Jumaat, 6 Januari 2012

Nak tanya korang sama ke tak?

Salam pembuka bicara..

Simple entri ni di hari Jumaat. Saya nak blogwalking dekat blog korang semua~ Dah beberapa hari tak sempat nak marathon ke semua blog. Harap hari ni dapat marathon. hehe

Seperti tajuk di atas, nak tanya korang sama tak gambar ni dengan rupa saya?


Sama tak? Sama tak? Sama tak?


.

.

.

.

.

.

.

.





Vektor ni sebenarnya untuk blog saya yang lagi satu tu. Tapi pada saya praktikal untuk mana-mana blog saya~ Sama tak? Kalau tak tahu rupa saya, cari la dalam entri lain. hehe. Dasar malas!

Cantik tak orang ye? Pang!!! Cantik tak vektor ni?

Vektor ni wana yang buat. Nama pena dia J.Syazwana. Hari tu ada main komen-komen dekat blog wana. Rupanya wana buat simple giveaway dari komen tu. Selepas ugut wana nak culik akram (buah hati pengarang jantung wana) dengan paksa rela wana buatkan lah vektor ni untuk saya. Yang surprise, dia buat pakai excel je ok!!

Korang nak buat juga?? Pergi tanya wana dekat blog dia ok? [klik sini]

xoxo

Khamis, 5 Januari 2012

Plan XX

Salam pembuka bicara..

Dah habis dah update pasal cincin. Kalau ada yang sambung research saya tu, halo halo la saya jugak ye. Nak datang baca baci. Hehe. Kesimpulan yang saya dapat rumuskan dari segala yang saya baca, lelaki boleh pakai cincin selain dari emas ya. Bermaksud silver, platinum dan stainless steel tu boleh la pakai. Jadi, pilih pilih mana yang suka. Kalau tak suka lagi jimat sebab tak payah beli.

Currently DIY process. Hehe. Mood DIY macam ke laut sikit ni.
  1. Bunga telur
Pada saya, bunga telur dan bunga pahar adalah bunga yang berlainan ye.

Bunga pahar adalah bunga yang cucuk pada pahar tu. Yang letak dekat depan pelamin. Dulu-dulu, lepas merenjis pengapit akan bagi bunga pahar ni.

Bunga telur tu pula sama lah macam kotak telur yang orang bagi bawa balik tu. Beza nya, dalam kotak atau pada bunga lidi tu. Ala-ala, macam doorgift. Well, lain orang lain la kot pandangan dia tentang bunga telur dan bunga pahar ni.


Ingat tak, masa e-day hari tu saya ada banyak DIY crepe paper carnation flower. [Klik sini] Jadi, untuk bunga telur ni saya reuse balik bunga-bunga tu~ Bunga-bunga tu masih lagi bergantung pada tingkap rumah tu. Tak cabut-cabut dari e-day ritu. Konsep saya untuk bunga telur ni adalah siapa cepat dia dapat sebab bunga ni macam limited la kan? Mungkin 150 orang yang bertuah je dapat. Yang lain, kurang bunga telur je la kot.

Special ye, bunga telur ni harus lah custom made (kemain lagi) dan saya guna daun artificial dari Jepun. Yang jual di kebanyakan tempat adalah daun dari China. Daun dari China ni lagi murah sikit la dan diperbuat dari plastik. Yang daun dari Jepun ni mahal sikit dan diperbuat dari kain. Orang dulu-dulu pakai la daun ni. Sekarang dah susah nak cari. Saya jumpa pun sebab pergi kedai cina yang dulu-dulu punya.

Warna tema bunga telur akan lari sikit sebab e-day ritu pakai hijau. Tapi tidak ku kesah. Layan saja lah.

  1. Bunga manggar (awal tak)
Part bunga manggar ni kelakar sebab saya tanya dekat mak dekat mana mak simpan lidi? Yang saya maksud kan lidi sate lebihan bulan puasa ritu. Masa bulan puasa ritu kitorang ada bakar-bakar sate. Tapi yang mak saya bagi lidi dari pelepah kelapa tu. Ala, lidi yang buat penyapu lidi tu. Gelak-gelak saya dengan adik.

Alang-alang, mak saya dah keluarkan. Saya fikir dari simpan balik, lepas tu tak ingat letak mana, baik buat terus saja lah nanti.

Plan saya bunga manggar ni nak letak gula-gula sebab budak-budak kan suka ambil bunga manggar. Dorang mesti happy gile dapat bunga manggar ada gula-gula. Hasilnya, nanti kan ya. Gula-gula letak last sebab takut bersemut dan cair.

  1. Headband untuk flower girl
Plan dari hari tu kan tapi belum sempat nak buat lagi sebab busy dengan jemputan walimah. Kemain lagi alasan dia. Tapi masa saya pergi GM Klang ritu, jumpa pin yang cantik-cantik. Macam tak perlu nak DIY berkerja keras sebab pin-pin tu semuanya murah-murah.

Dan yang pasti, tiba-tiba datang idea nak buat guna felt craft. Idea je banyak. Buat tak tahu lah!



Adakah cita-cita semua yang tertulis ni tercapai? Nanti kan~

Kalau saya dah start buat, memang kusyuk habis. Orang panggil makan pun kenyang lagi selagi tak siap. Tapi itulah saya bila dah start buat kerja. Bila dah siap, baru tunjuk muka dan mengacau orang.

xoxo