Jumaat, 6 Julai 2012

Ujian saringan HIV dan persediaan diri

Salam pembuka bicara...


Semalam telah update basic procedure dan sedikit guideline untuk permohonan berkahwin. Basically, setiap negeri guna prosedur yang sama. Bezanya hanyalah di Selangor, kita tak perlu ambil borang atau download borang. Tapi terus isi kemudian print. Itu sahaja. [tekan sini untuk baca] Saya cerita dari pengalaman saya sendiri.


Sebelum kita boleh teruskan dengan borang permohonan, perkara yang wajib kita buat dulu adalah ujian saringan HIV. Banyak persoalan yang bermain di fikiran buat mereka yang masih confius pasal ujian saringan HIV. 


Antaranya:
- Ujian saringan HIV untuk pra-perkahwinan hanya boleh dilakukan di klinik kesihatan kerajaan sahaja.
- Di Selangor, keputusan ujian saringan HIV boleh diguna pakai dalam tempoh 6 bulan sebelum tarikh nikah.
- Kalau anda period, jangan risau. Tak bagi apa-apa kesan pun sebab ambil darah sikit je.
- Kena cucuk kat hujung jari je
- Tak perlu puasa kalau nak buat ujian saringan HIV ni


Cukup tak dengan 5 jawapan untuk persoalan tu? Saya tak dapat nak fikir persoalan yang lain. Eh, tapi kan kalau buat ujian saringan thalassemia, kena ambil darah dalam tiub taw. Kalau dekat tempat kerja saya dulu, kami ambil dalam 3-5 cc. Ambil lebih kot-kot perlukan ujian pengesahan thalassemia. Ujian saringan dengan ujian pengesahan ni adalah ujian yang berbeza. Ujian pengesahan makan masa yang lama sikit. 


Oh ya, ujian saringan thalassemia ni bukan disarankan untuk perempuan sahaja. Lelaki pun disarankan buat ujian saringan thalassemia. Sebab apa? Sebab bukan perempuan je boleh dapat penyakit thalassemia ni. OK?


Macam saya cakap tadi, di Selangor valid untuk 6 bulan dari tarikh nikah. Insyaallah saya akan bernikah pada 24 Ogos 2012. Jadi pada 26 Februari 2012, saya dah buat dah ujian saringan HIV ni. Masa ni dalam tempoh masa bercuti sebelum mulakan kerja baru. 


Apa yang saya buat dulu sebelum buat ujian saringan HIV?
Saya telefon klinik beberapa hari sebelum untuk tahu hari apa dan masa bila dia buat ujian saringan HIV. 
Saya tanya samada perlukan appointment ke tak. 
Saya tanya samada ada dokumen yang diperlukan ke tak. 


Selepas dah dapat maklumat yang saya perlukan, saya datang ke klinik kesihatan beberapa hari selepasnya. Saya pergi kaunter dan bagitahu JM (jururawat masyarakat) yang saya datang nak buat ujian saringan HIV untuk pra-perkahwinan. Kemudian, JM bagi 2 borang pada saya. 
1. Borang ujian saringan HIV (consent form sebenarnya)
2. Borang kaji selidik pra-kehamilan.


Isi sahaja borang yang diberi tu. Lepas tu, dia akan ambil bacaan anthropometri kita. Bacaan anthropometri ni bacaan berat, tinggi, BMI, tekanan darah dan beberapa lagi. Kemudian, tunggu giliran kita untuk buat ujian saringan HIV ni. Kalau korang nak buat ujian saringan thalassemia, sila inform JM tadi atau beritahu staff lab tu pun ok. Saya tak buat ujian saringan thalassemia sebab saya tahu saya bukan pembawa dan pesakit thalassemia. Pasalnya saya ada buat saringan kesihatan setiap tahun (setakat kini masih setiap tahun).


Nanti bila dah sampai giliran kita, staff yang ambil darah kita tu akan tanya samada kita tahu tak apa-apa tentang HIV. Dia hanya nak tahu pengetahuan kita tentang HIV. Tak tahu tak pe sebab dia tetap akan terangkan secara ringkas pasal HIV. Kemudian, baru lah dia cucuk hujung jari kita. Tak sakit pun macam kena gigit semut. Tak perlu takut. Nak kahwin kan? He.


Tunggu sekejap sehingga test kit HIV ni bagi keputusan samada 2 lines atau 1 line. Kemudian, dia akan minta kita ambil urin (air kencing). Dia hanya buat Urine FEME test sahaja iaitu dipstick. Selepas itu, kita perlu berjumpa doktor atau pembantu perubatan (MA) untuk sedikit consultation dan diberi surat HIV tadi. He. Girls, jangan lupa minta asid folik pada dorang ye. Selepas tu, apa lagi. Boleh lah balik dengan muka "yes, aku lepas boleh kahwin" Haha.


Sebagai tambahan. Antara persediaan saya selain ujian saringan thalassemia adalah scan bahagian pelvis. Pelvis ultrasound. Pelvis ultrasound ni scan bahagian rahim kita (cervix, uterus, ovaries, tube fallopian) dan pundi kencing kita (bladder). Dengan buat scan ni, kita boleh cek samada kita ada cysts ke fibroids ke cancer   ke batu karang ke tumour macam tu. Korang boleh lah buat in case korang ada bajet lebih. Saya tak pasti samada klinik kesihatan kerajaan ada buat servis pelvis ultrasound ke tak. Tapi kalau buat dekat swasta, harga dia dalam RM120 ke RM200 la. 




Gambar atas ni adalah gambar ultrasound yang saya buat hari tu. Saya buat upper abdomen ultrasound dengan pelvis ultrasound sekali. Tu yang nampak aliran darah pada buah pinggang saya, limpa, aorta semua tu.


Untuk lelaki, boleh jugak buat pelvis ultrasound ni. Lainnya, lelaki akan cek seminal vesicle (tempat simpan air mani), prostate gland, bladder apa tah lagi. Lupa dah. Keputusannya sama jugak macam perempuan. Nak cek ada batu karang ke tumour ke enlargement pada prostate ke. Makin tua seseorang lelaki, makin disaran buat scan ni sebab lelaki tua (terutamanya) selalu alami prostate enlargement. Harga dia sama je macam perempuan dalam RM120 ke RM200. Selain itu, boleh la buat scrotum ultrasound. Scrotum ni kita boleh self-check untuk precaution sama macam Breast self-examination tu. Tapi tak kan saya nak ajar kot. Saya ajar dekat husband la sebab boleh demo dekat dia sekali. Scrotum tu apa? Scrotum tu yang korang panggil telur tu la. Kalau buat scrotum ultrasound ni pula, harga dia dalam RM80 ke RM150 tak silap.


Hopefully entri ni boleh lah bagi korang sedikit gambaran terutamanya bagi yang takut-takut nak buat ujian saringan HIV tu. Jangan risau yang terlampau. Pemikiran kita boleh mempengaruhi emosi kita. Tiba-tiba teringat gelagat tunang saya masa kami buat scaling dan polishing gigi hari tu.


xoxo

Rabu, 4 Julai 2012

Prosedur permohonan nikah Selangor bagi lelaki dan perempuan. Apa perlu buat?

Salam pembuka bicara...


Salah satu bahagian yang paling penting sebelum mendirikan rumah tangga adalah borang permohonan nikah lelaki dan perempuan. Legal document the most important. Tujuannya adalah supaya perkahwinan kita diiktiraf oleh undang-undang negara. Tapi bahagian inilah yang paling buat bakal-bakal pengantin rasa macam takut salah isi lah, tak lepas lah dan macam-macam. Saya pun rasa macam tu. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.


Dari pengalaman saya, saya memang asal Selangor, menetap di Selangor dan akan berkahwin di Selangor. Tetapi tunang saya orang Pahang, menetap di Selangor dan akan berkahwin di Selangor malah nak buat permohonan nikah di Selangor. Maknanya saya berkahwin dengan orang yang berlainan negeri lah.


Apa dokumen yang perlu tunang saya buat dulu?
1. Borang permohonan nikah lelaki (Borang 2A)
2. Borang pengesahan permastautin (Borang 2B)


Apa dokumen yang tunang saya perlu serahkan kepada saya?
- Surat Kebenaran Berkahwin Dalam Negeri Selangor (Borang 3A)


Apa pula dokumen yang saya kena isi?
1. Borang permohanan nikah perempuan (Borang 2C)
2. Borang Persetujuan Wali dan Wakalah Wali (Borang 2D)


Apa dokumen yang perlu saya serahkan kepada jurunikah / penolong pendaftar nikah?
- Surat Kebenaran Berkahwin Dalam Negeri Selangor [lelaki] (Borang 3A)
- Surat Kebenaran Berkahwin Dalam Negeri Selangor [perempuan] (Borang 3C)


Ringkasan Carta Alir nya begini.

Lelaki lengkapkan borang 2A dan 2B
Dapatkan 2 orang saksi lelaki dan pengesahan dari Penolong Pendaftar Nikah dari Kariah Masjid berdekatan.
|
Pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk serahkan kedua-dua borang 2A dan 2B berserta dokumen dan salinan dokumen yang diperlukan. Rujuk pada senarai semak yang diberi.
|
Buat bayaran RM10 dan tunggu diberi Surat Kebenaran Berkahwin (Di Klang, kami dapat on the spot. Cuma kena tunggu sekejap la sementara borang diproses)
Serahkan borang kepada perempuan
Perempuan kena lengkapkan borang 2C dan 2D
|
Dapatkan persetujuan wali, 2 saksi dan pengesahan penolong pendaftar nikah untuk Kariah Masjid berdekatan
|
Pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk penyerahan borang. Bawa borang 2A, 2B, 2C dan 2D berserta dokumen dan salinan dokumen yang diperlukan. Rujuk senarai semak yang diberi.
Buat bayaran RM10 dan tunggu sementara Surat Kebenaran Berkahwin dalam Negeri Selangor selesai. (Di Kuala Kubu Bharu, surat kebenaran pun dapat on the spot)
Serahkan semua dokumen kepada penolong pendaftar nikah iaitu jurunikah kita.

* Tunang, betulkan carta alir ni. Kalau salah, tolong inform as soonest!


Dalam laman web JAIS telah disertakan carta alir mereka sendiri. Boleh refer link di bawah.
- Carta alir Prosedur Lelaki
- Carta alir Prosedur Perempuan
- Senarai Semak Borang Lelaki
- Senarai Semak Borang Perempuan


Sebelum dapat isi borang, pemohon di Negeri Selangor perlu daftar dahulu di laman web ini. [tekan sini]




Tekan pada daftar disini. Kemudian, isi maklumat yang diperlukan. Maklumat kita akan disimpan dalam sistem bila kita nak buat perubahan tarikh atau apa-apa pun hanya perlu isi nombor IC dan kata laluan seterusnya daftar masuk. Log in la tu. Kemudian, akan keluar borang apa yang patut kita isi. Senang. Terus isi borang tu.




Untuk borang 2C selagi maklumat tak lengkap, kita tak boleh simpan data. Borang 2C ni perlukan maklumat pemohon perempuan dan lelaki, maklumat pernikahan (macam tarikh nikah kita, dekat mana, masa bila dan sebagainya), maklumat wali serta maklumat saksi. Untuk saksi, cukup ada nombor kad pengenalan, alamat dan nombor telefon. (hanya untuk persediaan kawan-kawan yang nak memohon la)


Tapi bagi borang 2D, kita boleh simpan data walaupun belum lengkap. Macam saya, saya tak tahu nama penuh, nombor kad pengenalan penolong pendaftar nikah saya (Senang cakap zero knowledge untuk apa-apa maklumat tentang jurunikah saya, kenal pun tak. Ayah je yang kenal) jadi saya biar kan kosong tanpa diisi. Saya terus simpan data dan cetak. Bila dah jumpa penolong pendaftar nikah tu, baru isi pakai tulisan tangan je. Jangan risau. Memang boleh pun sebab borang saya dah lulus. Hehe


Sebenarnya, saya hanya serahkan borang yang lengkap dan dokumen yang diperlukan kepada ayah saya sahaja. Saya dah sain pun borang tu awal-awal. Untuk tanda tangan saksi, urusan dengan penolong pendaftar nikah serta urusan di Pejabat Agama Islam Daerah, semuanya ayah saya uruskan. Tahu-tahu je pada 29 Jun 2012, jam 11 pagi, ayah saya sms yang "Urusan surat kebenaran nikah dah selesai. Pej agama dah luluskan". Terus cari tunang dan tunjuk sms ayah. Alhamdulillah dipermudahkan~


Harap maklumat saya tulis dalam entri dapatlah tolong kawan-kawan yang tengah pening nak isi borang permohonan tu. Lagi-lagi, buat yang anak sulung macam saya ni. Untuk tambahan, maklumat yang saya tulis ini masih lagi praktik sehingga tarikh hari ini, 4 Julai 2012. Mana tahu, ada yang baca blog ni 5 tahun akan datang tapi prosedur dah bertukar ke kan.


Ya Allah, permudahkan urusan pernikahan dan walimah kami.


xoxo