Khamis, 5 April 2012

Pertemuan bakal pengantin secara kecilan

Salam pembuka bicara...


Asyik-asyik cerita pasal persiapan perkahwinan je kan. Memang la. Dah nama diari kahwin mesti lah cerita pasal kahwin saja kan?


Kali ni, tidak terlalu ke arah perkahwinan sebab nak tayang gambar masa jumpa dengan birde to be blogger ni. Sebenarnya, pertemuan kami ni pasal persiapan kahwin juga. (adoi, dhiera cakap belit-belit. pening nak faham) pang!


Ok. Macam ni. Salah satu hantaran saya untuk tunang adalah jersi Manchester United. Sebelum ni, saya dah survey harga jersi original dekat butik Nike, Adidas dan Al-ikhsan. Untuk jersi kosong, harga nya sudah hampir RM300. Lepas tu, nak personalized lain charges dan lain tempat pula. Dan yang confirm, material  personalized jersi ni bukan material original. Lepas tu, kebanyakan yang jual dekat pasaran Malaysia ni adalah jenis replika. Maka, saya buat keputusan untuk tidak membeli jersi Manchester United di Malaysia.


Terus teringat kawan dekat Moscow dan tanya dekat dia tapi dia kata dia pun tak pasti sebab dia memang tak ambil tahu pasal ni. Fikir-fikir lagi terus saya teringat pada dua orang bride-to-be gorjes iaitu izyan dan deby. Terus post dekat dalam group B2B dan tanya pasal ni. Alhamdulillah, kedua-duanya sangat baik hati untuk tolong. Last-last, decide untuk kirim pada deby sebab deby pun balik Malaysia awal March hari tu.




Maka, pertemuan kecil bakal-bakal pengantin ni pun berlangsung di Old Town Alamanda sahaja. Plan asal macam-macam tempat nak pergi. Yang saya jumpa hanya deby, faiz dan zimie sahaja. Suria datang lambat. Tak sempat nak jumpa suria. sobsob




Nampak ada kertas aluminium cup cake? Itu cup cake buatan tangan faiz. Sedap ok! Tapi kalau guna fresh cream lagi suka kot sebab saya kurang minat cheese cheese ni. Hehe. Terima kasih faiz.


Bercakap pasal jersi yang deby belikan di London ni memang sangat-sangat puas hati. Harga dia hampir RM300 jugak tapi puas hati sangat sangat sangat sebab sekali dengan personalized. Material untuk personalized ni original pulak tu. Saya dengan tunang siap compare jersi yang jual dekat al-ikhsan dan butik nike. Memang tak secantik ini. Batch di bahagian lengan menggunakan baldu. Lembut-lembut gitu. Printing dia memang sangat cantik wa cakap sama lu.. Senang kata, tak sama lah macam yang saya jumpa dekat Malaysia ni. Memang sangat terbaek!! Tunang pun sangat puas hati dan senyum je sepanjang hari.


Saya siap dah pesan pada deby, boxing day hujung tahun ni saya nak kirim lagi jersi MU dekat dia. Hehe. Deby siap bagi kami keychain dan magnet dari London juga! Yeay! Suka. Thanx deby!!


Zimie pun ada tugasan barang yang saya kirim. Tapi tak ambil masa jumpa deby ni. Saya ambil 2 minggu lepas. Barang DIY je kirim dekat zimie. hehehe. Thanx zimie.


Suka jumpa dengan dorang dan borak-borak. Rasa macam dah lama sangat kenal dorang~ hiks. Tapi tak sempat nak jumpa suria. Ada jodoh kita berjumpa ye suria cantik!


xoxo

Rabu, 4 April 2012

Perubahan tarikh lagi? What??

Salam pembuka bicara..


Baru je semalam update pasal senarai semak kerja kahwin saya, sekali tu petang-petang Z call bagitahu nak amend tarikh kahwin? What?? Hehehe


Sebenarnya, saya rasa lebih banyak baik bila dilambatkan majlis bertandang dekat rumah dia sebab dia tak payah nak pening-pening kepala sangat. Normal la kan orang lelaki ni selalu pening pasal duit. Lebih-lebih lagi tunang yang kena tanggung semua perbelanjaan majlis rumah dia. Saya dah cadangkan pada dia dah sejak awal lagi kami plan tarikh kahwin. Saya dah bagitahu dia supaya bagi ruang antara sebulan ke tiga bulan perbezaan majlis kami. Tapi dia tolak mentah-mentah cadangan saya. Saya bagitahu lagi, saya tak kesah pun kalau buat majlis doa selamat je. Mula-mula, dia memang plan nak buat majlis doa selamat je.


Well, kalau nak kahwin dengan lelaki yang tertua dalam keluarga ni, kita yang perempuan ni kadang-kadang termakan hati juga sebab dia wajib lebih kan keluarga dia. Lebih-lebih lagi dia anak kedua tapi lelaki sulung. Kadang-kadang tu sampai bengang pun ada sebab dia kena belikan tiket flight adik dia balik semenanjung. Setahun mahu 5 kali nak balik. Yang lain, biar lah rahsia. eceh..


Kawan saya pernah kata


"ko kena faham. ko kahwin dengan anak lelaki sulung memang macam tu. nanti bini aku pun sama sebab aku anak lelaki sulung. semua adik beradik, mak bapak akan refer dekat anak lelaki sulung ni" 


Memang betul pun cakap kawan saya. Sebab saya faham keadaan ni, saya tak pernah demand yang bukan-bukan dengan dia. Tak da la nak demand sunglasses Rayban macam Z tu. Sekali tunjuk rayban RM1.5k! Telan air liur. Terus ajak keluar dari Alamanda time tu jugak. Naseb Zimie call lepas tu, lega. Dikau penyelamat ku, zimie. Hehehe.


Panjang pula saya bercerita... Sebenarnya, nak bagitahu yang tarikh majlis bertandang telah bertukar kembali pada bulan November. Insyaallah! Ingat dulu kami plan nak nikah pada 9.11.12 sebab itu anniversary cinta kami kali kedua. Tapi tak jadi atas sebab-sebab tertentu sampai menangis masa tu. Hiks. Tunggu lepas adik saya habis SPM baru buat kenduri. Adik dia yang tinggal dekat luar Semenanjung tu pun dah balik Semenanjung juga masa ni.


Jadi, tak ada lah masalah sangat yang dapat difikirkan lagi oleh Z sebab dia stress juga tu memikirkan majlis dekat rumah dia. Saya pula boleh honeymoon dengan lega selega-leganya. hehe


xoxo