Jumaat, 17 Ogos 2012

Jemput lah datang ke rumah raya ni

Salam pembuka bicara..


Akhirnya kita sampai ke penghujung Ramadhan. Alhamdulillah diberi peluang merasa indahnya Ramadhan kali ini dan Insyaallah bertemu di Ramadhan akan datang. Semoga dipanjangkan umur. Macam chipsmore dalam berblog. Malas. Penat. Letih. Semua ada. Tugasan kerja yang cukup mencabar minda dan menguji kesabaran. Diikuti tugasan persiapan perkahwinan yang pelbagai untuk dilakukan.




Dengan rendah dirinya, saya ingin memohon maaf jika ada entri-entri saya dan komen-komen saya yang menyinggung perasaan. Mohon maaf sebab tak berkesempatan untuk blogwalking ke blog korang semua. Semoga raya kali ini memberi seribu erti yang penuh bermakna buat kita semua. Semoga amalan kita di bulan Ramadhan ini akan diterima Allah SWT. Berhati-hati di jalan raya. Saya akan pulang ke kampung besok selepas habis kerja. Doakan perjalanan saya selamat sampai.


Alang-alang update blog ni. Saya nak menjemput semua rakan-rakan blogger dan pembaca ke Majlis Perkahwinan saya dengan tunang saya.


Tarikh: 25 Ogos 2012 @ 7 Syawal 1433
Tempat: Felda Gedangsa, Kuala Kubu Bharu




Doakan perjalanan majlis saya berjalan lancar dan semoga hubungan kami berdua sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT.  Semoga bertemu dengan status saya yang baru. wink wink! (macam tahu-tahu je tak update blog nanti)


xoxo

6 ulasan:

Unknown berkata...

Selamat berhari raya dan selamat pengantin baru dear..

Nursaila Norman berkata...

selamat hari raya dhiera :)) selamat pengantin baru :D

Unknown berkata...

wahhh... kawen masa raya..sma mcm deqla dulu..selamat hari raya dhiera.. maaf zahir batin.. =)

sarahhernyzar berkata...

selamat hari raya dan selamat pengantin baru dear :)

Unknown berkata...

http://nanaftlvin.blogspot.com/2012/08/walimatulurus-dira-zul.html

dear tgk sini..

NooR hEkmAt HasHiM berkata...

selamat pengantin baru dhiera.. moga kekal bahgia ke akhir hayat.. selamat hari raya juge..:)