Salam pembuka bicara..
Seperti dalam entri intip intai yang
terbaru [klik sini]. Memang gambar itu adalah bantal hantaran.
Nampaknya ramai yang tak sabar-sabar nak tunggu saya review atau sediakan tutorial untuk bantal hantaran.
Tapi beribu kali maaf, bantal itu tiada tutorial kerana jeng jeng.. Gedik la dhiera ni.
Ok. Sebenarnya, memang plan nak buat sendiri.
Ada 2 pilihan samada nak buat guna polisterin atau pun fiber / kekabu. Lepas bincang-bincang dengan emak, emak kata kita guna fiber je. Tapi... hek
Ingat tak entri saya beli
cadar hari tu?
[klik sini]. Masa beli cadar time tu, singgah la satu kedai ni. Sakan nama diberi. Mak nak tengok harga tikar yang lipat tiga 9 x 9. Tapi tak ada. Hukhuk. Dekat area dorang letak tikar dengan carpet ni ada jugak dorang display toto semua.
Sekali tu, saya terjumpa satu bantal kekabu yang sesuai dijadikan bantal hantaran. Bantal ni memang steady. Apa lagi, saya usha-usha lah harga dia. Murah! Memang sangat murah! Buat yang pernah baca mengenai
hantaran saya.
[klik sini] Hantaran saya kan tak banyak. Ada 5 dulang je. Teruslah beli bantal ni 5 biji.
Nak tahu harga dia? RM15 untuk 5 biji. Ting!!!! Dah tahu kan harga sebiji bantal berapa? Murah kan?
Jadi, apa yang perlu saya buat hanyalah buat sarung bantal sahaja. Sebiji macam sarung bantal tidur tu. Buat siap yang berzip lagi. Bukan saya yang jahit ye. Saya tak pandai jahit. Kerja kursus kemahiran hidup ERT asa form 3 dulu tu pun saya hantar kedai je. Nasib ada kedai jahit dekat dengan asrama. Hahaha. Sarung bantal pula guna extra kain baju tunang.
[klik sini]
Kerja pun senang. Jimat pun jimat. Tak payah nak hadap gam pistol segala. Beli yang readymade je.
Kalau ada B2B yang berminat tapi tak tahu nak cari kedai sakan ni kat mana. Boleh lah emel saya untuk saya beli kan tapi kos penghantaran ditanggung ye. Saya hanya tolong beli je. Emel saya ada kat sidebar. Kalau saya turun Klang, boleh la sekali harung ambil. Wink wink. Tapi kan, Sakan ni banyak cawangan. Perak ada, Selangor ada, Pahang ada, Kedah ada merata la dia ada.. Antara pernah masuk ke tak je.
Bajet untuk bantal hantaran ni:
Bantal = RM15 (Sebiji RM3)
Kain = Free sebab dah kira masuk dalam baju tunang
Hiasan disekeliling = RM29.40 (1 meter RM 4.90)
Upah jahit = RM40 (Hantar dekat orang sebab nenek saya ada banyak baju untuk dijahit dan dapat banyak tempahan bahulu. Musim orang kahwin kan? Naseb nenek jahit kan baju tunang free. 1 sarung RM8)
Jumlahnya adalah RM 84.40
xoxo