Jumaat, 3 Ogos 2012

Fitting baju sanding!

Salam pembuka bicara..


Hari ini ada lagi 21 hari menuju hari besar kami. Ada lagi projek DIY saya yang saya tak sempat nak cerita. Saya dah dua kali pergi fitting baju resepsi. Baju nikah saya yang hantar beading pada kak lijah tak tahu apa cerita nya. Hopefully, kak lijah akan balas sms saya secepat mungkin. Nak call segan sebab kena telefon hp hubby kak lijah. Katanya, hp kak lijah rosak.


Fitting yang pertama

Masa fitting yang pertama ni baju saya kena alter sebab agak besar. Masa ni belum ada beading mahupun patch lace sebab dah alter baru elyn akan start hias-hias tu.




Untuk baju tunang pula, bajunya dah memang ngam-ngam. Cantik terletak dekat badan. Hensem pulak gayanya. Gambar bawah ni dia pakai baju dua lapis. Cepat sangat dia tanggal baju. Tapi cawat pada seluar agak ketat sikit. Jadi, elyn buatkan seluar yang baru untuk Z. Thanx elyn.




Fitting yang kedua

Baju saya dah siap alter. Terletak cantik pada badan. Tapi masa ni baru ada patch lace. Itu pun belum jahit lagi sebab elyn nak tunjuk pada saya dulu. Kalau saya ok, dia akan teruskan. Saya cuma mintak patch lace pada leher dipanjangkan sikit sebab saya tak nak pakai rantai sebagai aksesori.




Tunang pula tak buat fitting sebab seluar dia tak siap lagi. Next week baru fitting sekali lagi.


Setakat ni, saya senang berurusan dengan elyn. Senang. Owh, untuk tudung dan veil, saya redeem hadiah yang menang masa masuk contest yang elyn anjurkan tu. Nak tengok full review lepas majlis ok! Ala, ada 22 hari je lagi. 21 hari untuk nikah, 22 hari untuk resepsi.


xoxo

Rabu, 1 Ogos 2012

Hadiah kahwin

Salam pembuka bicara..


Its August u olls. Ini bermaksud saya punya 23 hari sahaja lagi! Semalam saya terima satu parcel dari rakan blogger saya. tekan sini


Alkisahnya bermula bila bena komen tanya saya, lebih kurang begini "Dah ada guest book ke belum? Nak buat tak? Bena nak sponsor!" Lebih kurang gitu la. Dasar malas nak selongkar balik komen tu. hehe. Masa tu keputusan pemenang 'Guestbook Giveaway' dari shareyourlovewithcards belum keluar lagi. Saya pun ok je la. Orang nak bagi. Hehehe


Dan semalam saya dah terima dah hadiah dari bena.




Korang pun mesti ada wishlist jugak kan? Kelebihan wishlist hadiah kahwin ni ialah orang akan bagi apa hadiah yang dorang rasa memang korang perlukan. Jadi, tak payah la beli lagi kan? Nak tahu wishlist saya?


1. Tong gas: bukan gas kosong. Pasal saya tak perlu nak beli 2 gas sekaligus. Mak kata 1 tong gas guna untuk masak manakala 1 lagi buat simpanan. Kalau tengah-tengah masak gas habis, kita ada back up tong gas. Saya harap saya akan dapat 1. Lalala.. Tapi please hantar terus ke rumah kami.

2. Lesung batu: tunang kata, dia nak makan makanan yang saya masak sampai gemuk. Ada lesung batu baru lah style nak masak pedas-pedas. haha

3. Kuali besar: saya tak minat pakai kuali kecik sebab dah biasa masak pakai kuali besar. Masak pakai periuk pun tak suka sebab saya selalu fail untuk agak kuantiti bahan yang diperlukan. Ini akibat terlalu biasa masak pakai kuali besar.

4. Karpet: boleh letak dalam bilik (bilik ada 3), ruang meja makan dan ruang tamu. LOL. Gedik! Nanti nak bersihkan karpet asyik bersin-bersin je.

5. Beg bagasi: senang kitorang nak bawa beg pergi honeymoon dan balik kampung. Saya balik kampung sekarang ni pakai paper bag je. Tak kan nak bertandang kat rumah mertua pakai paper bag jugak?

6. Oven: kalau dapat ni senang nak masak panggang-panggang untuk suami sendiri. Saya suka ayam panggang! Nyum nyum.

7. Steamer: kot-kot boleh menjamu korang dengan nasi kukus dan ikan masak steam. Perghh.. Terbaik lah cerita pasal makanan masa bulan puasa ni.

8. Blender: macam mana nak masak ayam masak lemak cili api kegemaran saya kalau tak ada blender nak kisar. Tak kan nak giling semua kot. Nanges.

9. Mixer: boleh menjamu korang dengan chocolate mousse buatan dhiera. Haha.

10. Doa: Ya, doa korang sangat penting. Tapi kenapa saya letak yang last sekali? Pasal, saya tak boleh lari dari jadi materialistik. Opss.. Macam-macam nasihat saya terima baik dari emel, dari personal message dalam FB, dari rakan-rakan ofis dan ramai lagi. Terima kasih semuanya.


Untuk hari-hari kritikal 23 hari ni, saya sentiasa ingatkan diri supaya sentiasa tenang dan sabar, banyak dugaan sebab syaitan tengah risau orang nak bina masjid ni. Naseb bulan puasa syaitan kena ikat. hiks


xoxo