saya dah tahu yang saya akan datang masa low season aka wet season. 2 hari terakhir saya di Krabi adalah hari hujan. Tapi aktiviti tetap aktiviti u olls. Mandi manda dalam hujan, jungle trekking dalam hujan, elephant trekking dalam hujan, jalan-jalan pun dalam hujan. Asalkan bersama suami, hujan dan panas terik sanggup ku redah jua. Eceh... Nasib baik masa island tour tak hujan. Itu adalah kekurangan kalau pergi masa low season.


Tapi tahukah anda, kelebihan masa low season ini? Jeng jeng.... Jawapannya adalah SANGAT MENJIMATKAN. Serius ini tak tipu. Kalau pakej tour tu harga dia masa hot season, 1600 bath tapi masa low seasonboleh dapat 1000 bath je. Jimat banyak kan? RM60 tu banyak kan? Untuk 2 orang dah jimat RM120. hahaha.. Even, kedai-kedai makan pun dorang buat offer ok! Ada yang 30% diskaun etc. Nak bargain pun sangat senang. Jumlah asal hampir RM700 korang boleh bargain sampai korang bayar RM500 je. Jimat $$$$$ kan?


Cari hotel pun korang kena pandai compare. Usha lah booking.com, agoda.com, groupon dan harga dari website hotel tu sendiri. Saya booking melalui booking.com sebab masa ni promotion dekat booking.com paling murah. Sebulan sebelum majlis saya emel hotel supaya sediakan airport transfer  untuk saya dan suami, buat decoration dalam bilik dan permintaan-permintaan yang lain. Booking.com ni kite just booking je tapi make sure korang ada credit card la untuk buat reservation. Proses pembayaran hotel semuanya dilakukan di hotel. Itu tanda korang belum gaji pun korang boleh buat tempahan hotel. Hehehe.




Lokasi hotel adalah di antara 2 pantai iaitu Aonang beach dan Noppharat Thara beach. Hanya 1 km sahaja untuk kedua-dua pantai ni. Saya dan suami merasa bersama-sama tengok sunset di kedua-dua pantai. Wee.. romantik sekali. Dush!


Kos untuk hotel dalam RM500 juga lah sebab air mineral dalam bilik hotel pun kitorang bedal. Pagi pertama di Krabi, kami breakfast di hotel. Masa beli hotel, saya tak beli sekali breakfast sebab takut cafe dorang non-halal. Lepas tu, emel hotel. Dorang kata dorang separate non-halal dan halal food. Ada certain-certain makanan je la yang boleh makan. Saya booking tiket penerbangan Air Asia sahaja. Beli masa promo. Total kos untuk tiket RM 400 lebih. Tak ingat exact price.




Respek sangat dengan team AA masa saya pergi dan balik Krabi tempoh hari. Tak ada flight delay. Malah, masa pernerbangan saya di awalkan. Awal 30 minit dari asal dan sampai Krabi pun awal sebab cuaca baik. Begitu juga masa penerbangan Krabi ke Kuala Lumpur. Tak ada flight delay dan sampai Kuala Lumpur pun awal. Thumb up pada pilot Krabi-Kuala Lumpur masa ni (lupa dah nama dia) sebab mendarat dengan sangat sempurna. Saya tak sedar pun yang kapal terbang dah mendarat sebab ahh.. memang tak sedar. Tahu-tahu eh, dah turun ke? Siapa yang pernah naik kapal terbang mesti dapat beza kan cara pendaratan encik pilot ni. Tak rasa gegar-gegaran (owh, bahasa ku).


Krabi sangat awesome u olls. Ok. Cukup kot untuk sesi perkenalan. Nanti kita cerita lagi pasal krabi ok!


xoxo

11 ulasan:

Unknown berkata...

Alaaa Dhiera...nape sikit sangat gambar?

izzah berkata...

best tak krabi for overall?teringin nk gi sana untuk honeymoon yg akan datang....sy suggest awk ke padang, indon...best jgk utk honeymoon...hehe...

Orked berkata...

wah.best nye!!! da La honeymoon-of cs best kan..tmbh puLak ke-best-an krabi! mesti pegi nih! hehehehe

emarieys berkata...

syoknya berhoneymoon

MAY berkata...

x smpt nk honeymoon obesi..hehe..kat mesia je..

Unknown berkata...

Wah.. Honeymoon jauh tu.. :)

Munn Jaafar berkata...

seronoknyeeeeeee krabi!

Rossnie berkata...

besssstttttnyaaaa...cantik n menarik tempat ni :0

akudidi berkata...

nak gambo nak gambo lg2.
bestnye krabi.tq2 for the info

s h a berkata...

bestnye...tempat impian untuk pg honeymoon ni...x saba tunggu review... :)

NinaAz berkata...

salam kenal... :)