Jumaat, 9 Disember 2011

Tazkirah jumaat: Suami ambil duit isteri

Salam pembuka bicara..

Short entri. Banyak appointment menunggu hari ini.

Ini peringatan untuk para suami dan bakal menjadi suami.

sumber: google

Soalan:
Apakah hukum suami mengambil duit isteri tanpa pengetahuan isterinya?

Jawapan:
Hukum mengambil duit isteri tanpa izinnya adalah tidak harus. Perbuatan itu dikira sebagai mencuri di sisi syarak.

*******************************

sumber: Ustaz Azhar Idrus (2011) Anda bertanya Ustaz Azhar Idrus enjawab berkenaan permasalahan semasa

p/s: Hari ini genap lagi 11 bulan untuk menjadi kekasih halal!

xoxo

Khamis, 8 Disember 2011

Review : Pemberian ikhlas

Salam pembuka bicara..

Pasal timeline, kejap lagi saya emel ye sayang-sayang sekalian! Saya baru bukak blog pagi ni. he. Baru baca komen kalian.

Nak cerita pasal pemberian ikhlas (doorgift).  Sebenarnya, part pemberian ikhlas ni memang saya tak pernah tahu menahu pun. Mak dengan nenek yang rancang agaknya.

Ingat tak salah satu hantaran saya adalah wajik [entri ini]. Rupanya mak memang sengaja buat wajik ni lebih sebab nak bagi pada kawan-kawan saya yang datang, bagi kepada keluarga tunang dan juga bagi kepada kawan-kawan tunang saya yang datang masa majlis pertunangan kami hari tu. Terima kasih mak.


Yang paling tak caya sekali, nenek saya (the one yang jahit kan baju tunang hari tu) sponsor bahulu pulak. Selain ambil tempahan jahit baju, nenek saya memang ada terima tempahan bahulu, dodol, kek coklat apa tah lagi. Nenek saya ni bekas guru Kemas tu yang aktif semacam je tu. Nenek bagi bahulu ikan. Saya tak tahu berapa banyak yang nenek saya bagi hari tu. Sebab part pemberian ikhlas ni, saya memang tak ambil port langsung. Tahu-tahu je dah ada.

Paper bag yang isi barang-barang doorgift ni pula adalah baki paper bag dari kenduri kahwin pak su saya (merangkap OP saya) bulan 6 hari tu. Terima kasih sangat-sangat buat keluarga. Sayang semua nya.

Maaf tak ada gambar doorgift sebab lupa nak ambil boleh?

xoxo