Khamis, 29 November 2012

Review nikah: batal air sembahyang

Salam pembuka bicara...


Sebenarnya kan saya selalu terfikir kalau pegang suami batal air sembahyang ke? Korang pernah terfikir tak?  Rupanya ada tak ada pengkhususan khas untuk bab ni. Ikut mazhab shafie batal tapi kalau ikut mazhab hanbali tak batal. Korang boleh la tengok video dekat bawah ni.



Lepas tu, saya ada tengok Tanyalah Ustaz dekat TV9 setiap hari pukul 7-8. Memang rutin la setiap pagi tengok rancangan ni sebelum pergi kerja. Tak silap masa tu tajuk dia adalah 'kisah Imam Shafie'. Korang tengoklah dekat tonton.my ye boleh tengok dekat sana. Ustaz tu ada cakap kita memang ada banyak mazhab tapi zaman sekarang, kita kena ikut fatwa dari ulama-ulama kita sebab mereka adalah rujukan kita dan mereka lebih arif pasal agama. Tak tahu macam mana nak explain. Korang tengok lah dekat tonton.my ye, nanti faham lah korang apa yang saya maksud kan. Apa yang disampaikan oleh ustaz dalam rancangan tu ada dalam sebahagian dalam video Ustaz Asri ni pasal batal air sembahyang suami isteri juga.



Ok. Dah faham? Pada saya, tak releven pun upacara batal air sembahyang selepas nikah ni tapi orang-orang tua ni faham je la. Jadi, buat saja lah untuk tambah banyak shoot sikit masa nikah. Hehehe.

Tema: putih pink
Pemberian: jam tangan



Hiasan sama je macam barang hantaran yang lain. Suami lagi sukakan saya bagi dia jam dari cincin atau yang lain-lain. Suami pula bagi pakaikan saya rantai leher. Sebenarnya, rantai leher ni adalah mas kahwin saya. Gambarnya nanhado sebab hubby bawa rantai tu masuk dalam poket je. Tak ada hias-hias pun. Gambar pakaikan adalah.

Tema: Nanhado
Pemberian: Rantai



Semalam dengan hari ni punya topik dekat Tanyalah Ustaz pasal kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Sangat banyak info yang berguna. Siapa yang tak tengok, saya cadangkan tengok sebab kita kan bakal ibu pada anak-anak kita.


p/s: Gambar bertandang dapat next week. Yeay! Harap-harap makin rajin lah saya update blog. Errr...gambar majlis rumah sendiri dah berkurun dapat pun baru review. Dush!


xoxo

10 ulasan:

Puteri Kayangan?@#$%???? berkata...

waaa bestnya ..suke2 ..nak lagi tengok gambar dear ..rajin dear update..umi ni belum lagi update ..da nak bersalin da hahaha

Unknown berkata...

simple je upacara batal air sembahyang dhiera x payah penin2 nak fikir deco2 macam hantaran =)

Unknown berkata...

owh..jam ek...yelah..lelaki tak bpe gemar pki cincin ni...sstgh jer

pelangi chenta berkata...

utk majlis saya nanti pun ada upacara batal air sembahyang.ikutkan xmahu buat.tapi dah orang tua kata buat...kita sebagai anak mengikut jelah kan

Zila Zainal berkata...

hari tu time nikah abang, ustaz tu ckp, sbnrnya orang melayu kita je sebut upacara batal air sembahyang. yang sebenarnya adalah upacara penyerahan mas kahwin dan hantaran yang patut disebut. ustaz tu ckp lagi, tak semua pun orang dtg nikah dgn air sembahyang, tiba2 nak upacara batal air sembahyang pulak kan :p orang tua2 je sebut gitu. kita yg dah tau, bule tukar dan sebut upacara penyerahan mas kawen dan hantaran :)

dhiera zainudin berkata...

@My Life's Journey
umi..itu pun lambat jugak update ni~ hehe

dhiera zainudin berkata...

@Syaz Rozelt
belah hubby memang gitu. xda hias2. tapi hantaran semua dkt umah tak bawak datang masjid.

dhiera zainudin berkata...

@Mira Adzlia
depend pada lelaki dear. ada je lelaki yg suka pakai cincin

dhiera zainudin berkata...

@pelangi chenta
betul tu. kite ikut je la kata org tua asalkan tak menyimpang~

dhiera zainudin berkata...

@Zila Zainal
betul tu zila! setuju~