Rabu, 1 Ogos 2012

Hadiah kahwin

Salam pembuka bicara..


Its August u olls. Ini bermaksud saya punya 23 hari sahaja lagi! Semalam saya terima satu parcel dari rakan blogger saya. tekan sini


Alkisahnya bermula bila bena komen tanya saya, lebih kurang begini "Dah ada guest book ke belum? Nak buat tak? Bena nak sponsor!" Lebih kurang gitu la. Dasar malas nak selongkar balik komen tu. hehe. Masa tu keputusan pemenang 'Guestbook Giveaway' dari shareyourlovewithcards belum keluar lagi. Saya pun ok je la. Orang nak bagi. Hehehe


Dan semalam saya dah terima dah hadiah dari bena.




Korang pun mesti ada wishlist jugak kan? Kelebihan wishlist hadiah kahwin ni ialah orang akan bagi apa hadiah yang dorang rasa memang korang perlukan. Jadi, tak payah la beli lagi kan? Nak tahu wishlist saya?


1. Tong gas: bukan gas kosong. Pasal saya tak perlu nak beli 2 gas sekaligus. Mak kata 1 tong gas guna untuk masak manakala 1 lagi buat simpanan. Kalau tengah-tengah masak gas habis, kita ada back up tong gas. Saya harap saya akan dapat 1. Lalala.. Tapi please hantar terus ke rumah kami.

2. Lesung batu: tunang kata, dia nak makan makanan yang saya masak sampai gemuk. Ada lesung batu baru lah style nak masak pedas-pedas. haha

3. Kuali besar: saya tak minat pakai kuali kecik sebab dah biasa masak pakai kuali besar. Masak pakai periuk pun tak suka sebab saya selalu fail untuk agak kuantiti bahan yang diperlukan. Ini akibat terlalu biasa masak pakai kuali besar.

4. Karpet: boleh letak dalam bilik (bilik ada 3), ruang meja makan dan ruang tamu. LOL. Gedik! Nanti nak bersihkan karpet asyik bersin-bersin je.

5. Beg bagasi: senang kitorang nak bawa beg pergi honeymoon dan balik kampung. Saya balik kampung sekarang ni pakai paper bag je. Tak kan nak bertandang kat rumah mertua pakai paper bag jugak?

6. Oven: kalau dapat ni senang nak masak panggang-panggang untuk suami sendiri. Saya suka ayam panggang! Nyum nyum.

7. Steamer: kot-kot boleh menjamu korang dengan nasi kukus dan ikan masak steam. Perghh.. Terbaik lah cerita pasal makanan masa bulan puasa ni.

8. Blender: macam mana nak masak ayam masak lemak cili api kegemaran saya kalau tak ada blender nak kisar. Tak kan nak giling semua kot. Nanges.

9. Mixer: boleh menjamu korang dengan chocolate mousse buatan dhiera. Haha.

10. Doa: Ya, doa korang sangat penting. Tapi kenapa saya letak yang last sekali? Pasal, saya tak boleh lari dari jadi materialistik. Opss.. Macam-macam nasihat saya terima baik dari emel, dari personal message dalam FB, dari rakan-rakan ofis dan ramai lagi. Terima kasih semuanya.


Untuk hari-hari kritikal 23 hari ni, saya sentiasa ingatkan diri supaya sentiasa tenang dan sabar, banyak dugaan sebab syaitan tengah risau orang nak bina masjid ni. Naseb bulan puasa syaitan kena ikat. hiks


xoxo

17 ulasan:

Cik Puan Tqah berkata...

wa..wishlist.. tqah tqah punye wishlist byk gile org komen..hahaha..

FY berkata...

FY pun ada wish list lesung batu tapi takde sape bagi pun..huhu..FY dapat 2 oven and paling best 7 periuk nasi..hehe..

U.Y.A berkata...

doa yg plg penting....semoga slmt segala2nya dear

sara petakbunga berkata...

saya bagi doa dulu...

:)
selamat pengantin baru, semoga kekal ke hujung nyawa...

InaYusoff berkata...

semua saya nak jugek!!
kecuali tong gas!!..

tak pernah dimintak orang heyy..

hikhik..

Unknown berkata...

heehhe comel !! first time dengar org wish lesung batu hehe

AZLA berkata...

salam kenal
sekalian follow 285
jika tidak keberatan silahkan follow balik
ditunggu
trims

dhiera zainudin berkata...

@Cik Tqah
ramai org komen tu tanda ramai orang nak penuhkan harapan. hehe

dhiera zainudin berkata...

@FY
banyak ye oven FY dpt. best ye..

dhiera zainudin berkata...

@S.U.R.I.A.
thanx suria..

dhiera zainudin berkata...

@sara petakbunga
terima kasih.. semoga kekal hingga ke syurga. hehe

dhiera zainudin berkata...

@InaYusoff
hahaha... ok la tu. hehe

dhiera zainudin berkata...

@anaztasias nora aira
betul ke first time nora?really?

dhiera zainudin berkata...

@Penyuluh Perikanan
salam kenal!

Unknown berkata...

will give you lesung batu..=)

Unknown berkata...

aah memang first time hehe, haa elqas dah nak bg tu. mmg rezeki la :)

Sheila Salim berkata...

hee comel je minta lesung batu...
baru berbunyi dapur kan. hahaha