Rabu, 7 Disember 2011

Timeline kerja kahwin

Salam pembuka bicara..

Saya tak pasti kalau kamu semua seperti saya atau tidak. Tapi saya amat memerlukan timeline dalam buat kerja sebagai salah satu cara untuk monitor perjalanan kerja saya. Dan yang pasti, dengan bantuan timeline, saya dapat pastikan sesuatu kerja mesti siap pada masa yang diberi. Lagi-lagi kerja kahwin yang memerlukan pemerhatian jangka panjang.

Jadi, lihat lah list timeline saya yang saya sudah print.


Tapi disebabkan saya nampak timeline tu panjang sangat, jadi saya asing-asing kan mengikut majlis. Tapi tapi tapi bila dah asing macam ni kena tengok dua timeline dan pastikan semuanya dalam flow. Alahai labu~

Bedal aje lah. Ada sesiapa ingin kan timeline saya yang tah hapehape ni?

Oh ya, saya ada hutang 3 entri review tunang lagi iaitu official photographer (OP), doorgift dan mereka-mereka yang penting. Ampun

xoxo

Selasa, 6 Disember 2011

Update bride to be 2012 group!

Salam pembuka bicara..

Berkenaan bride to be 2012 group di facebook, group ini ditubuhkan untuk berkongsi pendapat, cadangan dan idea mengenai perkahwinan dan yang berkait dengannya.

Atas permintaan ramai yang minta group ini dijadikan closed group, admin bersetuju tukarkan kepada closed group supaya group ini akan kekal exclusive. Jadi, bagi sesiapa yang berminat untuk join closed group ini, minta emel kepada

elqays@gmail.com atau dhieranottie@gmail.com


Saya hanya approve b2b yang ada emel saya dan yang mempunyai kawan dalam group ini. Selebihnya, saya tunggu miza untuk pertimbangkan. Maaf ya. Saya hanya menurut perintah selepas perbincangan dijalankan. (gedik!)

Saya tahu ada yang berminat nak join dan belum di 'approve', please emel saya (dhieranottie@gmail.com) atau miza (elqays@gmail.com). Emelkan emel facebook dan nickname dalam facebook ye. Harap group ini dapat dimeriahkan lagi dengan kehadiran kalian semua.

Tapi saya tak on facebook masa working hour ye. Selalunya lah.

xoxo