Khamis, 22 Mac 2012

DIY centrepiece

Salam pembuka bicara..


Dah macam chipsmore dah kejap ada kejap tak ada. Sesungguhnya mood untuk prepare dan bercerita details pasal kahwin memang lari. Kenapa ea? Macam tak excited pun ada? Rasa benci pun ada... Adoyai!


Seperti yang dijanjikan, mari-mari dengar pasal centrepiece saya yang tahapehape. Owh, DIY la sangat kan. Eh, sebenarnya centrepiece ni sama je dengan centrepiece orang lain. Yang bezanya adalah ...... Masih ingat bunga ini?


cara nak buatnya. klik sini


Bunga ni saya buat banyak-banyak untuk letak dekat pelamin DIY saya tu. Bukan setakat itu sahaja, handbouquet pun buat guna ini.




Hiasan pada hantaran pun guna bunga ini.




Nampak kan banyak sekali. Nak buang memang sangat sayang la. Jadinya, saya buat centrepiece walaupun saya tahu lari dari warna tema. Majlis saya kan? Ada saya kesah.. lalalala...


Inspirasi untuk centrepiece ini adalah dari gambar ini.




Macam mana hasilnya? Sabar ye. Eh, perlu treaser ke?? Malas lah.. kahkahkah


xoxo

Isnin, 19 Mac 2012

misteri kehilangan dhiera

Salam pembuka bicara..


Lama ye tak update blog ini. Rasa malas nak update sebab tak ada banyak preparation sangat pun. Bulan ni fokus pada kerja baru dan kehidupan bujang baru.


Selama tak update ni, meh saya story mori apa yang telah saya buat serba sedikit. Detail next entri. Amboi, kemain next entri lagi.


1. Centerpiece on process. jeng jeng.
2. Kain untuk baju sanding sudah hantar pada yang berkenaan.
3. Hari tu ada jumpa cik lijah, pasal menang veil nikah hari tu. Progress ye tanya pada cik lijah. hoho
4. Proposal DIY kad kahwin telah lulus. yippie!! [tekan sini]
5. Jersi dari UK untuk barang hantaran pun sudah berada dalam tangan. Sangat cantik! Kalau original punya harus lah cantik-cantik kan.
6. MUA dalam proses pemilihan terakhir. Eh, sebenarnya dah decide nak pilih siapa. Tunggu lepas trial nanti baru bagitahu siapa. huhu
7. Pemilihan lagu untuk video juga dalam proses pemilihan terakhir.
8. Baju songket untuk malam berinai juga sudah ada. Akan di alter sedikit. Guna baju songket maklong je. Sebab ada 2 pasang baju songket.
9. Cadar untuk bilik pengantin juga sudah ada beberapa untuk dipilih dan tinggal pasang nanti.
10. Design pelamin juga sudah ada.


Kan dah cakap, tak banyak progress. Tak nak caya.


Harga emas dah turun kan? Hari tu keluar dekat berita RM158 / gram. Saya berdoa yang harga emas ni akan tetap turun sampai weekend ni sebab nak hunting rantai nikah weekend ni. Padahal, dah tahu dah pergi kedai mana.


Itu sahaja untuk kali ini. (Dah la update jarang-jarang, sekali update entri ringkas. dush)


xoxo