Budak chipsmore datang lagi. Ummi mesti kerinduan kan kan kan?
Semalam mak ada call bagitahu yang baju nikah saya dalam pembikinan. Tak sabar! Ye saya tahu lambat lagi majlis ye. Ada 4 bulan lebih lagi tapi saya suka siap semuanya awal-awal. Sekarang ni betul-betul fokus simpan duit lepas kahwin dan juga honeymoon sebab yang lain sudah hampir setel.
Eh, lupa. Belum bayar deposit MUA lagi. Plan nak bayar lepas buat trial. Deposit untuk official photographer (OP) pun belum bayar sebab acu kata "ala, nanti-nanti la.. acu mesti datang wedding ko punye". Love u acu~ OP saya adalah paksu saya. Malas nak fikir-fikir dan pilih-pilih. Lagipun, paksu offer 4 album untuk saya. weee... Sayang berganda-ganda. Encik tunang tu agak cerewet orangnya.
Bercakap pasal baju nikah yang persalinannya bertemakan putih pink itu, saya nak bagi treaser design pilihan kalbu ni lupa lah letak sketch ye dekat mana. Designnya sangat simple. Tapi buat saya jatuh cinta. *over* Nak kata baju kurung moden macam baju kebaya juga. err.. tak tahu lah nak cakap designnya macam mana. Yang pasti, kainnya berpotongan kain kembang payung.
Inspirasi dari gambar ini.
Over tak baju nikah saya? Ada aku kesah??
Kawan mak (tailor yang buatkan baju ni) lagi over siap bayang-bayangkan macam mana keadaan kain ni bila saya duduk. Aiseh, mak cik. Rasa sangat lega sebab sekurang-kurangnya saya tahu baju saya dalam proses pembikinan. Cuma mak cik ini akan stop sekejap sebab anak sulung dia telah melahirkan anak pertama dan cucu pertama makcik ni. Tahniah mak cik!
Veil untuk nikah pula, saya dah redeem sama puan lijah yang cantik. Redeem hadiah veil sebab menang contest ini. Alahai, mommy to be. Makan banyak-banyak taw. Perut puan lijah dah semakin membesar. Dia siap tayang perut dia lagi dekat. grrr... Sabar je la dengan makcik cantik sorang ni.
Plan nak pasang manik-manik pada baju nikah. Tugasan ini saya serahkan pada puan lijah juga. Rezeki untuk baby beliau. Tapi bila fikir-fikir balik, baju tu macam cantik je walaupun tak bermanik. Oh, itu bayangan saya sahaja. Abaikan~
Rasa bersyukur sangat sebab sekurang-kurangnya saya tahu sejauh mana progress baju nikah saya. Thanx mak kerana sama excited macam kakak! Terharu..
Ya Allah, kau jadikanlah bakal suamiku seorang yang taat, patuh akan perintahmu. Jika tidak, kau kuatkanlah diriku untuk sentiasa berada di sampingnya,menegur kekhilafan, menjadi sayap kiri perjuangan ke arah jalan yg diredhaiMu ya Allah. Jadikanlah cinta kami cinta yang engkau redhai, cinta yang akan lebih mendekatkan diri kami kepadaMU. Ya Allah, permudahkanlah urusan pernikahan kami.
xoxo
29 ulasan:
waaaah!
cam gempak je baju dak dhiera ni, cant wait lah darl nk tgk baju ituuuuu...hehehehe :D
kite lg sebulan, pangg~~
Yang design first tu cantik.
Tak sabar nak tengok teheee :)
Hihi nakalnya dear ni ..cantik ..serius cantik la dear .. tak sabar nak tengok dear pakai baju ni nanti .. mesti cantik ..piwettt :)
cantiklah baju design awak tu..x sabar nk tgk the real one..
pika dpt bayang kan..betapa cantikyer baju nikah dhiera..
@Suria
eh, tak la suria.. biasa je. untuk low low budget. hekhek..
@ZIEMA
sabar ye. tunggu lepas kahwin baru reveal. hekhek
@My Life's Journey
blushing.. pang!
@oya
thanx kak oya~
@shafika fieka
pika, biasa je la.. ishh
Cantik la, tambah dengan kain flowy2 tu. Jatuh cinta jugak. Haha
Dang!
tak sabar nak tgk bile siap nanti, cantek loo ^_^
bestnye..cntik!! suke gak.. :)
wahh gempak baju u..memang class!! hehe..eh date nikah dhira bila ecely?
siyes lawa idea baju nikah ni.hehe.xpe,over sesekali dihari bahagia,ape salahnye kan kan. hehe :)
@Miss Ika
ika, kite tak buat kain flowy flowy pun~ gambar ni just inspirasi je. kite buat kain kembang payung~ hekhek
@iedaurora
baju ieda mesti lagi cantik~
@SOULMATE is
buat la macam ni jugak.. hekhek
@puan.mila
eii,mila ni~ masa nanti la yunk. kite nikah 24ogos~ tak jadi nak guna tarikh anniversary kami~
@ctzainal
betul jugak tu~ hekhek
wah..mesti cantik kan baju tu... (^_^)
cntik..:)...mesti u pakai nnt cntik x sbr nak tgk review..:)
wahh suke baju simple2 ni...:)
by the way dhiera,
suria rase cantik pulak veil pendek camni..huhu
ok x..? ok x..? :P
@nabilah_2908
hopefully, ianya cantik~
@miszatie
hopefully.. amin~ hehe
@choclairissa @ intan marliana
kita pun suka jugak.. hehehe
@choclairissa @ intan marliana
kita pun suka jugak.. hehehe
@Suria
LOL..kelakar la suria ni~ cuba la buat. hehe
Catat Ulasan