Selasa, 23 Jun 2015

Autisme: sila teliti anak anda

Salam pembuka bicara..


Setelah 6 bulan tak keluarkan apa-apa entri. Tiba-tiba keluar entri sambut puasa.


Baca: Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!


Hari ini saja lah nak share pasal autisme sikit. Sikit je. Selebihnya, korang buat bacaan tambahan ye. Yela, saya tahu ramai yang saing-saing saya kahwin dulu dah jadi mak bapak dan roughly anak-anak pun nak masuk 2 tahun dah. Sebagai ibu dan bapa, kita perlu awasi tanda-tanda ni semasa anak kita dalam proses membesar.




Kanak-kanak autisme membesar dengan normal. Tapi ada beberapa tanda yang perlu kita lihat dengan teliti. Tempoh hari saya terlibat dalam program Linus Outreach dimana kami satu pasukan cuba untuk mengenal pasti kanak-kanak sekolah rendah yang berkemungkinan mengalami masalah seperti ini untuk dirujuk kepada pakar. Tapi sebagai nutritionist, saya cuma fokus pada masalah-masalah tumbesar seperti kekurangan berat badan, bantut dan sebagainya.


Autisme berbeza mengikut individu. Autisme adalah gangguan perkembangan kompleks yang mana boleh dilihat sebelum anak berusia 3 tahun. Tapi jangan sisihkan mereka, kita boleh hantar mereka ke PDK (Program Pemulihan Dalam Komuniti) untuk ajar mereka. Saya antara salah seorang yang akan membuat lawatan ke PDK, setakat ni saya baru jumpa 2-3 orang sahaja pelatih PDK yang autisme.


Autisme akan mempengaruhi interaksi sosial, komunikasi samada verbal atau non-verbal serta gangguan perilaku anak-anak. Salah seorang anak staf di klinik saya pun mengalami masalah autisme yang mana dia bertindak agak agresif, tiada eye contact, ada habit nak menjilat semua pintu, dinding dan meja serta melanggar segala partition yang ada seolah-olah dia tidak tahu apa itu bahaya. Disebabkan keadaan yang macam ni saya dan beberapa orang staf jururawat pun cadangkan dia bawa anaknya merujuk pada pakar. Saya ingat lagi masa saya jumpa anaknya di lobi hospital dan memanggil nama dia (saya berada di hadapan anak ini) tapi dia tidak memandang langsung pada saya seolah-olah saya tidak memanggilnya.


Untuk analisa dan mengesahkan masalah autisme ni, si ibu bapa perlu bawa anak berjumpa doktor pakar dan juga speech therapist atau occupational therapist di hospital. Harap-harap korang dapatlah detect dengan teliti masalah ni di kalangan anak-anak korang dan buat pencegahan awal.


xoxo
dhiera

13 ulasan:

Nuha berkata...

Nuha ada kawan yang buka centre utk anak2 delay in development. Katanya tinggal dgn pengasuh @ nenek @ ibu @ kurang bercampur @ komunikasi jadi satu risiko anak autisme

Unknown berkata...

Sue pon ada anak saudara yg autisme...mmg ciri2 yang dhiera bgathu tu ada padanya....sedih dan kesian...sbb tu kene perhatikan perkembangan anak dari kecil kan...

singgah blogwalking!salam ramadhan! :)

dilazfamily berkata...

Good info ni. Terima kasih sharing

Unknown berkata...

Info berguna ni..

merahitujambu berkata...

terima kasih kongsi dear =)

shamyheart berkata...

Kadang-kadang rasa comel pula kanak-kanak sebegini. Unik

dear anies berkata...

maknanya bila da besar baru kita nampak tanda2 ni?

ZULHILMI TEMPOYAK berkata...

perkara ini macam sukar untuk dibaca kan kengkadang.

Unknown berkata...

Salam.. Haii.. Dramatic Uniq blog walking kat sini. Exchange Feed Group ada menganjurkan GIVEAWAY MEGA RAYA Dengan hadiah bernilai RM 3100.00

Jemput join tau...!! Boleh buat duit raya. Terima Kasih.. :)

LiNda berkata...

thanks for sharing dira, mmg kne pantau anak dari awal ni..

Wak Lat berkata...

salam ramadhan akak doc,
sy pon ada cucu sedara yg autisme, risau pun ade gakk ;p

E'in berkata...

ilmu nie.. thanks sharing kak..

Unknown berkata...

Bagus info ni...kadang2 kita asyik monitor perkembangan fizikal mcm berat tinggi tu je...lupa nak monitor perkembangan yg mcm ni...