Rabu, 9 November 2011

Cinta kami berusia 365 hari

Salam pembuka bicara..

Hari ini 9nov, makanya genap lah cinta kami berusia 356 hari. Pejam celik pejam celik sahaja sudah genap setahun. Ticker wedding juga sudah menunjukkan setahun lagi! Can't wait untuk menjadi kekasih halal kepada seorang lelaki yang cukup saya kasihi.


Tiada apa-apa sambutan anniversary atau candle light dinner segala sebab Z kini berada di luar Malaysia kerana menjalankan tugasnya sebagai seorang pekerja. Huaa... Saya rindu kamu tahu! Saya countdown kamu pulang!

Kami sengaja memilih untuk tarikh pernikahan kami sama dengan tarikh cinta kami supaya senang untuk kami ingat sepanjang kehidupan kami. Kebetulan, 10nov tahun depan pula tarikh cantik. Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan saya dan pasangan dan diberikan yang terbaik. Love u!

xoxo

Selasa, 8 November 2011

Progress checklist: Hantaran

Salam pembuka bicara..

Memandangkan majlis pertunangan saya disekalikan dengan majis bacaan yassin dan tahlil untuk arwah maklong dan atuk, jadi saya request tak mahu hantaran banyak-banyak.

Setelah bincang-bincang, hantaran kami 3-5 sahaja. Saya suka! Sepatutnya, nak bertunang 6 bulan je time decide ni. Sekali tu, ramai sangat member yang kahwin bulan 5 dengan 6. Jadi, postpone lah sehingga lepas raya dan PMR tapi sebelum SPM bermula. Dua orang adik saya masing-masing ambil PMR dengan SPM tahun depan, tak mahu ganggu masa belajar dia.

Apa barang hantaran ye?

Dari saya kepada Z, hanya ada:
a) Kain nikah warna off white, sampin dan songkok - sudah beli
b) Jelly dari kacang hijau dibuat jambu air dan kuih-muih kot - sponsor by my parent
c) Buah-buahan - sponsor by my auntie
d) Coklat - sponsor by my bestie (sayang kamu ketat-ketat nazihah nasiman)
e) Kek dan muffin - sponsor by my paksu yang merangkap my official photographer

Dari Z kepada saya, hanya ada:
a) Kain ela buat baju raya tahun depan - along Z beli
b) Coklat - along Z jugak
c) Buah - done

Kami tak ada sirih junjung sebab mak-mak kami yang tak mahu. Kiranya, tak ada mengikut adat sangat la kan?

Pada side saya, saya belum siap kan bantal hantaran lagi. Nak bagi treaser tapi malas nak tangkap dan transfer gambar. Besok-besok la ye (kalau rajin).

Kaki dulang guna nenek saya punya.

Bakul hantaran pun sudah beli.

Hiasan on process. Mak saya nak guna carnation flower untuk hias hantaran. Secara tak langsung, bagi good impression pada family Z. he. Maka, tiap-tiap malam saya gigih DIY carnation flower ni. Bagi gambar lama boleh? Ada yang request tutorial. Saya akan cuba buat entri tutorial pula lepas ni. Mohon bersabar ye.


Owh, ya. Span untuk cucuk bunga dengan aluminium foil warna gold belum beli lagi. Nasib saya buat entri ini dan teringat!

Itu sahaja kot. Ke korang ada perasan ada yang tak ada lagi? duh.. Saya anak sulung. Nasib my bestie selalu ingat kan dan ajar itu dan ini sebab dia anak bongsu, adik beradik semua dah kahwin.

xoxo*hug and kiss*